Author: Miss Alin

(Ada Video) Isu Tidak Memakai Pelitup Muka. Ini Jawapan ‘Karen Dior’ Buat Ramai Marah | Video mengenai seorang wanita asing yang dikenali sebagai ‘Karen’ kerana membuat kecoh di hadapan sebuah butik tular di media sosial selepas dia dilarang memasukinya akibat tidak memakai pelitup muka, baru-baru ini. https://twitter.com/117WeThePeople/status/1456787452748763136?s=20 Namun selepas keadaan semaki reda, wanita tersebut telah bertindak memuat naik satu video di laman Twitter @117WeThePeople dan bercakap mengenai kebebasan dan hak untuk membuat pilihan. Menerusi video tersebut, pada awalnya dia telah memperkenalkan dirinya sebagai ‘Karen Dior’, dari Manchester ke Malaysia dengan aman dan cinta sejak 20 tahun lepas. Dia turut menyatakan bahawa negara ini…

Read More

Lagi Kisah Ikan Siakap ‘Kayangan’, Harga Cecah 4 Angka Di Langkawi | Sebelum ini telah tular di media sosial mengenai kisah tujuh pelancong di Langkawi yang mendakwa dikenakan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal namun baru-baru ini tular semula kisah terbabit dan ia perkongsian lain yang hampir serupa. https://twitter.com/pikyahan/status/1456850442516779011?s=20 Dikatakan seorang wanita telah berkongsi mengenai kisah yang terjadi kepada dirinya selepas hidangan yang dipesannya bersama 18 individu lain juga mencecah empat angka, di samping harga air dan telur yang disifatkannya mahal menerusi laporan Awani. Sebelumnya, mereka beranggapan bahawa hidangan tersebut berkemungkinan berharga antara RM200 sehingga RM500, namun terkejut apabila…

Read More

Najib Dibenar Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport- Mahkamah | Mahkamah rayuan dilaporkan telah membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura selepas mendapati bekas perdana menteri itu telah mengemukakan alasan munasabah dalam permohonannya, baru-baru ini. Tiga panel hakim yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata, mahkamah tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk meluluskan permohonan itu sekiranya tiada alasan munasabah diberikan. Menurut penjelasan beliau, Mahkamah telah membaca permohonan pemohon (Najib) dan afidavit sokongan. Saya percaya alasan diberikan pemohon adalah munasabah dan disebabkan itu, pihak pendakwaan tidak membantah. Jika tiada alasan munasabah, mahkamah akan…

Read More

Taliban Haramkan Penggunaan Mata Wang Asing Di Afghanistan | Kerajaan Taliban dilaporkan telah mengumumkan bakal meluluskan larangan untuk penggunaan mata wang asing di Afganistan, baru-baru ini. Menurut Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid dalam satu kenyataan yang dipetik Harian Metro, mereka yang masih menggunakan mata wang asing selepas ini dalam urus niaga domestik akan didakwa. Keadaan ekonomi dan kepentingan negara di negara ini dilaporkan memerlukan semua rakyat Afghanistan untuk menggunakan mata wang tempatan dalam setiap transaksi. Kerajaan Taliban juga dikhabarkan telah mengarahkan semua rakyat, pemilik kedai, peniaga, ahli perniagaan dan orang awam untuk terus menjalankan semua transaksi di Afghanistan dan mengelak daripada…

Read More

Banjir Di Kedah Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Meningkat | Banjir di Kedah dikatakan semakin memburuk selepas bilangan mangsa banjir terus meningkat kepada 754 mangsa dari 205 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah setakat jam 8 pagi hari ini. Jumlah terbabit dikatakan makin meningkat iaitu dari jumlah sebelumnya iaitu seramai 735 mangsa dari 196 keluarga di 12 PPS di lima daerah yang dilaporkan pada jam 12 tengah malam tadi. Menurut Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, satu lagi PPS telah dibuka di daerah…

Read More

Pesara Kerajaan Ditemui Maut Dalam Keadaan Terbaring Dan Reput Di Apartmen | Seorang lelaki dipercayai merupakan pesara kerajaan ditemukan maut dalam keadaan reput dan terbaring di dalam sebuah apartmen di Damansara Damai di sini, baru-baru ini.  Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki yang menjumpai mayat itu pada jam 3.40 petang. Siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan berusia 63 tahun. Pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dikhabarkan turut hadir ke tempat kejadian dan membuat penilaian mangsa telah meninggal dunia dalam satu tempoh yang agak lama.…

Read More

  Arak Timah: Tindakan Anggap ‘Timah’ Sebagai Singkatan Nama Puteri Rasulullah Sebagai Biadap- Dr Syed Ali Tawfik | Bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al- Attas menyelarkan bahawa individu yang menggunakan nama “Timah” sebagai singkatan nama puteri Nabi Muhammad SAW adalah lebih biadap berbanding pihak yang menggunakan nama tersebut untuk jenama barangan. Jelasnya menerusi awani, belum pernah nama puteri Rasulullah dipanggil dengan panggilan ringkas seperti “Timah” justeru beliau turut menambah bahawa Fatima itu bukan nama wanita Melayu seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah nama wanita Arab. Beliau turut menambah bahawa mereka…

Read More

Balas Dendam! Gajah Pijak Mati Pemburu Haram Sehingga Hancur | Seorang pemburu haram menerima balasan selepas dia dilaporkan maut akibat dipijak seekor gajah sehingga hancur ketika melakukan pemburuan haram di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan. Menurut laporan AFP menerusi Harian Metro, cebisan jasad manusia telah dijumpai baru-baru ini ketika operasi perisikan mencegah pemburu haram dilakukan pihak berkuasa. Jurucakap Taman Negara Kruger, Isaac Phaahla berkata, seekor gajah memijak seorang pemburu hingga maut sementara yang lain melarikan diri. Siasatan awal telah dilakukan dan mendapati mangsa telah dibunuh oleh gajah dan ditinggalkan oleh rakan pemburu yang lain kemungkinan ketika itu mereka dikejar haiwan…

Read More

Kejam! Ibu Sanggup Biar Anak Dirogol Teman Lelaki. Minta Iphone 11 Untuk ‘Tutup’ Mulut | Seorang ibu yang dikatakan berasal dari Medan, Indonesia dilaporkan telah tergamak  mendiamkan diri dan membiarkan anak gadisnya menjadi mangsa rogol, malah sanggup meminta Iphone 11 Pro Max sebagai balasan untuk menutup mulut daripada pelaku, yang juga merupakan teman lelakinya, baru-baru ini. Wanita terbabit didakwa meminta telefon bimbit berkenaan untuk diberikan kepada anak gadisnya supaya mangsa mendiamkan diri dan terus ‘melayani’ pelaku. Mangsa tinggal bersama ibu dan teman lelaki ibunya selepas wanita itu bercerai dengan ayah kandungnya, menurut laporan Tribunal news. Difahamkan, gadis malang tersebut  dikatakan telah…

Read More

Ulama Nusantara, Tn. Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam Meninggal Dunia | Seorang ulama dan ilmuwan terkenal nusantara, Allahyarham Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam dilaporkan telah menghembuskan nafasnya terakhir, baru-baru ini. Difahamkan berita dukacita ini telah dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui laman facebooknya sebentar tadi. Melalui perkongsian tersebut, Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zam Zam yang kembali kerahmatullah pada 30 Oktober 2021M bersamaan 23 Rabiulawal 1443H. Menurut tulisan JAKIM di akaun rasmi Facebook mereka dalam satu kenyataan, mengharapkan Semoga Allah SWT…

Read More