25 Tahun Angkut Pelancong, Keadaan Tulang Gajah Ini Menyedihkan | Seekor gajah kelihatan cacat setelah menghabiskan masa lebih 25 tahun dalam industri pelancongan di Thailand, di mana ia terpaksa mengangkut sehingga enam pelancong pada satu masa, lapor laman berita Thaiger semalam. Gajah bernama Pai Lin itu kini tinggal di pusat menyelamat hidupan liar terbesar di Thailand di mana ia boleh berkeliaran tanpa dirantai dan bebas menikmati alam semula jadi. Beberapa gambar menunjukkan keadaan tulang belakang Pai Lin yang sepatutnya membulat dan melengkung secara semula jadi tetapi menekuk dan tenggelam akibat beban kerja yang berulang. Perubahan bentuk fizikal itu kebiasaannya berlaku…
Author: Admin Baik
Lelaki Terkejut 4 Ekor Babi Masuk Tidur Nyenyak Dalam Bilik | Seorang lelaki terkejut apabila di dalam bilik tidurnya dimasuki empat ekor babi yang sedang tidur di atas tilamnya, lapor sebuah portal berita Taman Pendidikan di Indonesia. Video tular di media sosial Indonesia itu memperlihatkan keadaan sebuah bilik sewa yang dimasuki empat ekor babi yang sedang nyenyak tidur di atas tilam. Kelihatan kawanan babi tersebut sedang tidur di atas tilam yang tidak dilapik dengan cadar. Haiwan liar itu dilihat tidur dalam keadaan seolah-olah ia menghuni bilik sewa tersebut. Seorang lelaki dipercayai penghuni bilik itu kemudian tiba dan menghalau babi-babi berkenaan…
Pengeluaran KWSP: Ini Rayuan Mantan PM DS Ismail Sabri Yg Ditunggu-Tunggu | Isu berkenaan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh rakyat yang memerlukan bantuan tersebut. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan supaya mempertimbangkan permohonan rakyat yang memerlukan pengeluaran sejumlah wang Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) secara bersasar untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jelas beliau, baru-baru ini beliau bertemu dengan wakil Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) yang memaklumkan situasi di mana ramai pekerja berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup. Menurut Ahli Parlimen Bera itu, terdapat segelintir pihak yang baru mendapat pekerjaan,…
Enggan Bayar Hutang, Wanita Muat Naik Gambar ‘Jenazah’ Sendiri | Seorang wanita dari Medan, wilayah Sumatera Utara sanggup berpura-pura mati kerana enggan melangsaikan hutangnya kepada seorang individu lain, lapor laman berita Merdeka kelmarin. Wanita yang hanya dikenali sebagai L itu memuat naik hantaran menerusi akaun Facebook anaknya yang menyatakan dia sudah meninggal dunia. Dia turut menyertakan beberapa gambar menunjukkan keadaannya yang sudah menjadi ‘jenazah’ dan dibalut dengan kain kafan. Hantaran itu turut mendakwa L meninggal dunia kerana kemalangan di sebuah jambatan serta jenazahnya akan dikebumikan di Aceh. Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta L membayar hutangnya…
(Video) Netizen Risau Lihat Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Naik Pesawat ‘Microlight’ | Unik dan istimewa, apabila seorang ayah menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki sebuah pesawat ‘Microlight’, di Pedas, Negeri Sembilan. Di dalam video yang dimuat naik oleh @kuziking4 di TikTok kelihatan dirinya sedang terbang di udara bersama anak lelaki di sebelahnya, dengan hanya memakai kain pelikat dan topi keledar. Tonton video terbabit : Katanya, pesawat itu boleh terbang sehingga 500 meter di udara dan berharga RM40,000 hingga RM100,000 sebuah. Dia juga sering berkongsikan aktiviti menerbangkan pesawat ‘microlight’ itu di akaun TikToknya sehingga berjaya mencuri tumpuan orang ramai. Tinjauan…
