20 Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Akibat Covid-19 | Sebanyak 20 buah sekolah dilaporkan telah ditutup di Pulau Pinang susulan terdapat beberapa kes positif Covid-19 dicatatkan di sekolah-sekolah terbabit dan ia dikatakan melibatkan beberapa sekolah menengah dan sekolah rendah di sini, baru-baru ini. Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata menerusi Bernama, kesemua sekolah yang mempunyai kes Covid diminta untuk tutup selama dua hari bagi pelaksanaan proses sanitasi namun ia tertakhluk kepada sekolah terbabit untuk menilai semula tindakan selanjutnya iaitu sama ada membuka semula atau meneruskan penutupan sekolah. Ujar beliau lagi, pelajar-pelajar dari 20 buah sekolah tersebut akan meneruskan…
Author: Miss Alin
Rumah Banyak Kasut Dan Selipar Akan Diperiksa Polis Pada Aidilfitri | Pihak polis akan memeriksa rumah yang terdapat banyak kasut dan selipar pada Aidilfitri ini. Tindakan itu adalah untuk mengesan individu yang melanggar arahan rentas negeri pada Aidilfitri nanti yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri Kedah. Polis Kedah turut telah menerima arahan untuk melakukan rondaan dan menyemak rumah yang terdapat banyak kenderaan. Belaiu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu 4WD (1tan) GS-Cargo Guna Sama Operasi untuk Kontinjen Kedah di…
33 Keluarga Orang Asli Beragama Islam Tiada Makanan Untuk Berbuka | Ketika masyarakat bandar dijangka membazirkan 10 tan makanan sepanjang Ramadan ini, 33 keluarga Orang Asli beragama Islam mengadu mereka tiada sebarang makanan untuk berbuka puasa. Jerantut: Orang Asli beragama Islam di Kampung Matau, Sungai Rengai berhampiran Jalan Felda Kota Gelanggi-Lepar di sini dikatakan tiada bekalan makanan sepanjang wabak Covid-19 melanda negara bahkan makanan untuk mereka berbuka puasa di bulan Ramadan juga tiada. Wakil penduduk, Nerta Ibrahim, 41, berkata, sejak seluruh umat Islam di negara ini memulakan puasa, tiada mana-mana pihak yang ingin membantu dengan menyumbangkan barangan dapur untuk mereka. Katanya,…
Kes Covid Lonjak Tinggi, New Delhi Sambung Perintah Berkurung | India kini mencatatkan bilangan kes Covid antara tertinggi di dunia selepas merekodkan bilangan kes sebanyak 349,691 kes baharu serta mencatatkan 2,767 kematian dalam tempoh 24 jam, iaitu bilangan tertinggi sepanjang permulaan pandemik Covid-19 berlaku di negara tersebut. Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal mengulas bahawa perintah berkurung di New Delhi akan dilanjutkan seminggu lagi selepas bencana Covid-19 ini dilihat berterusan dan tidak reda. Bandaraya utara yang telah menempatkan 20 juta penduduk ini dikatakan paling teruk dilanda pandemik selepas jumlah jangkitan dan kematian mencapai rekod tertinggi menurut laporan media tempatan. Sistem penjagaan kesihatan…
Kerana Cemburu Seorang Wanita Minta Imam Doa Suami Kena Bala | Cemburu merupakan satu perasaan yang normal bagi setisp manusia untuk merasakannya namun ia tergantung kepada seseorang sama ada bijak atau tidak untuk mengawal perasaan itu. Bagi seorang wanita ini dia tidak dapat menahan sikap cemburunya sehinggakan dia sanggup menyuruh seorang imam untuk mendoakan suaminya untuk diturunkan bala. Kaherah: Tugas seorang imam adalah memimpin solat ketika ibadah solat dan juga mendoakan kesejahteraan umum, namun seorang wanita di Mesir mengambil kesempatan di atas keluhuran pemimpin itu demi kepentingan peribadinya. Wanita itu meminta seorang imam sebuah masjid di Iskandariah supaya mendoakan suaminya…
