Author: Miss Alin

Gigih Timba Ilmu Dan Kongsi Pengetahuan Islam Di TikTok, Ryan Mohon Doa Agar Dapat Memeluk Islam | Khalifah Media Networks –  Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah tertarik dengan agama islam. Dia mula mengkaji berkaitan agama islam dan mengkaji keistimewaan agama ini. Dia banyak menimba ilmu daripada rakan-rakan muslim serta ustaz ustazah serta membuat carian di internet untuk mencari kepastian berkaitan sesuatu perkara. Bukan sahaja rajin menimba ilmu, malahan dia turut berkongsi  dengan pengikutnya pengetahuan agama berkaitan apa yang diketahui di platform aplikasi TikTok miliknya. Ryan berkongsi setiap mesej positif dan pengetahuan agama yang dipelajari menerusi video yang dimuat…

Read More

Tak Sahur Alasan Ponteng Puasa Di Bulan Ramadan | Khalifah Media Networks –  Puasa bukan satu alasan yang boleh diterima sekiranya seseorang itu kelihatan sakit, tidak larat atau tidak sihat yang menyebabkan dia ponteng puasa. Sebaliknya, dengan berpuasa kita sebagai umat Islam dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersemangat. Johor Bahru: Baru-baru ini 23 individu telah ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ). Berikutan memberi alasan sakit, tidak larat dan tidak sempat bersahur sebagai alasan mereka untuk tidak berpuasa. Ketua Penolong Pengarah bahagian penguat kuasa JAINJ, Dzulkifli Mohamad berkata, kesemua 23 individu yang telah dikenakan saman hadir. Mereka berusia…

Read More

Polis Bakal Buat Rondaan Di Aidilfitri, Rumah Banyak Kereta Akan ‘Disinggah’ | Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan baru-baru ini bahawa mereka dijangka bakal melakukan rondaan dari rumah ke rumah pada sambutan Aidilfitri yang akan datang sepertimana ia dilaksanakan pada tahun sebelumnya. Tindakan tersebut diambil bagi memastikan supaya penularan wabak Covid-19 serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP)  berada pada tahap yang baik selain mengurangkan kadar keberjangkitan wabak yang berbahaya ini dalam kalangan rakyat semasa sambutan perayaan diadakan. Melalui kenyataan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, rondaan tersebut…

Read More

Masjidil Haram Kini Dijaga Oleh Polis Dan Askar Wanita | Putera Mahkota Mohammed Salman ingin melakukan perubahan di Tanah Arab itu dengan pelbagai pembaharuan. Baginda juga ingin meningkatkan darjat kaum wanita dengan memajukan wanita di seluruh Arab Saudi. Dalam Program Wawasan 2030, antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah usaha untuk memajukan wanita Arab Saudi. Mereka ini akan ditempatkan dalam pelbagai bidang. Terbaharu, askar dan polis dari golongan kaum wanita telah telah ditugaskan untuk menjaga Masjidil Haram dan sekitar Kaabah buat pertama kalinya. Menurut portal Alarabiya News, seorang pegawai polis wanita yang bertugas bersedia membantu jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram. Mereka turut…

Read More

Wira Negara Harun Jusoh Terlantar Akibat Radang Sendi | Seperti yang sedia maklum, pada setengah abad lalu, kelincahan seorang wira negara kita iaitu Harun Jusoh beraksi di tengah padang sebagai pemain bola sepak cukup menggerunkan pihak lawan. Namun kini, pada usianya 73 tahun, bekas tonggak pemain kebangsaan yang pernah beraksi di Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada tahun 1972 itu sedang ‘bertarung’ dengan penyakit radang sendi yang dialami sejak sebulan lalu. Menurut isterinya, Sharifah Azizah Syed Omar, 69, berkata, keadaan itu telah menyebabkan suaminya tidak dapat bangun dan hanya terlantar di atas katil sahaja. Sharifah Azizah berkata, sejak suaminya bersara…

