Polis Nafi Bertindak Tidak Adil Berkenaan Kompaun Wanita Dalam Bas | Polis mendakwa bahawa mereka tidak melakukan perkara yang tidak adil kepada seorang wanita yang dilaporkan telah dikompaun akibat tidak mengimbas scan QR Mysejahtera ketika menaiki sebuah bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, baru-baru ini.

Polis Nafi Bertindak Tidak Adil Berkenaan Kompaun Wanita Dalam Bas

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Annas Sulaiman, pihak polis mendapati wanita berusia 20-an terbabit tidak mengimbas QR Mysejahtera ketika berada di bas terbabit dan hanya membuat imbasan  ketika memasuki perhentian TBS sahaja.

Tambahnya lagi, walaupun wanita terbabit telah dinasihatkan oleh pemandu bas, dia tetap tidak mengimbas QR Mysejahtera yang disediakan di bahagian depan bas dan ini menyebabkan dia telah dikenakan kompaun bagi kesalahan terbabit. Pihak polis juga telah melakukan pemeriksaan terhadap penumpang lain dan mendapati mereka semua telah mengimbas kod QR Mysejahtera dan hanya wanita tersebut yang tidak melakukan imbasan.

Polis turut melaporkan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan kompaun sesuka hati jika mereka tidak melakukan pemeriksaan terlebih dahulu di dalam bas tersebut.

Wanita berkenaan didapati telah melanggar SOP Pengakutan Awam  yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada 13 Januari yang lalu dan dia dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak mengimbas QR Mysejahtera ketika menaiki bas.

Oleh itu, pihak polis menasihati orang awam bagi mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang sepatutnya iaitu yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semua individu di negara ini juga perlu memainkan peranan dan bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Sumber: Astro Awani

 

Share.

Leave A Reply