PM Umum Jawatankuasa Khas Kes Arwah Adib. Ini Respon Bapa Arwah. | Alor Setar: “Sudah nampak ada cahaya untuk membela kematian arwah anak saya, terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kes Adib,” kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 65. Bapa Muhammad Adib ini berkata, usaha kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh kes arwah adalah berita yang sangat baik dan gembira untuk mereka sekeluarga. Katanya, dia sangat berharap akan ada keputusan menyebelahi Allahyarham anaknya selepas jawatankuasa khas itu ditubuhkan. “Sekiranya kerajaan tubuh jawatankuasa khas untuk siasat secara menyeluruh dan telus kes anak saya, biarlah lakukan secara…
Author: Admin Soleh
Kongsi Nombor Telefon Peribadi.Ini Yg Terjadi Pada DS Shahidan Kassim. | PUTRAJAYA: Selepas berkongsi nombor telefon peribadinya, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim bukan sahaja menerima panggilan mengenai kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur sebaliknya juga berkaitan permasalahan lain yang perlu diberi perhatian. Beliau berkata masalah lain yang banyak diterima adalah seperti permohonan mendapatkan rumah projek perumahan rakyat (PPR) dan bantuan kewangan. “Saya terima lebih 1,000 panggilan telefon sehari, bukan aduan jalan berlubang sahaja tetapi bermacam-macam sampai telefon saya ‘jammed’ (tidak dapat berfungsi). Ada juga yang sengaja call (hubungi) tanpa sebab. “Saya berusaha untuk melayani setiap panggilan namun saya…
Penjawat Awam Selangor Enggan Vaksin. Ini Tindakkan Dikenakan. | PETALING JAYA: Penjawat awam di Selangor boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga kepada pemberhentian tugas jika enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Besar Amirudin Shari. Beliau berkata, bentuk tindakan tatatertib termasuk bermula daripada amaran, pemotongan gaji sehingga tindakan pemberhentian. “Bagaimanapun mereka yang mempunyai alasan klinikal atau kesihatan oleh pakar berkaitan dikecualikan tindakan,” katanya menurut laporan Kosmo. Amirudin berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima nasihat dan taklimat oleh Penasihat Undang-Undang Negeri semalam. “Kita akan melaksanakan tindakan tatatertib kepada mana-mana penjawat awam yang secara sengaja atau tidak mahu menerima suntikan vaksin. “Bentuk tindakan…
Kes Kematian Adib. Ini Jaminan Menteri Yang Buat Ramai Setuju. | Baru-baru ini heboh yang mengatakan kes kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup. Bagaimanapun hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan jaminan bahawa kes itu akan tetap diteruskan. Baca selanjutnya. SUBANG JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan pembelaan terhadap kematian kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan. Beliau berkata, dalam keadaan apa-apa sekali pun, pembelaan itu perlu diteruskan sama ada dalam apa-apa bentuk keadilan yang perlu dilakukan. “Namun kadangkala ia bukan mudah, soal inkues adalah hanya…
Rentas Negeri Beberapa Hari Lagi. Ini Nasihat Dr Noor Hisham. | Larangan rentas negeri akan ditarik balik dalam masa beberapa hari lagi, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Berita baik itu disampaikan Hisham di Twitternya awal pagi ini. “Dalam masa beberapa hari, larangan rentas negeri akan ditarik balik. “Penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan, dan penjarakan fizikal, meskipun dalam kalangan yang sudah divaksin. “Bagi memastikan yang tersayang dan ahli keluarga anda selamat, lakukan ujian air liur RTK-Ag sendiri secara berkala,” ciapnya. In next couple of days interstate travel restriction will be lifted.…
2 Beradik Cedera Parah Disimbah Air Panas & Dicucuh Api Rokok. | ISKANDAR PUTERI – Dua beradik mengalami kecederaan parah selepas disyaki disimbah air panas serta dicucuh api rokok dalam kejadian di Taman Selesa Jaya di sini Khamis lalu. Penderitaan dua beradik berusia enam dan 11 tahun itu disedari ibunya, M. Vikneswari, 30, selepas pengasuh menghantar pulang mangsa menggunakan kenderaan e-hailing. Menurut ibu tunggal itu, kedua-dua anak lelakinya dihantar ke rumah pengasuh sejak April lalu dengan kadar bayaran RM800 sebulan. “Suami saya meninggal dunia sudah lama, jadi saya seorang diri jaga mereka tetapi sebab kerja pembantu kedai, saya hantar anak…
Tarikh Rentas Negeri. Ini Jawapan DS Hishammuddin. | PETALING JAYA: Tarikh kebenaran rentas negeri dijangka diumumkan dalam beberapa hari lagi selepas kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dewasa di Malaysia mencapai 90 peratus. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan mengambil kira dan meneliti pelbagai faktor sebelum mengambil sebarang keputusan. “Setakat hari ini saya dimaklumkan kejayaan kita dah sampai 88.74 peratus jadi mungkin kita akan sampai kepada 90 peratus ini dalam beberapa hari lagi. “Apa yang kita lakukan kebelakangan ini banyak bersandarkan kepada pertimbangan- pertimbangan yang ditunjukan oleh data yang diperoleh. “Kita kena pastikan bahawa kalau 90 peratus ini…
Tong Gas Tiba-Tiba Meletup. Bapa Dan Anak Cedera. | GEORGETOWN: “Tak sempat dia sentuh tong gas, tiba-tiba meletup. Bunyi letupan sangat kuat seperti dipanah petir dan bergegar rumah. Ketika itu, anak (Nurul Atiqah) ada di belakangnya.” Demikian cerita Rosilawati Abdul Rahim, 44, berhubung kejadian tong gas meletup yang menyebabkan suaminya, Mahari Md. Noor, 47, dan anak bongsunya, Nurul Atiqah mahani, 14, melecur teruk seluruh anggota badan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Dia yang tinggal di Apartment Saujana Heights, Teluk Kumbar berkata, Mahari mengalami kesan terbakar 50 peratus pada badannya manakala Nurul Atiqah cedera tangan dan kaki…
Tarik Sokongan Kerajaan. Ini Luahan YB Parti Bersatu. | MELAKA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas dari parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad mengakui melakukan kesilapan apabila menyertai ‘Langkah Sheraton’ pada Mac tahun lalu. Beliau merasakan perlu bertaubat kerana kemenangannya sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah di atas tiket Pakatan Harapan (PH). “Saya menang atas tiket PH. Jika cakap saya pengkhianat itu tidak betul. Saya sebenarnya telah buat kesilapan dengan sertai ‘Langkah Sheraton’ dan saya rasa perlu bertaubat. “Rakyat beri mandat kepada saya selaku ADUN Telok Mas. Mereka undi saya…
Seorang Pesakit Covid Lahirkan Anak Ketika ‘Ditidurkan’. |LONDON – Seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam keadaan koma selepas dijangkiti virus Covid-19 ketika usia kandungannya mencecah 28 minggu, lapor akhbar The Sun semalam. Kelsie Routs, 23, yang tidak menerima vaksin Covid-19, dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas. Sejurus tiba di hospital, dia diberikan bantuan ventilator dengan kadar oksigen paling tinggi. Pasukan perubatan kemudiannya membuat keputusan bahawa dia perlu ‘ditidurkan’ bagi memberi peluang kepada tubuhnya untuk pulih. Ketika berada dalam keadaan koma, Routs terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya yang ketika itu seberat kira-kira 1.3 kilogram. Wanita itu yang hanya sedar…