Read More

Demi Anak.. Ibu Terpaksa Mencuri Motosikal | Kasihnya ibu tiada galang ganti, sanggup berbuat apa sahaja untuk anak yang dikandung sejak dari dalam rahim sehinggalah besar. Begitu besar pengorbanan seorang ibu bagi memastikan kesejahteraan seorang anak. Sehinggakan perkara yang dilarang oleh undang-undang turut sanggup dilanggar demi seorang anak. Seorang ibu tunggal terpaksa membuat keputusan untuk mencuri moto hak milik jiran tettangga demi anaknya. Dikatakan bahawa dia telah mencuri motosikal itu untuk mengubati anaknya yang sedang sakit dan membeli keperluan seperti susu formula dan ubat untuk anaknya. Telah tular di laman sosial gambar seorang perempuan menggendong anaknya yang masih bayi sambil…

Read More

Kompaun Akan Dikenakan Kepada Sekolah Yang Cetus Kluster Baru | Polis kini telah memberi kenyataan bahawa sekolah bakal dikenakan kompaun jika sekolah terbabit didapati mengabaikan prosedur standard operasi (SOP) sehingga menyebabkan tercetusnya kluster baru, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Negeri Pahang,  Datuk Seri Abd Jalil Hassan memberitahu bahawa langkah tersebut telah diambil bagi membendung masalah penularan Covid-19 dalam kalangan sektor pendidikan terutamanya bagi sekolah-sekolah di negeri Pahang. Tambah beliau, tindakan mengenakan kompaun merupakan ‘jalan terakhir’ yang diambil oleh pihak berkuasa selepas beberapa sekolah didakwa tidak mematuhi SOP yang ditetapkan sehingga menyebabkan kluster baru tercetus. Ia juga bagi memastikan pihak…

Read More

Serangan Junta Usir Hampir 250,000 Penduduk Di Myanmar | Tindakan kekerasan junta tentera bagi menangani tunjuk perasaan awam yang membantah rampasan terhadap kuasa telah mengakibatkan hampir 250,000 penduduk di Myanmar hilang tempat tinggal. Tentera telah meningkatkan penggunaan kekerasan bagi menghentikan demonstrasi besar-besaran terhadap rampasan kuasa pada 1 Februari lalu yang menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi. Wakil Khas Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, Tom Andrews, situasi seperti itu menuntut masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menangani bencana kemanusiaan yang berlaku di negara itu. “Amat mengerikan apabila mengetahui tindakan junta mengakibatkan hampir suku juta penduduk Myanmar hilang tempat tinggal,”…

Read More

Masjid Laung Azan Maghrib Awal, Puasa Terbatal Dan Wajib Ganti | Khalifah Media Networks –  Sudah kemestian semua umat muslim dunia akan menunggu tibanya waktu maghrib ketika bulan ramadhan untuk berbuka puasa. Laungan azan maghrib dari masjid semestinya akan dijadikan panduan untuk mereka mengetahui bahawa telah tiba waktu untuk berbuka puasa. Namun sebuah masjid di Selangor telah melaungkan azan lebih awal berbanding masa yang sepatutnya. Kejadian itu telah berlaku di Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak, Isnin lalu. Kesilapan itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal paparan jam digital di masjid itu pada hari berkenaan menyebabkan azan telah dilaungkan awal pada…

Read More

Scammer Semakin Berleluasa Di Malaysia, Rakyat Dinasihatkan Berwaspada | Kes penipuan yang melibatkan ‘scammer’ bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Malahan ada saja laporan yang dibuat oleh orang ramai yang telah menjadi mangsa penipuan ini. Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini saja, data Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukti Aman menunjukkan 5,078 kes penipuan dalam talian dilaporkan di seluruh negara. Dengan itu rakyat diarahkan untuk lebih berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Johor dikenal pasti sebagai antara lokasi panas kes penipuan terancang ini, dengan…

Read More