Seorang Pembantu Perubatan Ditemui Mati Di Sebuah Rumah. | SEREMBAN: Seorang pembantu perubatan ditemukan mati seorang diri di dalam sebuah rumah di Taman Nusa Intan dekat sini, hari ini. Lelaki berkenaan, P. Aravonthan, 30, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, polis menerima laporan kejadian tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi daripada seorang rakan lelaki itu yang ke rumah berkenaan. “Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya kepada pemberita hari…
Author: Admin Soleh
Seorang Anak ‘Buang’ Bapa Yang Dijangkiti Covid-19. | Bangkok: Suami isteri dari Nakhon Ratchasima, Thailand tergamak ‘membuang’ bapa mereka yang berusia 80 tahun di sebuah kuil hanya kerana lelaki itu dijangkiti Covid-19. Bangkok Post melaporkan, kisah itu dikongsikan seorang petugas perubatan di Hospital Bua Yai menerusi Facebook (FB). Gambar dimuat naik menunjukkan seorang lelaki terbaring di denai berhampiran Wat Pa Suan Thamma Sawaddee di Kampung Ban Nong Waeng dekat daerah Bua Lai. Perkongsian gambar itu disusuli dengan luahan petugas berkenaan yang kesal dengan tindakan anak perempuan kepada lelaki warga emas berkenaan. Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai…
Ini Penjelasan Dan Kenyataan Rasmi Pejabat Perdana Menteri. | Hari ini kecoh apabila Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula pada 26 Julai 2021. Kerajaan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sepertimana yang dizahirkan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja…
Seorang Warga Emas Tiba-Tiba Rebah Dalam Restoran. | KOTA KINABALU: Suasana di sebuah restoran menjadi cemas seketika apabila seorang pelanggan warga emas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di pusat komersil Plaza 333, di Penampang pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 10.50 pagi itu, lelaki berusia 67 tahun yang berbangsa Cina berkenaan didapati rebah lalu tidak sedarkan diri di restoran berkenaan. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Beliau berkata, siasatan awal dan keterangan daripada anak mangsa yang berada di lokasi memaklumkan mangsa pernah menjalani rawatan sebagai…
Lelaki Ditahan Lepas Lakukan Perbuatan ‘Tak Senonoh’ Terhadap Kambing Betina. | PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan dipercayai melakukan perbuatan di luar tabii terhadap seekor kambing betina sehingga mati dalam kejadian di Serendah di sini semalam. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 petang apabila pemilik kambing berusia 45 tahun terdengar bunyi lain mengembek dari kandangnya yang terletak di belakang rumah. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamarudin berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat pemilik kambing kir-kira pukul 6 petang semalam. Katanya, ketika kejadian, lelaki itu mendapati terdapat seorang lelaki warga tempatan yang dikenali dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah…
Seorang Gadis Dibelasah Sampai Mati Oleh Ahli Keluarganya. | UTTAR PRADESH, INDIA – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari negeri Uttar Pradesh, India dibelasah hingga mati oleh ahli keluarga gara-gara memakai seluar jeans ketika menghadiri upacara keagamaan, lapor akhbar The Sun, semalam. Tidak cukup dengan itu, mayatnya digantung di sebuah jambatan sebagai tayangan kepada umum. Mangsa, Neha Paswan, 17, dipukul dengan tongkat oleh datuk dan bapa saudaranya selepas bertengkar mengenai cara pemakaian gadis itu. Menurut ibunya, Shakuntala Devi Paswan, Neha sebelum itu berpuasa di waktu siang dalam satu amalan keagamaan. “Pada waktu malam, dia memakai seluar jeans beserta baju…
Ibu Sempat Pesan Kepada Anaknya Supaya Pergi Rumah Anak Yatim. | BANGKOK – Seorang ibu tunggal di Thailand yang dijangkiti Covid-19, sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun, supaya pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin. Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas Covid-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, seorang tukang urut, positif Covid-19, dua anaknya juga turut dijangkiti. Media tempatan melaporkan wanita tersebut mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk kira-kira tiga hari dan meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan. Sehari sebelum, seorang jiran membawanya ke hospital dan…
Seorang Lelaki Mahu Jual Darah Dan Buah Pinggang. | JAKARTA – Seorang lelaki dari Jogjakarta, Indonesia meraih simpati netizen selepas gambar sepanduk menyatakan kesanggupannya menjual buah pinggang dan darah untuk mendapatkan sedikit wang, tular di laman Twitter semalam. Menurut portal Suara.com, lelaki dikenali sebagai Yitno itu berkata Perintah Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) darurat akibat Covid-19 telah menjejaskan pendapatannya. Justeru, dia sanggup menjual sebelah buah pinggang dan darahnya buat mereka yang memerlukan atau mahu membelinya. “Sanggup menjual darah dan sebelah buah pinggang bagi mereka yang memerlukan. Sila hubungi Pak Yitno di talian tertera,” tulis sepanduk itu. Menurut keterangan gambar di twitter,…
Seorang Pesakit Covid-19 Meninggal Dunia Di Rumah. |TANGKAK: Seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, di sini, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, kematian lelaki itu, Zuraimi Abd. Aziz, 51, disedari oleh anak saudaranya apabila menemukan mangsa tidak sedarkan diri ketika menghantar bekalan makanan ke kediaman itu. “Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini juga belum disentuh, justeru dia menjenguk dari tingkap untuk melihat keadaan mangsa sebelum mendapati bapa saudaranya itu hanya terbaring…
Mayat Lelaki Pakai Gelang Putih Ditemui Terapung Di Sungai. | KUALA TERENGGANU – Mayat seorang lelaki memakai gelang putih ditemukan terapung di Sungai Terengganu dekat Kampung Banggol Cempedak di sini, pada Isnin. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat dipercayai lelaki dewasa itu berada pada kedudukan 50 meter dari kawasan darat ketika dijumpai. Katanya, pihak bomba mengerahkan enam anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE) ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 2.37 petang. “Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat gelang putih…