Author: Miss Alin

‘Ambillah Kedai Runcit Sebagai Ganti Saya Tak Mampu Bayar Kompaun’ | Baru-baru ini heboh di media sosial mengenai peniaga-peniaga yang dikenakan kompaun kerana kesalahan beroperasi lebih masa. Hal itu yang terjadi kepada  seorang peniaga kedai runcit apabila dia dikenakan kompaun namun tidak mampu membayarnya. Kota Bharu: “Ambillah kedai runcit saya sebagai ganti, memang saya tidak akan mampu untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000.” Luahan hiba dari seorang peniaga kedai runcit, Mansah Marjurin, 47, merupakan antara tiga peniaga yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 pada Ahad lalu bagi kesalahan beroperasi lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dia yang berniaga kedai runcit di…

Read More

Kluster Pendidikan, 13 Buah Sekolah Di Negeri Sembilan Pula Diarah Tutup | Kluster dalam kalangan pendidikan seperti tiada kesudahan selepas tular terdapat 13 buah sekolah di Negeri Sembilan telah diarahkan tutup kerana terdapat warga di sekolah-sekolah terbabit didapati positif Covid-19. Menurut Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab, 13 sekolah yang telah diarahkan tutup adalah di daerah Seremban iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), SJKC Pei Hua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 3, Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Height, SK Taman Seri Mawar, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, SJK Tamil Covent, SK Senawang 3, SK…

Read More

Kuah Sate Dari Wanita Misteri Punca Seorang Kanak-Kanak Maut | Seorang bapa yang juga merupakan peniaga ojek online (teksi motosikal) atau perkhidmatan e-panggilan tidak menyangka sate dan kuah sate yang diberikan seorang wanita ternyata menjadi penyebab anaknya terkorban. Jakarta: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut dipercayai akibat daripada keracunan makanan. Menurut laporan, bapa kanak-kanak itu yang juga merupakan pemandu ojek (teksi motosikal) dalam talian menerima pesanan dari seorang wanita yang dibuat tanpa menggunakan aplikasi. Kes tersebut bermula ketika pemandu ojek itu, Bandi dihampiri seorang wanita tidak dikenali ketika dia sedang berehat di sebuah masjid di bandar Jogjakarta. Wanita misteri terbabit…

Read More

“Tidak Perlu Pakai Penutup Muka Jika Sudah Divaksin”, Umum Joe Biden | Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah mengumumkan kepada rakyatnya bahawa mereka kini tidak perlu memakai pelitup muka jika  berada di tempat terbuka dan sedang melakukan aktiviti yang tidak melibatkan orang ramai, baru-baru ini. Pengumuman oleh Joe Biden ini dilakukan selepas pihak berkuasa kesihatan terbabit melakukan pengumuman terlebih dahulu kepada orang ramai kerana ia dilihat sebagai salah satu cara untuk memujuk lebih ramai rakyat di negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin bagi pencegahan Covid-19. Joe Biden mengulas, bahawa Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah melakukan pengumuman penting dan bermula dari…

Read More

‘Saya Rindui Panggilan Mak’ Ibu Tunggal Cekal Urus Anak Istimewa | Bukan mudah bagi seorang ibu tunggal yang menjaga seorang anak istimewa lebih-lebih lagi dengan ketiadaan suami. Namun, bagi ibu tunggal ini, dia cekal dan tabah dalam menguruskan segala hal yang berkaitan dengan anak bongsunya itu. Machang: Siti Zubaidah Mohd Ali, 57, menjaga anaknya Nur Athirah Najihah Ibrahim, 19, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) atau dikenali juga dengan kelumpuhan otak. Siti Zubaidah yang merupakan seorang ibu tunggal itu berkata, Nur Athirah merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang disahkan menghidap penyakit itu sewaktu umurnya sembilan bulan dan akibat keadaannya yang…

Read More

Polis Nafi Bertindak Tidak Adil Berkenaan Kompaun Wanita Dalam Bas | Polis mendakwa bahawa mereka tidak melakukan perkara yang tidak adil kepada seorang wanita yang dilaporkan telah dikompaun akibat tidak mengimbas scan QR Mysejahtera ketika menaiki sebuah bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, baru-baru ini. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Annas Sulaiman, pihak polis mendapati wanita berusia 20-an terbabit tidak mengimbas QR Mysejahtera ketika berada di bas terbabit dan hanya membuat imbasan  ketika memasuki perhentian TBS sahaja. Tambahnya lagi, walaupun wanita terbabit telah dinasihatkan oleh pemandu bas, dia tetap tidak mengimbas QR Mysejahtera yang disediakan di…

Read More

Kes Kompaun Pelajar Matrik Selesai, Tidak Perlu Bayar Kompaun | Sebelum ini pernah menjadi berita yang hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat Malaysia apabila beberapa orang pelajar Matrikulasi telah dikompaun oleh Pihak kementerian Kesihatan kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di kafeteria yang terletak di dalam pusat pengajian mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamaruddin dipetik Bernama berkata, ini susulan pertemuan antara pihaknya dengan pihak kolej, Pusat Kesihatan Kampar dan Pengarah Kesihatan Perak baru-baru ini. Dengan itu, kes enam orang pelajar dari Matrikulasi Perak Yang terletak di Gopeng telah selesai disiasat dan mereka juga…

Read More

Terpaksa Tunda Pengajian Dan Berkorban Jaga Ibu | Ibu merupakan insan yang paling utama dalam melakukan segala hal. Justeru, itulah kejadian yang menimpa seorang remaja perempuan dimana dia terpaksa menunda pengajiannya dan berkorban untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit. Sepang: Seorang remaja perempuan, Fatini Ismail, 22, menjaga ibunya, Suffia Adnan, 48, terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda demi menjaga ibunya yang terlantar sakit sejak tahun 2019 lagi selepas bapanya meninggal enam tahun yang lalu. Dalam pada itu, pelajar tajaan Pusat Zakat Selangor yang memiliki Diploma Jurusan Pendidikan Sains daripada sebuah universiti swasta itu berkata, dia…

Read More

Anak Tergamak Buang Ibu Tepi Jalan Hanya Kerana Positif Covid-19 | Ibu merupakan seorang wanita yang sepatutnya disayangi dan dijaga oleh anak-anak. Ini kerana ia sudah bersusah payah melahirkan dan membesarkan anak sehingga menjadi seorang yang berguna. Namun, hal yang berbeza dialami oleh ibu ini apabila anak yang diharapkan ternyata tergamak membuang dirinya di tepi jalan setelah ia disahkan positif Covid-19. Seorang lelaki bertindak kejam apabila ia sanggup membuang ibunya di tepi jalan selepas wanita terbabit disahkan positif Covid-19 di Kanpur, Uttar Pradesh, India. Menurut laporan, video yang memaparkan seorang wanita terbaring telah tular selama beberapa hari di media sosial.…

Read More

Neelofa Mahu Bayar Denda Abang Burger | Isu usahawan Neelofa di kompaun akibat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan juga abang burger yang dikompaun sebanyak RM50,000 telah menjadi trending beberapa hari ini. Ini kerana banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap dua individu berbeza darjat ini. Yang terbaru adalah usahawan dan juga selebriti terkenal itu telah menawarkan diri untuk membantu abang burger yang disaman oleh pihak polis kerana berniaga melebihi masa yang ditetapkan di kediamannya sendiri. Beliau berbuat demikian selepas ramai pihak yang mengkritik jumlah kompaun yang dikenakan terhadap abang burger itu dan juga neelofa…

Read More