Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Perlawanan Bola Sepak Dicemari Aksi Pergaduhan. Ini Puncanya. | PETALING JAYA : Perlawanan Bolasepak 4 Penjuru dalam perebutan Piala Menteri Besar Terengganu 2022 antara pasukan Terengganu FC II dan Penang FC dicemari dengan aksi pergaduhan. Pergaduh bermula selepas sepakan penalti minit terakhir babak pertama yang dilakukan pemain Penang FC gagal disempurnakan dan dikata pasukan tuan rumah mula mengejek pemain lawan. Daripada situ bermulanya pertarungan umpama WWE Royal Rumble, dengan aksi kejar-mengejar, ‘flying kick’, bertumbuk di antara pemain-pemain Terengganu dan Penang. Hampir semua pemain kedua-dua pasukan kelihatan berbalas tumbukan dan berlari di sekitar padang sebelum diredakan oleh pegawai-pegawai bertugas. Salah seorang…

Read More

Ini Punca Remaja Berusia 15 Tahun Tikam Bayi Baru Lahir. | KEMAMAN – Seorang bayi lelaki baru lahir mati dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai ditikam ibu kandungnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah daerah ini semalam. Mayat mangsa dijumpai de­ngan kesan tikaman di dada kiri pada pukul 10 pagi. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang sudah tidak ke sekolah sejak beberapa tahun lalu itu dipercayai berada seorang diri di rumahnya ketika melahirkan bayi malang tersebut. “Remaja tersebut kemudian meminta pertolongan seorang rakan untuk memaklumkan kelahiran bayinya kepada kakitangan sebuah klinik…

Read More

Telekom Malaysia Mahu Jual Menara TM. | Telekom Malaysia Bhd (TM) mengiklankan tawaran jualan aset miliknya iaitu Menara TM yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Iklan berkenaan disiarkan dia akhbar The Star hari ini dan juga di portal propertyguru. Bagaimanapun harga bagi bangunan setinggi 55 tingkat itu dengan keluasan 989,200 kaki persegi itu tidak didedahkan. Tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan Menara TM adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac ini. Bangunan itu dibina oleh Telekom Research & Development Sdn Bhd pada 2001 dan berstatus pegangan bebas dan ketika ini dihuni sepenuhnya. Menurut iklan itu, Menara…

Read More

Muhyiddin Yassin Disahkan Positif Covid-19. | PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19 hari ini. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau di Facebooknya dan Presiden Bersatu itu berkata dirinya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik. Beliau juga akan menjalani kuarantin kendiri di rumah. “Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). “Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya. Muhyiddin juga menasihatkan mana-mana individu berkemungkinan menjadi kontak rapatnya untuk mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM. “Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,”…

Read More

Ini Suasana Pengebumian Rayan Oram Yang Buat Ramai SEBAK. | Ighrane: Orang ramai menghadiri majlis pengebumian Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap selama lima hari di dalam perigi sedalam 32 meter. Ratusan hadirin meratapi pemergian kanak-kanak itu di tanah perkuburan yang terletak di lokasi terpencil di utara wilayah Chefchaouen, beberapa kilometer (km) dari lokasi tragedi ketika seorang imam membacakan doa pada Isnin. Keranda kecil menempatkan jenazah Rayan dilitupi kain hijau tertera ayat al-Quran. Jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad sambil diiringi doa dan bacaan ayat suci al-Quran. Warga maya turut tidak terkecuali mengucapkan takziah atas…

Read More

Kontroversi Iqbal. Pihak Astro Tampil Jelas Perkara Sebenar. | Kuala Lumpur: Penerbit program realiti nyanyian Big Stage musim keempat iaitu Astro Ria menegaskan usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli memenuhi semua kriteria ditetapkan Big Stage walaupun tindakan membawa masuk Iqbal sebagai peserta ke-12 mengundang kecaman hebat pelbagai pihak termasuk penyanyi tanah air. Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh ketika dihubungi berkata, pihak penerbitan juga menyediakan pelbagai inisiatif kepada semua peserta untuk memperbaiki mutu persembahan mereka. “Dengan 2.1 juta ‘views’ yang dimiliki Iqbal menerusi single pertama, Hujan, Big Stage menawarkan platform untuk membuktikan kebolehan dan kemampuan dirinya di pentas yang lebih…

Read More

Seorang Bayi Lelaki Baru Lahir Maut Ditikam Ibu Kandungnya. | KEMAMAN – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri di daerah ini, hari ini. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, mayat bayi lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bersama ibunya yang berusia 15 tahun. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu. “Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.…

Read More

Lelaki Cuba Bunuh Diri Kerana Teman Wanita Tidak Jawab Panggilan Telefon. | Shah Alam: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil masa empat jam bagi memujuk seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri di tingkat 18 sebuah pangsapuri di Seksyen U2 dekat sini, awal pagi hari ini. Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian berikutan panggilan telefonnya tidak dijawab oleh teman wanita. Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden cubaan bunuh diri berkenaan pada 3.35 pagi. Katanya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas…

Read More

PKP Di Aidilfitri? Ini Jawapan TEGAS Menteri Kesihatan. | PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan gelombang penularan Omicron dapat diturunkan sebulan atau dua bulan lagi sekali gus membolehkan sambutan Aidilfitri pada awal Mei depan tanpa sekatan pergerakan. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia bergantung kepada pematuhan langkah pengawalan oleh rakyat termasuk mengambil dos penggalak dan mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka. “Ini semua tentang tingkah laku, saya tahu ramai risau tentang raya dan sebagainya, tetapi jika kita memainkan peranan penting, dapatkan dos penggalak, vaksin anak-anak, kita jangka akan dapat stabilkan pandemik dalam masa sebulan atau dua bulan…

Read More

KKM Bakal Gunakan Antivirus Pada Pesakit Covid. | PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses memantapkan Kaedah Penjagaan Klinikal pesakit Covid-19 bagi tujuan memulakan ubat antivirus terkini yang akan diberikan kepada pesakit wabak itu yang berisiko tinggi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau berkata, ia akan diberikan kepada pesakit Covid-19 pada peringkat awal iaitu semasa mereka bergejala ringan bagi mencegah jangkitan menjadi lebih teruk. Bercakap ketika sidang akhbar mengenai perkembangan Covid-19 pada Isnin, Khairy berkata, rawatan antivirus ini akan meliputi pesakit di klinik kesihatan, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital bagi…

Read More