Rakaman Kelibat Didakwa Puntianak Atas Pokok.| Sebuah klip video tular di media sosial Singapura memaparkan situasi kain berwarna putih. Yang kelihatan seperti lembaga sedang berdiri dalam keadaan terapung pada dahan sebatang pokok. lapor portal berita Coconuts semalam. Rakam puntianak Berdasarkan video yang dikongsikan di laman TikTok itu, sehelai kain misteri dilihat seperti terapung di sebatang pokok di Hougang Avenue 8 pada waktu malam, ketika cuaca hujan. Ramai pengguna berpendapat lembaga itu merupakan puntianak. Tonton video rakaman terbabit : Rakam puntianak @ahmadbafadhal Pure white cloth means it’s a stray Pontianak … Question is, does it not get wet in the heavy…
Ibu Sangka Anak Mati, Rupanya Ditipu Keluarga Selama 17 Tahun | Seorang wanita di China yang selama ini percaya bayi lelakinya meninggal dunia, akhirnya mendapati dia ditipu oleh keluarga sendiri, lapor akhbar Daily Star semalam. Zhang Caihong dari wilayah Jiangsu berkongsi kesedihan apabila mengetahui bahawa adik ipar sepupunya mencuri anak lelakinya selepas dia melahirkan bayi itu 17 tahun lalu. Caihong melarikan diri ke rumah sepupunya sebelum bersalin kerana bimbang bekas suami akan mencederakan dirinya. Selepas melahirkan anak, adik ipar sepupunya menyampaikan berita bahawa bayinya mengalami kecacatan yang teruk. Caihong mempercayai berita itu dan dipujuk untuk menyerahkan bayinya. Dia ditipu sekali…
Tular Di Medsos Rakaman UFO, Rupanya Tangki Air | Netizen di India gempar apabila sebuah hantaran tular di media sosial memaparkan gambar yang didakwa mereka sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor laman berita First Post. Berdasarkan rakaman yang dikongsikan di laman Twitter, seorang netizen berkata, dia menerima hantaran imej tersebut daripada seorang rakannya di New Delhi yang menyangka ia adalah sebuah piring terbang. Bagaimanapun, jika diperhatikan secara teliti, imej sama ternyata sebuah tangki air yang tidak dapat dilihat dengan jelas disebabkan jerebu teruk melanda ibu negara India itu. Bahagian atas tangki tersebut berbentuk seperti piring terbang yang sering dikaitkan…
Kahwin 87 Kali, Warga Emas Ini Dinobat ‘Raja Playboy’ | Seorang warga emas dari Majalengka, wilayah Jawa Barat digelar ‘Raja Playboy’ kerana pernah berkahwin sebanyak 87 kali, lapor laman berita Tribunnews kelmarin. Lelaki hanya dikenali sebagai Kaan, 61, itu mengaku sedang merancang untuk perkahwinannya yang ke-88 dengan salah seorang bekas isterinya. Menurut Kaan, dia tidak dapat menolak bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya kerana wanita berkenaan amat ‘tergila-gilakannya’. “Saya merancang untuk berkahwin dengan bekas isteri daripada perkahwinan ke-86. Meskipun sudah lama berpisah, perasaan cinta antara kami masih kuat dan saya enggan mempermainkan perasannya. “Selama ini juga, dia masih ‘tergila-gilakan’ saya…
Selesai Mesyuarat Lembaga Tatatertib, Ini Pengumuman Menteri Buat Ramai BERDEBAR | Keputusan hasil mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang hari ini, akan diserahkan kepada guru Matematik, Mohd. Fadli Mohamed Salleh, esok. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, beliau baru dimaklumkan bahawa mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan baru tamat sebentar tadi di mana dokumen keputusannya akan diuruskan pihak urusetia lembaga itu. “Pihak urusetia di lembaga berkenaan akan sampaikan keputusan mesyuarat kepada ketua jabatan Mohd. Fadli. “Insya-Allah, esok beliau (Mohd. Fadli) akan menerima keputusan itu,” katanya yang ditemui selepas menghadiri sesi pengenalan bersama jurulatih ternama dunia, Mr.…