LG Electronics Umum Secara Rasmi Mahu Hentikan Perniagaan Telefon Pintar | Syarikat perkakas telefon bimbit kedua terkenal di Korea selepas Samsung, LG Electronics telah mengumumkan bakal menutup perniagaan telefon pintar keluaran LG selepas mereka dianggarkan mengalami kerugian hampir berbillion ringgit menurut laporan media tempatan. Syarikat tersebut dianggap sebagai salah satu pelapor kepada sistem android serta teknologi telefon pintar selepas Samsung di Korea apabila mereka telah mengadakan kerjasama bersama syarikat Google bagi melancarkan telefon pintar siri Nexus pada awal tahun 2010. Mereka kini dilaporkan mengalami kesukaran dalam meningkatkan penjualan termasuk mendapat persaingan yang sengit selepas munculnya telefon pintar berjenama keluaran China…
Author: Miss Alin
Mesej Rahsia Bocor, Dadah Jenis Kokain Bernilai 5.8 Bilion Dirampas | Penguatkuasa Kastam Belgium telah berjaya merampas dadah jenis kokain bernilai hampir 1.4 bilion (RM5.8 bilion) di Antwerp. Kegiatan itu berjaya dikesan oleh pihak polis selepas mereka berjaya merungkai mesej rahsia yang dihantar oleh penyeludup. Polis persekutuan telah berjaya membongkar kegiatan ini selepas siasatan selama dua tahun dilaksanakan. Jenayah ini merupakan sebuah jenayah yang terancang dengan 500 juta mesej telah dihantar melalui peranti Sky ECC yang dijual oleh firma berpangkalan di Kanada, sky Global. Berdasarkan info daripada Pejabat Pendakwa Raya, sebanyak 27.64 tan kokain telah berjaya dirampas di Pelabuhan Antwerp…
Google Maps Punca Rombongan Pengantin Lelaki Salah Rumah | Hari persandingan merupakan salah satu momen terindah buat semua pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Namun, berbeza buat pengantin lelaki dan rombongannya apabila mereka terpaksa menahan malu setelah rumah yang dimasuki mereka ternyata bukan rumah pengantin wanita. Jawa: Hanya kerana menggunakan navigasi Google Maps, rombongan pengantin lelaki ini telah menimbulkan kekecohan apabila rumah yang dimasuki mereka rupanya bukan rumah pengantin perempuan sebaliknya rumah wanita lain yang turut mengadakan majlis iaitu majlis pertunangan. Menerusi laporan Tribunews, wanita yang dikenali sebagai Ulfa,27, pada awalnya dia tidak menyedari ketibaan pengantin lelaki dan rombongan itu…
6 Sekeluarga Ditemui Mati Dalam Perjanjian Bunuh Diri di Texas | Kejiranan Allen telah dikejutkan dengan penemuan enam mayat oleh pihak polis yang dipercayai ditembak di sebuah rumah berdekatan Bandar Dallas, Texas, dan dikatakan ia merupakan tragedi bunuh diri secara besar-besaran yang telah dirancang di sini, baru-baru ini. Seorang pemuda dipercayai rakan kepada pemuda yang ditemui mati tersebut telah menghubungi pihak polis bagi melakukan pemeriksaan kebajikan ke kediaman terbabit pada hari Isnin selepas pemuda tersebut gagal dihubungi rakannya. Menurut jurucakap Polis Allen, Sgt. Jon Felty yang dipetik dari NBC News, polis telah menghantar beberapa orang pegawai polis bagi melakukan pemeriksaan kebajikan…
Bagaikan Drama, Wanita Dapat Tahu Bakal Menantu Rupanya Anak Kandung Sendiri Yang Hilang 20 Tahun Lalu | Kisah kehilangan anak kandung sejak dari kecil dan dipertemukan semula apabila telah dewasa sering kali ditonton menerusi drama televisyen. Namun ia bukanlah hanya sekadar drama tapi benar-benar terjadi pada sebuah keluarga di Beijing. Majlis perkahwinan yang telah sekian lama dirancang semestinya ingin memastikan ia berjalan dengan sempurna oleh setiap pasangan. Namun di Beijing, China sebuah majlis perkahwinan telah bertukar menjadi sebuah detik yang berharga diantara ibu dan anak. Majlis perkahwinan itu bertukar drama apabila ibu kepada pengantin lelaki mendapati bahawa bakal menantunya adalah…
