Author: Miss Alin

(Video) Kejutan Buat Ibu, Hadiahkan Rumah Banglo Sebagai Tanda Penghargaan Bikin Menitis Air Mata |  Pengorbanan seorang ibu dikatakan tiada tolak bandingnya kerana tanpa pengorbanan mereka dalam bentuk masa, wang dan tenaga, mana mungkin seorang anak mampu mengecapi kejayaan yang didambakan selama ini. Bagi menghargai pengorbanan ibu, seorang anak telah menghadiahkan sebuah banglo mewah di Tijani Ukay, Ampang selepas tular sebuah video di media sosial, baru-baru ini. https://twitter.com/IsskndarAriffin/status/1381154597842997254?s=20 Video berdurasi 2 minit dan 16 saat tersebut menunjukkan seorang anak yang dikenali sebagai founder kepada produk kecantikan Seri Lady, Juzailah Shariff melakukan kejutan kepada ibunya dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo…

Read More

“Dia Hanya Kanak-Kanak..” Keluarga Merayu Serahkan Mayat Kanak-Kanak Yang Terbunuh Dalam Pertempuran Shopian Di India | Tiga dipercayai merupakan ahli kumpulan kin militan telah dilaporkan terbunuh akibat pertempuran antara Pasukan Keselamatan di daerah Kashmir serta pasukan Militan dan antaranya adalah seorang kanak-kanak lelaki bawah umur yang telah dilaporkan hilang oleh keluarganya, baru-baru ini. Mangsa yang berusia kira-kira 14 tahun merupakan anak kepada seorang petani dan peniaga kenderaan dari sebuah kampung di daerah Shopian serta merupakan anak sulung dari empat adik beradiknya yang masih belajar di Kelas 10. Dia telah dilaporkan hilang oleh keluarganya pada hari Selasa selepas dilihat meninggalkan rumah…

Read More

Tular Seekor Anak Kambing Berwajah Manusia di India| Pelik tapi benar itulah kata-kata yang sesuai untuk mengambarkan situasi mengenai seekor kambing yang dilahirkan di India dengan wajahnya yang seakan-akan manusia sehingga mengejutkan penduduk sekitar. Kejadian yang berlaku di Gujarit, India ini berjaya mengejutkan seorang petani yang melihat anak kambing yang baru dilahirkan itu memiliki rupa paras dan sifat yang lengkap persis seorang manusia. Times Now News dalam laporannya mengatakan anak kambing yang dilahirkan di rumah petani terbabit pada 9 April di Seltipada, Songadh City, daerah Surat itu turut mempunyai janggut dan tidak mempunyai ekor sama sekali. Anak kambing itu juga…

Read More

Pulau Pinang Tersenarai Antara 15 Pulau Terbaik Dunia Bagi Pesara Untuk Tahun 2021  | Pulau Pinang atau dikenali sebagai ‘Pulau Mutiara’ ini merupakan sebuah pulau yang menjadi antara destinasi popular untuk bercuti sama ada bagi pelancong domestik mahupun pelacong luar negara. Baru-baru ini, Penang juga telah dinobatkan sebagai antara 15 pulau terbaik dunia bagi pesara untuk tahun 2021 dan menduduki tempat ketiga selepas Malta dan  Mallorca, Spain. Senarai yang telah diterbitkan oleh Travel Awaits menerusi seorang pakar iaitu Kara Williams mengatakan selain Pulau Pinang iaitu antara negara Asia yang berada dalam senarai, Bali, Indonesia juga berada di kedudukan ke sembilan,…

Read More

Warga Emas Gembira Sambut Puasa Di Rumah Baharu | Kehadiran bulan suci Ramadan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita kerana padanya terdapat kebaikan yang lebih bernilai dan berlipat ganda. Sebaliknya, hal itu yang berlaku kepada seorang wanita warga emas yang dikatakan akan menyambut bulan puasa di rumah baharu dalam keadaan yang jauh lebih selesa dari sebelumnya. Seorang wanita warga emas menarik nafas lega apabila dapat menyambut bulan Ramadan dan hari raya di rumah bahari di Kampung Chat Rimau di sini. Sebelum ini, Sarah Jusoh, 63, telah menggunakan duit simpanannya sebanyak RM5,000 untuk membina rumahnya di atas tanah kira-kira seluas…

