Author: Miss Alin

‘Tiada Niat Untuk Menyindir Abang Burger’, Neelofa Tampil Dengan Penjelasan | Seorang selebriti terkenal tanah air, Neelofa sekali lagi menimbulkan kecaman warga net selepas tindakannya memuat naik gambar burger di Instagram story miliknya yang dikatakan seolah-olah menyindir peniaga burger di Kota Bharu yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000, baru-baru ini. Neelofa dalam satu posting berikutnya telah menjelaskan bahawa netizen telah salah faham dengan gambar tersebut dan niat sebenarnya hanya untuk membantu peniaga burger yang dikenali sebagai Wan Mohd Faisal dengan ikhlas selain memuatnaik paparan skrin perbualan tentang hasratnya yang ingin membantu peniaga burger tersebut di Instagram story miliknya. Menerusi posting…

Read More

5 Maut Diserang Pengganas Di Selatan Thailand | Selatan Thailand yang kini dikuasai pemberontak telah menyebabkan berlakunya keganasan dan dilaporkan lima orang individu termasuk tiga sekeluarga telah maut di Pattani, di sini, baru-baru ini. Menurut Komandan Biro Polis Pattani, Kolonel Yanapong Ubolbarn, tiga sekeluarga tersebut telah terbunuh selepas trak yang membawa mangsa telah dihujani peluru pengganas sebelum membakarnya di wilayah Pattani. Serangan geri yang dilakukan pengganas  dikatakan bermotifkan pembalasan ke atas pembunuhan seorang individu yang merupakan salah seorang pemberontak serta penangkapan dua lagi individu sewaktu pertembungan di Naratiwat. Serangan yang berlaku di Sai Buri menyebabkan mangsa yang dikenal pasti sebagai…

Read More

Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Polis Akan Teliti Semula | Susulan tular di media sosial mengenai seorang peniaga burger yang telah dikompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), Polis Kelantan dilaporkan sedang meneliti semula kompaun yang dikenakan di Kampung Rambutan Rendang, baru-baru ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan, mengatakan pihak polis kini sedang membuka kertas siasatan dan memanggil semula peniaga yang dikenali sebagai Wan Mohd Faisal Wan Kador, 38, yang dikenakan kompaun atas kesalahan berniaga melebihi had masa. Tambah beliau, polis telah mengeluarkan tiga kompaun kepada pemilik premis makanan…

Read More

Suami Isteri Tunggang Motosikal Ke Mekah Mengerjakan Umrah | Setiap individu pastinya mempunyai keinginan untuk mengerjakan umrah. Hal ni yang berlaku terhadap pasangan suami isteri dari Jember, Jakarta Timur apabila mereka bertekad untuk mengerjakan umrah dengan menaiki motosikal. Amir Faisol,57, dan isterinya, Mintasih Suryawati memulakan perjalanan mereka ke Mekah yang dijangka mengaambil masa selama enam bulan itu pada 13 April lalu. Mereka dikatakan ingin ke Mekah kerana terlalu rindu untuk menunaikan ibadat umrah di tanah suci itu, lapor Suara.com, semalam. Menurut Amir, dia dikatakan ingin melakukan kembara ke Mekah itu sendirian tetapi apabila niatnya itu diketahui oleh isterinya, Mintasih merayu mahu…

Read More

Lee Kwang Soo Bakal Tinggalkan ‘Running Man’ Selepas 11 Tahun | Siapa tidak kenal rancangan realiti terkenal dari Korea iaitu ‘Running Man’ (RM) yang telah menjadi rancangan kegemaran ramai sama ada warga Malaysia mahupun dunia. Rancangan bertemakan permainan ini sering mendapat tempat di hati penonton sehingga ia dikatakan sering mempunyai rating penonton yang tinggi. Namun, setelah RM sudah mencapai usia 11 tahun, dikatakan salah seorang bintangnya, Lee Kwang Soo bakal meninggalkan rancangan tersebut selepas ia telah disahkan sendiri oleh agensi lakonannya iaitu ‘Starship Entertainment’. Menurut satu kenyataan, Starship telah mengesahkan bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan rancangan RM dari SBS…