Bantah Perintah Berkurung, Tiga Warga Cedera Ditembak Di Bangladesh | Akibat tidak puas hati dengan tindakan kerajaan yang melaksanakan perintah berkurung menyebabkan penduduk kampung bertindak untuk menyerbu balai polis dalam satu tunjuk perasaan sehingga menyebabkan tiga dari mereka berada dalam keadaan kritikal. Dhaka: Tiga orang dilaporkan cedera ditembak ketika menyertai satu tunjuk perasaan untuk membantah pelaksanaan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di pinggir bandaraya ini,semalam. Hal lain yang menyebabkan tunjuk perasaan oleh penduduk itu tercetus adalah disebabkan satu khabar angin yang mengatakan seorang lelaki cedera dalam operasi polis menguatkuasakan perintah sekatan di pasar dekat bandar Saltha di daerah…
Kantoi Guna Passport Palsu, Ibu Sanggup Tinggalkan Anak Di Hospital | Seorang bayi lelaki telah ditinggalkan oleh ibunya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Ibu kepada bayi tersebut meninggalkan anaknya setelah perbuatannya yang menggunakan passport palsu terbongkar. Ibu kandung kepada bayi tersebut yang merupakan wanita warganegara Indonesia telah meninggalkan anaknya yang berusia kira-kira 40 hari. Bayi tersebut telah dibawa ke hospital oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan akibat muntah yang berlarutan pada 16 februari yang lalu ketika berusia 12 hari. Difahamkan bahawa ibu bayi tersebut gagal untuk mendaftarkan kelahiran anaknya yang lahir pada 5 februari. Itu telah menyebabkan bayi itu…
Serangan Berdarah Kumpulan Pemberontak Penyebab 22 Orang Anggota Penyelamat Terkorban | Seramai 22 orang anggota penyelamat India telah terkorban dalam satu insiden serangan berdarah melibatkan kumpulan pemberontak berhaluan kiri tahun ini di India tengah, baru-baru ini. Maois, sebuah kumpulan berhaluan kiri telah melancarkan serangan ke atas pasukan penyelamat India di daerah Chhattisgarh di mana pasukan penyelamat telahpun berjaya menakhluk suku dari daerah tersebut dalam satu operasi yang dikenali sebagai operasi anti-pemberontakan. Seorang pegawai kanan pemerintah di Raipur memberi penjelasan bahawa mereka telah mengesahkan sekurang-kurangnya 22 orang anggota terkorban akibat dibunuh oleh pejuang Maois selepas tewas dalam tembakan yang berlangsung selama…
(Video) “Sahabat Dunia Akhirat…” Pemuda Terharu Rakan Sanggup Dukung Lepas Patah Dua Kaki | Mendapatkan sahabat yang boleh ada sentiasa dalam keadaan susah dan senang bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ia bukanlah suatu yang mustahil, kerana masih ramai lagi orang diluar sana yang sanggup bersahabat dengan hati yang ikhlas. Langit tidak selalunya cerah, perumpamaan ini amat sesuai digunakan untuk menerangkan situasi seorang pemuda iaitu Khairi Fikri Kamaruzaman yang telah patah kedua kakinya. Kejadian tersebut berlaku apabila beliau terjatuh semasa sedang membaiki atap rumah pada 25 Januari lalu. Khairi Fikri perlu menggunakan kerusi roda buat sementara waktu bagi memudahkan pergerakannya. Walaupun dirinya…
Dijangkiti COVID-19, Guru Besar Jadi Punca Cetus Kluster Baru | Kes Covid-19 di negara kita masih di tahap membimbangkan terutama dengan kewujudan beberapa kluster baru hampir setiap hari.Baru-baru ini seorang guru besar di sebuah sekolah di Sabah telah mecetuskan satu kluster baru setelah menghadiri tiga majlis perkawinan di tiga lokasi berbeza. Kota Kinabalu: Seorang guru besar sekolah rendah yang dijangkiti COVID-19 telah mencetuskan kluster baharu di daerah Tawau hari ini, kata Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun. Kluster Rich Park telah menjangkiti seramai 12 individu yang mana kes indeks adalah seorang guru besar sekolah rendah, lelaki berusia 58 tahun. Kes…