Author: Miss Alin

Tiket Penerbangan Termasuk Kos Caj Kuarantin | Kuarantin merupakan salah satu norma baharu yang berlaku di dalam negara. Sesiapa yang baru sahaja tiba dari luar negara akan dikuarantin dalam tempoh tertentu bagi mengelakkan penularan virus covid-19 sekiranya ada diantara mereka positif ataupun dikhuatiri sebagai pembawa. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi semalam telah mengumumkan pelaksanaan prosedur baharu kemasukan bukan warganegara ke negara itu susulan kenyataan Kementerian Dalam Negeri mengenai prosedur kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan. Menerusi surat pekeliling kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu, GACA berkata, semua pelawat yang tidak divaksin perlu menanggung kos kuarantin di pusat…

Read More

Sekat Kemasukan Warga Pakistan, Bangladesh Dan Nepal Ke Thailand | Thailand telah mengeluarkan satu kenyataan dan mengumumkan untuk tidak membenarkan warga asing dari negara Pakistan, Bangladesh serta Nepal dalam usaha untuk mengekang wabak Covid-19 di negara tersebut, baru-baru ini. Usaha tersebut dilakukan bagi mengekang perjalanan warga-warga asing dari negara berkenaan untuk memasuki negara Thailand selepas usaha mengekang kemasukan warga India ke negara Thailand telah dilakukan terlebih dahulu bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Sebelumnya, Thailand telah mendapati terdapat jangkitan dari varian Covid-19 India oleh pelancong dari Pakistan serta ia turut disahkan sendiri oleh Pusat Pentadbiran Stuasi Covid-19 (CCSA) . CCSA juga…

Read More

Ketua Polis Kuala Lumpur Nafi Langgar SOP Pemakaian ‘Mask’ | Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim menafikan dakwaan bahawa dia telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pemakaian pelitup muka yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dakwaan itu juga telah menjadi tular di media sosial. Satu video wawancara televisyen (TV) membabitkan Ketua Polis Kuala Lumpur telah dimuatnaik di TikTok. Menerusi video itu kelihatan Datuk Azmi tidak memakai pelitup muka ketika sesi wawancara itu diadakan. Wawancara TV itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur ketika pemantauan pematuhan SOP di kawasan terbabit. “Dalam video yang dirakam oleh pemilik…

Read More

Daging Ditawar Dengan Harga Murah Habis Dalam Tempoh Dua Jam | Sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi, semestinya ramai umat islam yang keluar untuk mendapatkan bahan mentah bagi menyediakan juadah pada Aidilfitri ini. Namun sesuatu yang ditawarkan dengan harga yang murah semestinya akan menjadi pilihan orang ramai. Sebuah program My Best Buy Aidilfitri yang diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang telah menawarkan daging lembu dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran. Semestinya daging itu menjadi rebutan para pengunjung di program itu. Sebanyak 300kg daging lembu yang disediakan dengan harga yang murah…

Read More

PKRC Ke-8 Gelanggang Seni Di Kelantan Akan Dibuka | Seperti yang sedia maklum jumlah peningkatan kes di negeri Kelantan semakin meningkat dari masa ke masa. Hal ini sangat membimbangkan rakyat di negeri berkenaan lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Justeru itu, berikutan peningkatan kes tersebut, lokasi baharu pusat kuarantin bagi rakyat negeri Kelantan yang dijangkiti wabak Covid-19 akan dibuka. Kota Bharu: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) kelapan yang bertempat di Gelanggang Seni di sini, hampir siap sepenuhnya dan akan dibuka dalam masa terdekat bagi menempatkan pesakit tahap satu, dua dan tiga. Pengarah PKRC Kelantan…

Read More

Pelaksanaan PKP Secara Menyeluruh Hanya Bersifat Sementara | Baru-baru ini, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dengan me­nguatkuasakan larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, janji temu vaksinasi dan pasangan jarak jauh. Keputusan terbaharu dengan larangan lebih tegas dan ketat itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Dalam pada itu, dikatakan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat secara menyeluruh ini  hanya bersifat sementara bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19. Sementara itu, pakar virologi dari Universiti…

Read More

20 Maut Dalam Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza |  Serangan udara yang dijalankan oleh pihak Israel ke atas Gaza semalam mengorbankan sekurang-kurangya 20 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas manakala seramai 65 orang mengalami kecederaan. Serangan itu dijalankan sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan Hamas dan pejuang Palestin susulan keganasan di perkarangan Masjidil Aqsa. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata Hamas melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Bailtulmaqdis menyebabkan negara Yahudi itu bertindak balas dengan kekuatan. Katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera mereka…

Read More

Ibu Cedera Terkena Pisau Yang Dipegang Anak Semasa Solat Tarawih | Seringkali kita dengar di media sosial pada ketika ini mengenai anak sanggup melakukan perbuatan bunuh dan cederakan ibu mereka untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan. Kepala Batas: Seorang wanita terpaksa menerima 10 jahitan pada tangan sebelah kiri akibat terkena pisau yang dipegang anak lelakinya yang dipercayai mempunyai masalah mental di sebuah rumah di Taman Orkid Permai, di sini, malam tadi Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 56 tahun bersama suaminya pada ketika itu sedang menunaikan solat tarawih di bahagian ruang tamu kediaman mereka.…

Read More

Polis Diserang Banduan Ketika Hendak Menggunakan Tandas | Berlaku satu serangan melibatkan seorang banduan selepas dia dikatakan telah menyerang seorang polis ketika hendak menggunakan tandas di Los Angeles, di sini, baru-baru ini. Suspek yang telah dikenalpasti sebagai Arnulfo Meza, 29, telah meminta seorang anggota polis untuk membuka gari di tangan kirinya di Pusat Penerimaan Banduan sebelum dia dilaporkan Pusat Penerimaan Banduan menurut laporan media tempatan. Rakaman dari litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan anggota berkenaan dilihat memberi tisu kepada Meza sebelum diserang di bahagian kepala beberapa kali lalu terjatuh ke lantai. Selepas diserang, anggota tersebut bertindak meminta bantuan dari beberapa…

Read More

Najis Babi Cemar Laut Dan Sungai | Sungai dan laut dibimbangi tercemar disebabkan oleh tindakan seorang penternak babi yang tidak bertanggungjawab di Pantai Acheh. Pengusaha ternakan babi itu dipercayai telah membuang sisa najis haiwan itu ke dalam sungai dan laut berhampiran. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader berkata, sisa najis babi dari Sungai Sembilang yang mengalir terus ke laut menimbulkan bau terlalu busuk terutama pada waktu malam sehingga mengganggu aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan di perairan itu. CAP percaya sekiranya masalah itu dibiarkan berterusan, ia boleh menjejaskan alam sekitar, hidupan laut dan sumber pendapatan nelayan dengan lebih…

Read More