Pihak Hospital Baru Sedar Guna Air Tandas Selepas 30 Tahun. | TOKYO: Sebuah hospital di Jepun secara tidak sengaja menggunakan air tandas sebagai sumber minuman selama 30 tahun selepas sistem paip disambungkan secara salah. Kesilapan itu dikesan di Hospital Universiti Osaka di Suita pada bulan lalu selepas beberapa paip air ditemukan bersambung dengan tandas. Pada 20 Oktober lalu, hospital itu mengumumkan sejumlah paip airnya disambung secara salah. Namun, hasil pemeriksaan lanjut, kira-kira 120 paip air disambung secara salah dan keadaan itu sudah berlarutan selama 30 tahun sejak hospital itu dibuka pada 1993. Petugas dan pesakit di hospital berkenaan sudah menggunakan…
Author: Admin Soleh
Pelajar UiTM Jadi Calon Termuda PH. Ini Respon Pihak Universiti. | SHAH ALAM – Penyertaan salah seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farzana Hayani Mohd. Nasir sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak melanggar Akta UiTM. Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, pihaknya telah menyemak akta tersebut sebaik sahaja Farzana Hayani diumumkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada Isnin lalu. “UiTM mempunyai akta sendiri dan akta tersebut membenarkan Farzana bertanding dalam PRN Melaka. “Dia juga merupakan pelajar UiTM pertama yang masih belajar menjadi calon bagi sesebuah parti…
Lelaki Tengah Asyik Berjoget Tiba-Tiba Didatangi Anak. | JAKARTA – Seorang lelaki yang sedang asyik menyanyi dan berjoget di atas pentas diheret turun oleh anak perempuannya yang tidak gemar melihat bapanya melakukan perkara sedemikian, lapor laman berita Suara.com hari ini. Video yang tular itu dimuat naik di akaun TikTok bernama @happymusic.90 dan setakat ini mendapat 2.3 juta tontonan. Pada awalnya, kanak-kanak perempuan itu dilihat memanggil bapanya untuk turun dari pentas, namun tidak dihiraukan bapanya. Akibat marah dengan perlakuan tersebut, dia berjalan ke arah pentas lalu mengheret bapanya turun. Lelaki itu dilihat pasrah dan hanya tertawa melihatkan tindakan anaknya. Netizen membanjiri…
PRN Melaka. Ini Permintaan Terbaru BN Kepada SPR. | MELAKA: Barisan Nasional (BN) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang didakwanya amat ketat, selain ada yang tidak masuk akal. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata penilaian semula wajar dibuat segera selepas pelbagai rungutan diterima daripada petugas dan jentera parti yang tidak dapat melaksanakan tugas berkempen dengan sempurna. “SOP dilaksana menyukarkan, lebih baik kita tak payah PRN, (kempen) rumah ke rumah tak boleh, lebih baik kita bertepuk tampar di rumah saja. “Ada laporan kita terima dari jentera tak…
4 Abang R0g0l Adik Sendiri Ditahan Polis. | Bukit Kayu Hitam: Polis menahan empat beradik lelaki di sini, yang disyaki merogol adik sendiri sejak lebih tiga tahun lalu. Difahamkan, mereka merogol mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah di daerah ini, sebelum kegiatan itu terbongkar baru-baru ini. Mangsa dikatakan menceritakan perbuatan keji empat abangnya itu kepada ibunya sebelum laporan polis berhubung kejadian dibuat pada Ahad lalu. Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini dengan dua daripada suspek ditahan, 5 petang kelmarin. “Siasatan awal mendapati dua lagi abang mangsa…
Mayat Ibu Dan 3 Anak Ditemui Berpelukan Dlm Kebakaran. | JAKARTA – Mayat seorang ibu dan tiga anaknya yang terkorban dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Jaya, daerah Siak Hulu dalam wilayah Riau ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin. Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada Ahad lepas di kediaman milik Syafar, 53, yang mengorbankan isteri serta tiga anaknya. Mereka yang terkorban ialah Suriyati, 44; Syafitri, 22; Selvina Putri, 17 dan Hazim Zhafran Syaputra, tiga tahun. Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana terhidu asap kebakaran yang tebal. Mayat kesemua mangsa ditemui di dalam tandas dalam keadaan sedang berpelukan. Menurut…
Wanita Tergamam Nampak SESUATU Atas Pokok Ketika Berkhemah. | Seorang wanita meremang bulu roma apabila mendakwa ternampak entiti misteri berbentuk seakan manusia di atas pokok ketika sedang berkhemah baru-baru ini. Detik seram yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Edenbridge, UK itu dikongsi dan diulas menerusi rangkuman video yang dimuat naik di siaran Youtube MrBBB333 semalam. Difahamkan, pada awalnya wanita itu sedang berkhemah di situ pada waktu malam dan dia mendakwa terdengar bunyi pelik tidak jauh dari khemahnya sekitar pukul 3 pagi. Bagi mengenal pasti punca bunyi pelik itu, wanita tersebut keluar dari khemah dan tekad mengambil gambar-gambar suasana di…
Seorang Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar Dan Tikaman. |IPOH: Seorang wanita warga emas ditemukan mati dengan kesan kelar dan tikaman pada leher dipercayai dibunuh anak saudaranya dalam kejadian di Kampung Cina dekat Menglembu, di sini hari ini. Mangsa, Aw Foong Meng, 73, ditemukan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di tepi katil dalam bilik di rumahnya. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat melalui MERS 999 tentang seorang wanita pengsan di lokasi kejadian pada pukul 3.10 petang. Katanya, polis kemudian ke lokasi tersebut dan mendapati terdapat seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah. “Pemeriksaan mendapati…
Tular Video DS Najib Dihalau. Pemilik Kedai Tampil Jelaskan Cerita Sebenar. | PUTRAJAYA: Seorang peniaga wanita di Melaka kecewa difitnah aktivis politik terkenal tanah air kononnya bertindak biadab menghalau Datuk Seri Najib Tun Razak dari kedainya. Melalui hantaran dalam akaun sosialnya, Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring, Hasnida Musa menafikan tohmahan yang kemudian ditularkan pula oleh warganet tidak bertanggungjawab. “Kata akak konon tutup kedai pada Ahad itu walhal kita berniaga macam biasa, dakwaan itu tak betul, fitnah melampau yang merosakkan nama baik kedai akak,” katanya berterus terang. Perkongsian pemilik kedai makanan di jeti anjung Umbai menerusi video berdurasi 2 minit…
Calon Termuda PH Mahu Tingkatkan Capaian Internet. | MELAKA: Usaha meningkatkan capaian internet di seluruh Melaka menjadi antara perkara yang akan diketengahkan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Farzana Hayani Nasir. Ketua Srikandi PKR Melaka itu berkata, keluasan jalur lebar sangat memberi impak dalam kehidupan masyarakat, antaranya memudahkan pendidikan dan menggalakkan orang ramai menceburi bidang keusahawanan secara dalam talian. Beliau menegaskan, sebagai pelajar yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dirinya sendiri berasa peritnya gangguan internet semasa belajar, impak semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan dipilih menjadi…