Allahu…Hilang 3 Anak Serentak. Ini Luahan Bapa.| TUMPAT: Hilang tiga anak serentak apatah lagi dalam kejadian cukup menyayat hati benar-benar sukar untuk ditanggung. Tidak hairanlah Mohd Nadzir Mohamad, 67, gagal menahan sebak mengenangkan nasib menimpa tiga anak perempuannya yang maut akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir di Kampung Bendang Surau, dekat Morak, di sini. Meskipun mengakui reda dengan pemergian tiga anaknya iaitu Nurul Syazwani, 33; Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27; air mata yang tidak pernah kering di pipi Mohd Nadzir menggambarkan betapa besar kehilangan dirasai bapa kepada lapan anak itu. Malah, Mohd Nadzir sambil menangis di sisi jenazah, berkali-kali…
Author: Admin Soleh
Tiga Beradik M@ut Terkena Renjatan Elektrik Di Kelantan. | TUMPAT: Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi. Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi. Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah. Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu. Berita lanjut bakal menyusul.. Sumber : BH ARTIKEL LAIN…
“Tolong Hidupkan Anak Saya.! Tolonglah Selamatkan Dia!”. | Hulu Selangor: “Tolong hidupkan anak saya…! Tolonglah selamatkan dia!” Itu antara rintihan menyayat hati mangsa yang juga ibu kepada salah seorang kanak-kanak tertimbus mati. Anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa) Angkatan Pertahanan Awam (APM) ditemui berkata, rayuan berulang kali wanita malang itu cukup meruntun jiwanya dan anggota penyelamat yang melakukan operasi menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali di sini, sejak awal pagi Jumaat lalu. Menurutnya, anggota APM serta pasukan Bomba dan Penyelamat memulakan operasi mencari mangsa sekitar jam 3.30 pagi Jumaat lalu sejurus menerima panggilan kecemasan.…
Seorang Penjawat Awam Ditemui M@ut Gantung Diri. | PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam ditemui maut dipercayai menggantung diri di sebuah unit kuarters teres dua tingkat di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, insiden itu dimaklumkan jiran mangsa yang melihat mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumah berkenaan. Beliau berkata, pihak bomba terpaksa memecah masuk rumah mangsa sebelum pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. “Jiran mangsa memaklumkan, mangsa kali terakhir dilihat pada pagi Sabtu lalu, namun dalam keadaan sihat. “Ketika ditemui, mangsa memakai baju…
Alhamdulillah. Mayat Adik Eijas Umur 3Tahun Ditemui. | Kuala Terengganu: Doa dan solat hajat Nurul Ain Bakri, 33, ibu kepada Muhammad Sufi Eijas Sobre, 3, yang lemas di tali air Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, dimakbulkan apabila dia ditemui jam 11.34 pagi, hari ini. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad, berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemui pasukan pencari dan penyelamat dalam keadaan terapung di permukaan air kira-kira 599 meter dari tempat kejadian. “Mayat kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk…
PU Azman Didakwa Lagi Atas 3 Pertuduhan. | KLANG – Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman didakwa lagi atas tiga pertuduhan amang seksual dan satu kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki di dua mahkamah berasingan di sini, hari ini. PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen dan Majistret itu. Di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said, tertuduh yang lebih dikenali dengan panggilan Cik Man dituduh dua kes amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang di sini masing-masing pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada…
Seorang Wanita Ditemukan M@ut Dalam Kereta Di Sebuah Pasar. | KOTA BHARU: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di belakang sebuah pasar di Berek 12 di sini, pagi tadi (semalam). Mangsa yang berusia 37 tahun ditemukan orang ramai yang menyedari wanita itu tidak sedarkan diri sebelum mereka bertindak memecah cermin belakang kereta Proton Saga BLM. Saksi yang ingin dikenali sebagai Lisa, 38, berkata kereta yang dinaiki mangsa dilihat diparkir di hadapan sebuah kedai seawal jam 7.30 pagi di belakang pasar dan mangsa dikatakan sempat membeli belah di pasar berkenaan. “Selepas selesai membeli, wanita itu masuk ke dalam kereta…
Luahan Ibu Mangsa Dihempap Tiang Elektrik. | ALOR SETAR: “Arwah sebelum ini ada bertanyakan mengenai maksud namanya, ibu, bapa serta adiknya, sama ada mempunyai maksud elok atau tidak, sambil mencari makna nama itu melalui carian di internet. “Saya beritahu namanya bermaksud bijak serta terpelajar sambil menyuruhnya supaya belajar dengan rajin. Lepas itu dia bertanyakan pula nama malaikat maut, selain syurga dan neraka. Tak sangka pula itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” kata Sharifah A Rahim, 35. Sharifah adalah ibu kepada Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, yang meninggal dunia akibat dihempap tiang elektrik di Kampung Belukar, Jalan Kampung…
Kanak-Kanak Lelaki M@ut Dihempap Tiang Elektrik. | CHANGLUN: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia, manakala dua rakannya tidak sedarkan diri selepas dihempap tiang elektrik ketika bermain di Jalan K16, Kampung Belukar, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata mangsa yang meninggal dunia berusia 10 tahun dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala, manakala dua lagi kanak-kanak berusia 10 tahun dan 11 tahun, masing-masing mengalami kecederaan pada bahagian paha dan pinggang. “Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke…
3 Sekeluarga Ditemui M@ut Diracun Keluarga Sendiri. | Tiga sekeluarga ditemui maut di dalam rumah dipercayai diracun oleh ahli keluarga mereka sendiri di Mertoyudan, Kabuten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Memetik laporan CNN Indonesia, Ketua Polis Magelang, AKBP Mochammad Sajarod Zakun berkata pihaknya menerima makluman daripada penduduk setempat berkaitan kejadian itu. Tambahnya, mangsa terdiri daripada suami isteri berumur 58 tahun dan 54 tahun manakala anak perempuan mereka berusia 25 tahun. “Semua yang maut merupakan satu keluarga. sehingga kini pihak kami masih menjalankan siasatan,” katanya semalam. Hasil pemeriksaan awal mendapati kesemua mangsa meninggal akibat diracun dan individu disebalik kejadian itu telah berjaya…