Read More

Sebuah Bandar Mati Di Itali, Civita Mengimpikan Pengikhtirafan UNESCO |Kerajaan Itali pada saat ini sedang membuat percubaan bagi mencalonkan sebuah bandar yang digelar ‘bandar mati’ di Itali yang dikenali sebagai Civita berdekatan Bagnoregio, baru-baru ini. Walaupun ia tidaklah manis untuk memberi gelaran ‘bandar berhantu’  kepada sesebuah bandar yang menjadi salah satu tempat tarikan pelancong namun, hal ini berlaku sebaliknya di bandar tersebut menurut laporan media tempatan. Bandar ini dipercayai terletak kira-kira 126 kilometer di utara Rom dan hanya dihuni oleh tidak lebih dari 20 orang penduduk. Wakil Datuk Bandar, Roberto Pami dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Itali kini sedang mengemukakan…

Read More

Tak Sempat Tarawih Masjid Kampung Bongek Chengkau Terbakar | Dalam kegembiraan untuk menyambut bulan Ramadan bagi penduduk Kampung Bongek Chengkau bertukar hiba apabila penduduk di situ tidak sempat untuk tarawih ekoran Masjid Jamek di kampung itu musnah hampir 70 peratus dalam kejadian kebakaran, pagi tadi. Pengerusi masjid itu, Harun Abdul Rahman, 65, berkata ketika kejadian berlaku beliau bersama beberapa ahli kariah masjid yang lain sedang mengikuti kursus tajwid di Dewan Orang Ramai Chengkau. Mereka jelas terkejut apabila dikhabarkan maklumat mengenai masjid terbakar dan terus bergegas ke tempat kejadian. Persiapan untuk penduduk Kampung Bongek Chengkau menyambut bulan Ramadan yang dibuat sejak…

Read More

Iphone Jatuh Tasik, Lelaki Temui Semula Setahun Kemudian Dalam Keadaan Berfungsi | Seorang lelaki dikatakan ‘bertuah’ selepas telefon pintar miliknya yang jatuh ke dalam tasik telah ditemui semula setahun kemudian selepas tasik tersebut dilaporkan mengering akibat kemarau yang melanda Taiwan, baru-baru ini. Seorang lelaki yang mempunyai nama keluarga ‘Chen’ melalui catatan di media sosialnya berkata, telefon pintar jenis Iphone 11 Pro Max telah terjatuh ke tasik Sun Moon, Taiwan, di sini semasa melakukan aktiviti mendayung di tasik tersebut. Dia juga memberitahu bahawa ia dilihat seperti tidak mempunyai harapan untuk mendapatkan semula telefonnya selepas ia terjatuh ke dasar tasik. Sinar harapan…

Read More

Kota Kuno Yang Tertimbus Pasir Ditemui Di Mesir | Mesir sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan juga menjadi tarikan disebabkan oleh nilai sejarahnya dan juga ilmu yang terdapat disana. Namun negara padang pasir itu masih menyimpan beribu rahsia yang tidak diketahui oleh umum. Saban hari satu per satu rahsia kerajaan Mesir terdahulu telah berjaya dirungkai berdasarkan beberapa penemuan besar yang dijumpai. Para ahli arkeologi telah berjaya menemui kota purba paling besar di Mesir pada beberapa hari lalu. Kota Purba itu telah tertanam dibawah padang pasir selama 1,000 tahun. Pakar-pakar telah menyifatkan penemuan ini sebagai satu penemuan paling signifikan sejak makam…

Read More

Tertembak Adik Kerana Disangka Pelanduk | Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak sumber kekayaan semula jadi. Kegiatan paling utama ialah berburu dan memungut hasil hutan di Sarawak. Sebaliknya yang berlaku pada seorang lelaki di Bau, Sarawak yang pada mulanya pergi memburu di kawasan hutan di Kampung Stenggang, malam tadi bersama adiknya bertukar menjadi kisah tragis apabila dia tertembak adiknya yang disangkakan pelanduk. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, dalam kejadian kira-kira pada jam 10.45 malam itu, mangsa yang berusia 55 tahun yang bekerja sebagai pemandu bas itu meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, mereka dua beradik berkenaan…

Read More