Read More

Kompaun Maksimum Adalah RM10,000 Bagi Individu, Bukan RM50,000 – Takiyuddin Hassan | Telah tular di pelbagai platform media sosial semalam apabila seorang lelaki yang berniaga burger di hadapan rumahnya telah dikompaun sebanyak RM50,000 oleh pihak berkuasa tempatan. Berdasarkan nilai kompaun yang dikenakan ke atas beliau, nilai tersebut amat tidak boleh diterima oleh akal. Hal ini dikatakan demikian kerana Pegawai penguatkuasa perlu mengikut garis panduan ditetapkan Kerajaan ketika mengeluarkan sebarang kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ia berikutan Kerajaan sudah menggubal Garis Panduan…

Read More

Seorang Penceramah Rebah Atas Mimbar Ketika Baca Doa| Seorang penceramah yang sedang membaca doa ketika menyampaikan kuliah solat Zohor di Masjid Baiturrahman, Panaikang di Makassar tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin. Menurut laporan Kompas, jemaah lain yang turut berada di masjid itu turut terkejut apabila melihat Allahyarham Dr HM Ruddin Emang tiba-tiba rebah di atas mimbar. Rakaman video yang tular di media sosial mengenai kejadian itu telah menarik perhatian warganet seramai lebih 432,o11 tontonan. Dalam rakaman tersebut menunjukkan Allahyarham yang juga bekas pensyarah Universiti Muhammadiyah (Unismuh) dan Universiti Islam Negeri Alauddin Makassar (UIN) sedang berdoa ketika ingin mengakhiri…

Read More

7 Buah Sekolah Di Kedah Pula Diarah Tutup Akibat Covid-19 | Kluster dalam sektor pendidikan menjadi semakin runcing selepas dilaporkan tujuh buah sekolah di Kedah puka telah diarahkan untuk tutup selepas berlakunya penularan wabak covid-19 dalam kalangan pelajar serta guru di sini, baru-baru ini. Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad menerusi Sinar Harian, terdapat beberapa sekolah di sekitar Kedah telah diarahkan tutup antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda, Sekolah JenisKebangsaan (SJK) Cina Pumpong dan SK Dato Wan Mohd Saman di daerah Kota Setar manakala, SK Dato Wan Kemara bagi daerah Kubang Pasu serta daerah lainnya iaitu SK…

Read More

Sekolah Akan Ditutup Selepas Cuti Perayaan Aidilfitri | Penutupan sekolah akan dijalankan selepas musim cuti perayaan Aidilfitri berikutan kebimbangan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) yang khuatir sekiranya terdapat penularan dari pihak luar akan menjangkiti pelajar sekolah sehingga akan menyebabkan penularan jangkitan berlaku di dalam sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) telah memutuskan untuk menutup operasi persekolahan sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara selepas cuti perayaan Aidilfitri pada 16 Mei. Dalam tempoh penutupan sekolah itu, pelajar akan belajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama 10 hari bermula dari 16 Mei hingga 27 Mei membabitkan sekolah dalam Kumpulan A…

Read More

Tiga Cucu Ubat Kerinduan Terhadap Anak Dan Menantu | Rindu seorang ibu terhadap anaknya yang sudah tiada sangat perit dan siksa. Namun bagi seorang wanita ini, tiga cucunya lah tempat dia bermanja dan mengubat kerinduan terhadap anak dan menantunya. Marang: “Setiap hari mereka akan tanya di mana mummy dan daddy, saya hanya mampu jawab mereka ada di syurga,” kata Zainab Mamat, 63, nenek kepada tiga beradik yatim piatu. Zainab berkata, meskipun sedih dengan kemalangan tragis yang menimpa arwah anak perempuannya, Surawati Mohd, 33, serta menantunya Muhammad Noor Idham, 31, dua tahun lepas, namun dengan kehadiran tiga cucu lelakinya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan…

Read More