Author: Miss Alin

Apabila Golongan Kayangan Ingkar SOP | Pihak berkuasa telah mengenakan hukuman terhadap individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hukuman dikenakan bagi mereka yang telah merentas negeri atas urusan yang tidak mustahak. Individu yang dikenali sebagai selebriti media sosial dan suaminya telah mengaku kesalahan dengan melanggar SOP bagi merentas negeri. Hukuman yang dikenakan terhadap mereka adalah penjara selama satu hari dan denda sebanyak RM2500. Mereka suami isteri dijatuhkan hukuman bersalah kerana telah memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa bagi emmbolehkan mereka mendapat pelepasan merentas negeri. Tindakan mereka yang memalsukan maklumat untuk merentas negeri bagi tujuan…

Read More

Sering Wajibkan Orang Awam Pakai Pelitup Muka, Perdana Menteri Thailand Di Denda Gara-Gara Lupa Pakai “Mask” |  Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha menjadi antara yang terawal didenda selepas tular satu gambar di media sosial kerana dikatakan menghadiri mesyuarat tanpa memakai pelitup muka selepas Thailand telah mewajibkan orang awam untuk memakai pelitup muka di kawasan awam. Menurut Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang menerusi Facebook berkata, Prayut yang juga memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan telah dimaklumkan bahawa beliau telah melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka semasa berada di luar kawasan kediaman. Tambahnya lagi, mengikut Seksyen 51 Communicable Disease Act 2015 Thailand, mereka…

Read More

Remaja Yatim Piatu Maut Selepas Disekesa Oleh Majikan Kerana Tuntut Upah RM13 | Setiap yang bekerja pasti sentiasa mengharapkan mendapat majikan yang baik selain daripada suasana kerja yang harmoni. Namun tidak semua bernasib baik sebegitu, malah terdapat individu yang mendapat majikan yang kejam. Nasib tidak begitu menyebelahi remaja yatim piatu dari Mesir ini. Dia telah diseksa sehingga mati oleh majikannya apabila meminta wang upah hariannya yang berjumlah 50 pound Mesir (RM13). Remaja berusia 14 tahun itu telah diseksa selama 2 jam oleh majikannya. Media tempatan melaporkan bahawa remaja itu telah bekerja di rumah penyembelihan ayam itu selama 7 bulan sebelum…

Read More

Sempat Bergurau Sebelum Ditemui Lemas Jatuh Tali Air | Seorang datuk tidak menyangka gurauan manja bersama cucunya berebut alat kawalan jauh berakhir menjadi kenangan terakhir sebelum cucunya ditemui lemas di tali air pada petang Isnin. Kota Bharu: Kejadian yang berlaku di tali air di Kampung Jambu Merah, Melor melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun. Che Mohd Noor Awang, 61, berkata, khabar duka itu diketahuinya selepas dia selesai menunaikan solat fardu asar. Katanya, bagaimanapun isterinya, Roslia Mahmud,55, terlebih dahulu mengetahui kejadian yang menimpa cucunya, Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika. “Namun dia rahsiakan dahulu kerana bimbang kesihatan saya yang menghidap penyakit lemah…

Read More

Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 21 Ketika Mencuci Tingkap | Seorang wanita di Rusia telah dilaporkan maut apabila beliau telah jatuh dari ketinggian 67 meter. Difahamkan wanita itu hilang keseimbangan badannya semasa mencuci tingkap di kediamannya yang terletak di tingkat 21 apartment itu. Menurut laporan The Sun, mangsa iaitu Olga Nauletova yang berusia 27 tahun itu telah maut saat mencuci tingkap kediamannya. Kejadian telah berlaku pada Januari lalu. Sebelum insiden itu berlaku, dilihat mangsa cuba untuk menjangkau bahagian luar tingkapnya yang terletak di Kazan, Rusia. Menurut laporan media tempatan, saksi mengatakan melihat wanita itu tiba-tiba kehilangan keseimbangan badan semasa mencuci…

Read More

Sungai Buluh Merupakan Sungai Paling Tercemar Di Malaysia | Usaha untuk memulihara Sungai Buluh dalam Kawasan Industri Pasir Gudang yang kini telah dikategorikan sebagai sungai paling tercemar di negara ini perlu segera dilakukan. Pasir Gudang: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, perancangan jangka panjang dan jangka pendek dalam memulihara sungai tersebut harus dirangka. Jelasnya, ini kerana Sungai Buluh sudah berada pada tahap kritikal dan gagal ditangani dengan berkesan oleh pihak yang berkaitan. Menurut Hassan, Sungai Buluh yang mengalir di tengah-tengah kawasan industri itu telah disifatkan sebagai ‘sungai mati’. Hal ini kerana, airnya yang berwarna hitam pekat dengan berbau busuk dan…

Read More

79 Buah Sekolah Di Selangor Diarah Tutup Selama 2 Hari | Beberapa buah negeri telah mengambil keputusan untuk menutup beberapa buah sekolah berikutan terdapat kes Covid-19 yang membabitkan pelajar termasuk Selangor yang telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan sekolah selama dua hari berikutan wujudnya kluster pendidikan yang menyebabkan kes Covid-19 bertambah. Kuala Lumpur: Sebanyak 79 buah sekolah di Selangor diarahkan tutup  selama dua hari bermula hari ini dan esok berikutan peningkatan kes Covid-19 yang membabitkan kluster pendidikan. Penutupan sekolah terbabit disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan berdasarkan senarai dikeluarkan pihak berkenaan, sekolah ditutup membabitkan kawasan Hulu Langat, Petaling…

Read More

Anggota Pengaman PBB Cedera Diserang Roket | Tiga anggota pasukan pengaman PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dilaporkan cedera parah. Kecederaan itu berlaku apabila anggota ini terkena serangan roket di pangkalan tentera di utara Sahel yang dilanda konflik, kata PBB dan pegawai tempatan. Menurut jurucakap misi MINUSMA PBB di Mali, Olivier Salgado, serangan itu telah berlaku di sebuah pengkalan di Tessalit, di Utara. Pengkalan itu merupakan tempat bagi menempatkan tentera Mali, pasukan pengaman PBB dan tentera Perancis. Disebabkan oleh serangan yang berlaku itu, tiga anggota pasukan pengaman telah cedera parah. Seorang pemimpin suku Tessalit, yang enggan dinamakan, berkata kem itu terkena tembakan roket,…

Read More

Padah Langgar SOP Di Restoran 45 Individu Dikompaun | Seramai 45 individu dikompaun kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah restoran di Jalan Teluk Sisek, Kuantan, malam tadi. Kuantan: Serbuan yang dilakukan pada pukul 11.55 malam itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali. Mohamad Noor berkata, hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati sebahagian besar daripada pelanggan di restoran berkenaan gagal untuk mematuhi SOP PKPP iaitu tiada penjarakan fizikal satu meter antara pelanggan. Beliau berkata, terdapat…

Read More

Solat Ghaib Untuk Para Anak Kapal KRI Nanggala 402 | Semalam kerajaan Indonesia telah mengesahkan bahawa kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah terkorban. Oleh itu, digalakkan buat semua rakyat serta umat islam yang lain untuk melakukan solat sunat ghaib untuk semua anak kapal yang telah terkorban. Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) meminta supaya umat islam mengadakan solat ghaib secara sendirian atau secara berjemaah untuk anak kapal selam negara itu, KRI Nanggala 402, yang telah disahkan terkorban. Wakil ketua MUI, Anwar Abbas, berkata tragedi yang menimpa kapal selam itu bukan sahaja berita yang mendukakan ahli keluarga tapi seluruh rakyat…

Read More