Jalan Tapah, Cameron Highlands Ditutup Kepada Pengguna Jalan Raya | Jalan Tapah ke Cameron Highlands dilaporkan ditutup sepenuhnya bermula hari ini bagi kerja-kerja pembersihan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini. Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, keputusan penutupan jalan itu dibuat oleh pihak polis dan Jabatan Kerja Raya kerana dikhuatiri membahayakan pengguna jalan raya. Tambah Wan Azharuddin, semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan, masih terdapat runtuhan baharu sehingga menyekat laluan pengguna jalan raya. Hasil perbincangan mereka mendapati, jalan Tapah ke Cameron Highlands perlu ditutup sepenuhnya bermula hari ini bagi menyelesaikan kerja pembersihan akibat runtuhan. Difahamkan papan…
Author: Miss Alin
(Ada Video) Kenduri Tahlil Arwah Boleh Ke Tidak Sebenarnya? | Khalifah Media Network – Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan sebagai satu kenduri untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal dunia. Menurut pemahaman masyarakat Melayu kita pula, ia merupakan himpunan zikir yang terkandung di antaranya surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( لا إله إلا الله ), dan lain-lain lagi dan di akhiri dengan doa kepada si mati. Dalam huraian di atas, dapat kita fahami dan simpulkan bahawa tahlil bukan sahaja dalam konteks mengucap kalimah لا إله إلا الله. Namun juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan, dan…
Guru P4Iestln Maut Ditembak Polis Israel | Polis Israel dilaporkan telah bertindak kejam selepas dia dikatakan telah menembak mati seorang guru Palestin berdekatan pintu masuk pekarangan kompleks Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur, baru-baru ini. Menurut agensi berita pihak Berkuasa Palestin, Wafa, lelaki yang mati ditembak itu dikenali sebagai Fadi Abu Shukhaidan, 42, dari kem pelarian Shuafat. Dia dilaporkan telah ditembak mati selepas dituduh menjadi penyebab kepada kematian seorang penduduk Israel selain mencederakan empat yang lain berdekatan pintu masuk ke pekarangan masjid tersebut. Mangsa lain yang terlibat dalam pergelutan terbabit adalah melibatkan dua orang awam dan dua anggota polis rejim Zionis. Difahamkan…
Lelaki Disahkan Meninggal Hidup Semula Selepas Disimpan 7 Jam Dalam Peti Sejuk Bilik Mayat | Mati hidup semula. Begitulah yang boleh digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang dilaporkan telah kembali hidup selepas diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor, lapor India Times, baru-baru ini. Jasad lelaki yang berusia 40 tahun tersebut dikatakan ‘hidup semula’ selepas 7 jam disimpan dalam peti sejuk jenazah selepas disahkan meninggal akibat dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipandu dengan laju. Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital daerah namun belum sempat mendapatkan rawatan, dia telah disahkan meninggal dunia akibat cedera parah. Setelah itu, acara pengebumian tela dijalankan oleh pihak…
Wanita Hamil Maut Ditembak Di Kepala, Perut Selepas Sambut ‘Baby Shower’| Seorang wanita hamil dilaporkan maut selepas dia dikatakan telah ditembak di timur Philadelphia, Amerika Syarikat, ketika sedang membuka hadiah-hadiah selepas menyambut majlis ‘baby shower’, baru-baru ini. Pembunuhan wanita yang dikatakan berusia 32 tahun yang sedang hamil 7 bulan itu terjadi ketika Philadelphia mencapai rekod pembunuhan tertinggi sepanjang tahun ini. Menurut jurucakap polis, mangsa dikatakan telah ditembak di kepala dan perut pada 8.30 malam, di kawasan kejiranan Lawncrest. Tambahnya, setelah mendengar bunyi tembakan, orang awam yang tinggal di kejiranan terbabit telah menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan namun mangsa dikatakan telah…
