Skuad Morocco dalam perlawanan Piala Dunia mereka awal pagi tadi sewaktu menentang pasukan gergasi dari benua eropah iaitu Sepanyol didapati sempat membacakan surah Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum bersedia mengambil sepakan penalti penentuan. Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang menggunakan nama @IlmFeed menunjukkan pasukan itu berkumpul di tengah padang membacakan surah Al-Fatihah beramai-ramai sebelum bertawakal dan mengharapkan keajaiban. Kesemua ahli pasukan di dalam video tersebut dilihat membuat bulatan beramai-ramai sambil membacakan surah Al-Fatihah. Selain pemain, kelihatan juga pengurus pasukan dan jurulatih turut bersama-sama pasukan tersebut melafazkan surah berkenaan. Setakat pagi ini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak ‘97.4k’ tontonanserta ribuan…
Author: Miss Alin
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dilaporkan akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau berbincang dengan menteri berkenaan. Jelas Anwar, langkah itu diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel. Menurutnya, ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad) esok dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel. Jadi, kita harap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan. Sebelum itu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini hari ini. Di Semenanjung, harga siling…
Letusan gunung berapi aktif, Mauna Loa selepas 38 tahun, menarik perhatian orang ramai untuk melihat bencana itu dari dekat menerusi Taman Negara Gunung Berapi Hawaii. Jurucakap Taman Negara, Jessica Ferracane berkata, pelawat berpeluang menyaksikan dua peristiwa letusan iaitu cahaya dari tasik lava Kilauea dan lava dari rekahan Mauna Loa. Katanya, ini jarang berlaku apabila dua letusan berlaku serentak. Sementara itu, penduduk, Nicole Skilling baru sahaja empat tahun berpindah dari kediamannya yang musnah bersama lebih 700 lagi kediaman akibat letusan gunung berapi. Wanita itu berpindah ke Kona Selatan, sebelum terpaksa mengemas makanan dan keperluannya lagi selepas Mauna Loa meletus, petang Ahad…
Gelagat seekor kucing yang nakal dan manja mampu mencuit hati sesiapa sahaja, terutamanya para pencinta kucing. Umu ketahui, kucing merupakan haiwan yang sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Dengan menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, ia dapat menemani seseorang ketika sunyi dan menceriakan suasana ketika bermain bersama. Malah, apa yang lebih menarik lagi adalah sesetengah kucing ditawarkan ‘pekerjaan’ yang sama seperti manusia. Baru-baru ini, Direktorat Jenderal Pajak (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan Indonesia telah memperkenalkan pegawai baharunya iaitu seekor kucing bernama Soleh. Kisah ini dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi Direktorat Jenderal Pajak @DitjenPajakRI pada Khamis, 24 November. Menerusi satu laporan dari detik news,…
Bola sepak seringkali menjadi sukan ‘kegemaran’ dalam kalangan masyarakat serata dunia ekoran sifatnya yang universal, tidak kira perempuan atau lelaki, pasti akan meminati sukan tersebut lagi-lagi apabila adanya perlawanan Liga Perdana Inggeris, Piala Dunia, pastinya hari-hari akan sentiasa dipenuhi dengan perbualan mengenai bola. Kalau tiba musimnya, pasti ramai yang mempunyai semangat waja untuk turun ke padang melihat perlawanan yang diadakan sekiranya berdekatan dengan stadium. Selepas perlawanan, sampah-sarap pastinya bertaburan di stadium ekoran peminat dan penonton membeli kudap-kudapan semasa melihat perlawanan bola sepak. Stadium yang pada awalnya bersih telah dipenuhi dengan sampah makanan yang ditinggalkan oleh penonton. Sungguh pun semangat kesukanan dan…
Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) bertindak licik apabila menggunakan perkhidmatan Uber untuk merompak sebuah bank, baru-baru ini. Mirror UK melaporkan, suspek, Jason Christmas, 42, dari Southfield, Michigan, kemudian memaksa pemandu Uber terbabit menunggu di luar bank sehingga ‘tugasannya’ selesai untuk membawanya pulang ke rumah. Christmas bagaimanapun ditangkap kerana disyaki merompak Bank Huntington sebelum jam 5 petang pada 16 November. Polis berkata, suspek menaiki kenderaan perkhidmatan Uber ke bank dan meminta pemandu itu menunggu ketika dia masuk ke dalam dan merompak bank itu. Menurut pihak berkuasa, pemandu Uber itu langsung tidak menyedari agenda perompak itu ketika dia menunggu di luar. Jelas…
Selepas 12 tahun persiapan, Piala Dunia 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya telah bermula pada Ahad di Qatar, menjadikannya sebagai perlawanan besar bola sepak pertama yang dianjurkan di negara Arab, lapor Al-Arab. Kejutan demi kejutan berlaku semasa pembukaan Piala Dunia 2022 malam tadi yang telah menjadi topik perbualan dunia apabila ayat kitab suci Al-Quran berkumandang dalam acara kelolaan FIFA buat pertama kali dalam sejarah. Difahamkan, segalanya bermula apabila pelakon terkenal Hollywood Morgan Freeman bersama ahli perniagaan termuda Qatar Ghanim Al Muftah, berkongsi pentas bercakap mengenai kemanusiaan dan penyatuan. Pada permulaan pembukaan, Freeman menyampaikan mesejnya mengenai keamanan. “Apa yang menyatukan kita…
Seorang budak lelaki India berusia lapan tahun berjaya membunuh seekor ular tedung dengan menggigit haiwan itu baru-baru ini. Kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan terpencil Pandarpadh di wilayah Chhattisgarh tengah India. Pada mulanya, budak itu yang hanya dikenali sebagai Deepak diserang ular tersebut yang melilit lengannya. Ular tedung itu melilit lengan Deepak ketika dia bermain di luar rumah keluarganya. Dia menggoyangkan lengannya tetapi tidak dapat melepaskan reptilia itu. Pada ketika itu, Deepak memutuskan untuk membenamkan giginya sendiri ke dalam badan ular tersebut sebanyak dua kali sehingga berjaya membunuh haiwan berkenaan. Bagaimanapun, ular itu sempat menggigit tubuh Deepak sebelum budak tersebut…
Malaysia terselamat daripada risiko susulan serpihan daripada penggalak roket Long March 5B milik China yang dilancarkan ke angkasa lepas pada 31 Oktober lalu. Ini berikutan ia dilaporkan dijangka memasuki ruang udara bumi hari ini dan tidak pasti di mana ia akan terhempas. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah, berkata MOSTI melalui agensi itu telah memantau dengan rapi operasi pelancaran roket China sejak tarikh pelancarannya. Katanya, pemantauan berterusan dijalankan terhadap serpihan atau sisa roket yang mengorbit bumi didapati telah memasuki atmosfera bumi jam 5.21 petang semalam. Jelasnya, sebahagian besar debris (serpihan) berkenaan telah jatuh di Lautan Pasifik. Katanya, ini…
Seorang lelaki Itali didakwa dengan pembunuhan berbaur perkauman selepas melepaskan anak panah buatan sendiri terhadap seorang warga Peru yang terlampau gembira dengan kelahiran anaknya. Menerusi laporan Daily Star, Javier Alfredo Romero Miranda dibunuh oleh anak panah yang ditembak oleh orang gila pada Selasa, kata Datuk Bandar Genoa Giovanni Toti di Twitter. Bapa kepada dua anak itu meraikan kelahiran anak keduanya bersama warga Amerika Selatan, menurut agensi berita Ansa. Bayi itu dilahirkan hanya pada malam sebelumnya iaitu pada Halloween. Evaristo Scalco, 63, melepaskan tembakan ke arah lelaki berusia 41 tahun itu dari tingkapnya. Ia selepas dia bertengkar dengan kumpulan itu mengenai…