Pelajar Dedah Gurauan Lucah Guru Terima Ugutan Rogol | Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sebuah sekolah di Swelangor telah membuat pendedahan berkaitan gurauan salah seorang guru dia sekolahnya telah menjadikan isu rogol dan gangguan seksual sebagai satu gurauan. Namun kali ini sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku diatas dakwaannya itu. Sebaik sahaja video dakwaannya itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai pihak, kini pelajar itu telah berdepan dengan satu ugutan rogol dari rakan lelaki di sekolahnya. Dia telah menerima ugutan rogol itu kerana telah berkongsi video mengenai guru pendidikan jasmani yang telah menjadikan jenayah seks sebagai satu gurauan.…
Jalan TAR Sesak Dengan Pengunjung Tak Ikut SOP | Orang ramai bagaikan tidak peduli dengan larangan merentas negeri dan penularan kes Covid-19 apabila sanggup beratur panjang ketika hendak menyerbu bazar Aidilfitri untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Kuala Lumpur: Tinjauan di bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), plaza jualan borong dan uptown di sekitar Lembah Klang mendapati, orang ramai berpusu-pusu untuk memasuki kawasan kedai dan tidak kisah untuk beratur panjang ketika hendak mendaftar masuk. Hal ini ekoran daripada kerajaan telah melanjutkan waktu operasi para peniaga di jalan TAR hingga ke jam 2 pagi. Meskipun sebelum ini dikatakan pada awalnya,…
Suami Tergamak Bunuh Isteri Hamil,Buang Ke Longgokan Sampah | Lumrah bagi setiap pasangan yang menjalani rumah tangga untuk menghadapi masalah dalam perhubungan dan itu tergantung kepada kebijakkan pasangan untuk menyelesaikan masalah terbabit. Namun ia berbeza buat suami ini apabila ia tergamak membunuh isterinya sendiri yang sedang hamil lima bulan hanya kerana dendam yang masih tersimpan akibat daripada perlakuan isterinya yang pernah berlaku curang. Seorang suami bertindak kejam dengan membunuh isterinya yang sedang hamil 5 bulan dalam satu kejadian di Surabaya, Indonesia. Malah, sebelum membunuh mangsa suspek yang berusia 27 tahun itu sempat membuat laporan palsu mengenai kehilangan isterinya kepada pihak…
Ustaz Abdul Somad Bakal Kahwini Gadis Muda | Siapa sahaja yang tidak mengenali Ustaz Abdul Somad (UAS) iaitu seorang pendakwah bebas yang dikenali bukan sahaja di Indonesia malahan di negara jiran. Pendakwah terkenal Indonesia itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis muda dalam masa terdekat. Calon isterinya UAS dikatakan terlalu muda dan baru sahaja berusia 19 tahun. Calon isteri yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud. Beliau merupakan seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur. Dikatakan bahawa pernikahan yang bakal berlangsung itu telah mendapat kebenaran daripada Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang. Katanya, Ustaz Abdul Somad…
Hukum Penjara 5 Tahun Jika Sebar Covid-19 Di Arab Saudi | Penyebaran wabak Covid-19 oleh seseorang sememangnya akan memberikan impak yang besar terhadap negara. Hal ini berikutan akan wujud kluster-kluster yang akan menyebabkan penularan Covid-19 tidak lagi dapat dibendung. Berikutan itu, kerajaan Arab Saudi mengambil keputusan untuk bertindak tegas kepada sesiapa yang menjadi punca kepada penularan wabak Covid-19 ini. Jeddah: Individu yang didapati menyebarkan wabak Covid-19 secara sengaja dan merisikokan kesihatan awam di Arab Saudi akan dijatuhkan hukuman yang berat. Jabatan Pendakwa Raya Arab Saudi dalam satu kenyataan pada jumaat berkata, individu yang disabit dengan kesalahan boleh dipenjarakan sehingga lima…