Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja | Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah mengumumkan untuk memberi kelulusan dan kebenaran bagi urusan pergerakan rentas negeri namun secara bersyarat iaitu dengan beberapa alasan yang boleh dipertimbangkan. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan, enam alasan tersebut perlulah membabitkan hal pekerjaan, kecemasan, kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta bagi menemui pasangan yang tinggal secara jarak jauh. Syarat permohonan tersebut dikatakan susulan berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang semakin tinggi sejak empat hari kebelakangan ini. Tambah beliau lagi, pergerakan melibatkan hari hujung minggu…
Author: Miss Alin
Gelagat Comel Yaya Si Monyet Kecil Ingin Minum Air Kelapa | Setiap ciptaan tuhan semuanya indah belaka. Tidak kira sama ada manusia, tumbuhan mahupun haiwan, setiap dari ciptaanya semestinya mempunyai kelebihan tersendiri. Sama seperti mana monyet kecil ini. Walaupun masih kecil, gelagatnya yang comel begitu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Bukan sahaja kerana saiznya yang kecil, malahan dia juga diberikan pakaian serta dipakaikan lampin pakai buang oleh tuannya. Itu membuatkan dia kelihatan bertambah comel. Dalam video yang berdurasi selama 5 minit 16 saat yang dikongsikan di platform media sosial itu, dapat dilihat pemilik kepada Yaya si monyet sedang cuba…
Gadis Mahu Berkahwin Cari Bapa Kandung Jadi Wali Nikah | Akhir-akhir ini sering kali kita melihat kisah mengenai anak perempuan yang mencari ayahnya untuk menjadi wali nikah sama ada melalui media sosial ataupun platform lain. Hal yang sama turut terjadi kepada gadis ini apabila ia bakal melangsungkan perkahwinannya pada September tahun ini namun hingga kini masih tidak dapat menemui jejak ayahnya. Shah Alam: Seorang gadis ingin mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali perkahwinannya yang akan berlangsung pada september depan. Nur Imanina Shahruddin, 20, berkata, bapa kandungnya, Shahruddin Hamid, 46, tidak dapat dikesan selepas keluar rumah ketika usianya 12 tahun dan…
Tiga Bulan Catu Makanan Hanya Bergantung Lauk Telur Dan Kicap | Tiga bulan terpaksa mencatu makanan kerana kesempitan wang antara kesusahan yang terpaksa ditanggung tujuh beranak dari keluarga asnaf yang tinggal di sebuah pangsapuri di Presint 9, Putrajaya. Sepanjang tempoh tersebut mereka hanya bergantung lauk telur dan kicap sahaja untuk mengisi perut. Putrajaya: Ujian yang menimpa mereka itu bermula sebaik sahaja selepas si suami kehilangan kerja dan disahkan menhadapi masalah kesihatan mental, manakala si isteri terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja memberi sepenuh perhatian dan komitmen kepada keluarganya. Anal Amzah, 47, berkata suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di…
Belum Sempat Pesan Makanan Lelaki Dicekup JAIPk | Khalifah Media Networks – Belum pun sempat membuat pesanan makanan, seorang lelaki warga emas telah dicekup oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sebuah kedai makan di Teluk Intan semalam. Teluk Intan: Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, lelaki yang berusia 63 tahun itu baru tiba di kedai makan itu. Semasa pihaknya sedang menjalankan serbuan ketika itu. Katanya, lelaki tersebut berusaha untuk melarikan diri bersama sekumpulan kaki ponteng puasa yang lain. Namun mereka gagal sebelum berjaya ditangkap oleh pihak JAIPk. Sebaik sahaja penguat kuasa tiba di lokasi serbuan, terdapat…
Kanak-Kanak Lelaki Dipuji Makan Secara Sembunyi Kerana Hormat Rakan Muslim Berpuasa | Khalifah Media Networks – Hidup dalam negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama haruslah saling hormat-menghormati. Dengan itu kemakmuran dan keamanan semestinya dapat dicipta tanpa mengira latar belakang bangsa mahupun agama. Bulan ramadan ini semua umat islam di dunia sudah mula menjalani ibadah berpuasa dimana mereka tidak dibenarkan untuk makan serta minum bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Ramai ibu bapa yang mula mendidik anak mereka untuk menjalankan ibadah puasa bermula sejak di bangku persekolahan lagi. Seorang pelajar lelaki telah menunjukkan rasa hormatnya terhadap rakan-rakan yang berlainan…
Dato’ Sri Siti Nurhaliza Kini Selamat Lahirkan Bayi Lelaki | Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pada jam 6.21 pagi di sebuah Pusat Perubatan di Selangor, baru-baru ini. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Nurhaliza Production, bayi adalah seberat 3.84 kilogram dan telah dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Bayi dan ibu turut dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan baik. Menurut suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dalam kenyataan tersebut, beliau melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. Tambah…
Ibu Terima Ujian Anak Kehilangan Pendengaran Dan Penglihatan | Seorang ibu pastinya berasa sedih apabila anaknya yang berusia empat tahun itu kehilangan penglihatan mata kiri dan kini bakal kehilangan pendengaran akibat menghidap ‘chronic otitis media’. Sungai Siput: Nur Mardhiah Shahadah Abdul Hadi pernah mendapat perhatian dari media tahun lalu apabila ketabahan kedua ibu bapanya, Nur Natasya Rasid, 25, dan Muhammad Iqmal Ramli, 25, menaiki motosikal sejauh 200 kilometer dari Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi meneruskan rawatan kanser mata anaknya. Namun, ujian berterusan menimpa pasangan muda itu apabila anak ketiga mereka itu perlu segera menjalani pembedahan di telinga bahagian…
34 Individu Berbasikal Disaman, Langgar Peraturan Jalan Raya Di Singapura | Berbasikal merupakan aktiviti yang kian digemari ramai bagi mengisi masa lapang. Namun akibat daripada sifat tidak bertanggungjawab dan sikap sambil lewa ketika melakukan aktiviti tersebut, 34 individu telah disaman Penguasa Pengakutan Darat (LTA) Singapura selepas didapati melanggar peraturan jalan raya di sini, baru-baru ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh LTA, 34 individu tersebut didapati berbasikal di jalan raya dan tidak memakai topi keledar, tidak berhenti di lampu isyarat serta kesalahan berbasikal bertentangan dengan arus trafik yang mengaitkan dengan pelanggaran peraturan jalan raya di sini. Tambahnya, mereka telah disaman di…
Polis Siasat Punca Kematian Bayi Lapan Bulan | Pihak polis sedang menyiasat kes kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 10 pagi 29Mac lalu. Kluang: Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, ini termasuk mencari punca kematian bayi berkenaan sama ada akibat didera atau ada sebab lain. Menurutnya, saksi sudah dipanggil dan diambil keterangan dan mereka menunggu laporan perubatan, laporan bedah siasat dan ujian DNA (asid deoksiribonukleik). Sebelum itu, pihak polis telah dikhabarkan bahawa bayi berkenaan, Muhammad Danish Hakimi, telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh doktor…