Palestin Bangkang Tindakan Britain ‘Haramkan’ Hamas | Palestin baru-baru ini telah bertindak lantang iaitu dengan menolak keputusan Britain untuk menamakan pergerakan Hamas sebagai kumpulan pengganas, menyifatkannya sebagai satu tindakan tidak wajar terhadap rakyat Palestin, lapor agensi tempatan. Keputusan tersebut disifatkan penduduk Palestin sebagai suatu yang tidak wajar dan bertentangan dengan mereka, menurut laporan Awani. Difahamkan tindakan tersebut juga dilihat seakan London akur kepada tekanan Israel sekali gus akan menghalang usaha mencapai keamanan serta memulakan pembinaan semula di Semenanjung Gaza. Setiausaha Dalam Negeri Britain Priti Patel berkata pada Jumaat, beliau telah mengharamkan “Hamas secara keseluruhan termasuk sayap politiknya. Pengharaman itu yang…
(Ada Video) Bagaimana Nak Tau Adakah Allah Dekat Dengan Kita ? | Khalifah Media Network – Islam merupakan agama yang indah kerana diciptakan oleh kuasa yang tiada tolok bandingnya. Allah SWT dekat dengan hambaNya. Diciptakan setiap manusia, dalam keadaan Allah lebih mengetahui, lebih faham dan lebih berkuasa dalam menentukan apa yang terbaik bagi setiap ciptaanNya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah aku, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang”, Surah Aali-Imran, ayat 31. Oleh itu, apa lagi yang lebih…
Ibu Tunggal Cecah Dua Juta, Anak Yatim Di Afghanistan Tunggu Bantuan | Ibu tunggal telah dianggarkan telah mencecah kira-kira dua juta selain 1.5 juta anak yatim di Afghanistan dilaporkan sedang menantikan bantuan kemanusiaan antarabangsa, baru-baru ini. Menurut Menteri Syuhadah dan Orang Kurang Upaya Afghanistan, Abdul Majeed Akhund, pendudukan tentera asing serta peperangan di negara terbabit telah menyebabkan ramai wanita telah menjadi ibu tunggal akibat kematian suami, selain menjadi cacat akibat letupan bom atau ditembak. Jelasnya, ramai rakyat Afghanistan menjadi buta, hilang kaki dan hilang upaya tubuh akibat serangan dilakukan tentera luar dan jumlah itu sukar dihitung. Difahamkan ketika ini hanya…
(Ada Video) Kena Kahwin Dulu Baru Rezeki Masuk Menderu | Khalifah Media Network – Perkahwinan menutup pintu-pintu kemaksiatan dan dengan itu, pintu keberkatan dan limpahan rezeki dan rahmat akan terbuka dengan luasnya. Hal ini kerana, bernikah itu adalah di kalangan mereka yang telah melaksanakan satu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan golonganku!” – HR. Ibnu Majah dan Aisyah r.ha. Realitinya hari ini, yang muda takut nak berkahwin, khuatir tidak mampu menyara anak dara orang. Bahkan bakal isteri bimbang tidak mampu hidup susah dengan suami kelak.…
(Ada Video) Ini Rahsia Didik Anak-Anak Menjadi Soleh Cara Ulama’ Tersohor | Khalifah Media Network – Islam telah menggesa agar ibu bapa seharusnya perlulah mengambil berat tentang aspek pentarbiahan atau didik anak-anak mereka. Hal ini telah dinyatakan dalam Surah al-Tahrim, ayat 6, dimana Allah berfirman yang bermakud, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka,”. Ayat terbabit telah menjelaskan bahawa ibu bapa perlulah menitikberatkan hal berkaitan asuhan, bimbingan serta pendidikan yang terbaik untuk kanak-kanak. Hal ini tentunya melibatkan pendidikan dari segi agama dimana ia perlu diterapkan dengan akidah sehingga ia dilaksanakan dengan sempurna. Iman dan hidayah bukan seperti…



