(Ada Video) Aksi Kucing Tergantung Atas Wayar Buat Ramai ‘Berdebar’ | Aksi mendebarkan seekor kucing telah mendapat perhatian ramai selepas ia dipercayai tergelincir dari tingkat atas sebuah stadium dan terjatuh di atas kain bendera bersaiz besar yang dipegang oleh beberapa penonton di Miami, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini. https://twitter.com/abefromanohio/status/1436871064533995527?s=20 Kucing tersebut dilaporkan tidak mati dan tidak mempunyai seberang kecederaan selepas ia dikatakan terlebih dahulu bergayut di atas wayar yang terletak di bahagian tingkat atas stadium untuk menyelamatkan diri. Sejumlah penonton di stadium terbabit menyedari haiwan tersebut sedang bergayut di wayar dan bertindak merakam aksi tersebut. Rakaman tersebut menunjukkan seorang penonton…
Author: Miss Alin
“Aktiviti Pemujaan Di Gunung Jerai Perlu Dihentikan”- Senator Idris Ahmad | Bencana yang terjadi di Gunung Jerai baru-baru ini mungkin sebagai tanda peringatan buat umat Islam supaya menghentikan aktiviti pemujaan atau khurafat yang berlaku di Gunung Jerai sebelum ini kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Islam. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, amalan khurafat yang dijalankan itu bukan sahaja dapat merosakkan akidah malah akan mengundang bala sehingga menjejaskan banyak pihak. Tambahnya lagi, guru agama serta alim ulamak di Kedah juga diyakini telah memainkan peranan penting dalam usaha mencegah aktiviti khurafat dari terus berlaku di…
Padah Pandu Kereta Atas Landasan Kereta Api, Pemandu Berdepan Hukuman Penjara 15 Bulan | Akibat memandu secara berbahaya, seorang lelaki bakal berhadapan hukuman selepas dia dikatakan telah memandu secara bahaya iaitu dengan memandu kenderaan pacuan 4 roda di atas landasan kereta api sehingga menyebabkan jadual perjalanan pengangkutan awam itu terjejas baru-baru ini. Suspek dikenali sebagai Aaron O’Halloran, 31, dilaporkan telah memandu kenderaannya pada jam kira-kira 7.30 pagi menuju ke sebuah stesen kereta api di Birmingham. Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), ia menunjukkan suspek didapati memandu kenderaan Mitsubishi Shogun di atas landasan kereta api hampir satu kilometer sebelum bertindak meninggalkannya. Setelah…
(Video) Pendidikan S3ksual Anak. Siapa Yang Perlu Ajar? | Ibarat kain putih yang suci dan bersih, usia kanak kanak adalah usia di mana individu masih lagi sedang belajar mengenai kehidupan dan persekitaran mereka. Disebabkan itu, mereka masih lagi naif di dalam hal-hal keduniaan dan memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa. Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan anak, anda haruslah menjadi ibu bapa yang sentiasa memberi bimbingan, panduan serta asuhan untuk anak anda menjalani kehidupan yang baik justeru aspek yang perlu diberi penekanan kepada anak-anak adalah pendidikan. Pendidikan amat penting kepada anak-anak supaya mereka dapat membina modal insan yang baik…
‘Demam Misteri’ Landa India, 50 Orang Maut Dalam Seminggu | India dikhabarkan telah dijangkiti penyakit berbahaya berikutan munculnya satu penyakit baru iaitu ‘demam misteri’ selepas ia melanda Utara India sehingga mengorbankan lebih 50 orang termasuk kanak-kanak maut dalam tempoh seminggu, lapor Daily star. Pesakit rata-ratanya mengakui bahwa mereka mengalami beberap simptom seperti demam panas, sakit kepala dan loya berikutan ratusan daripadanya memerlukan rawatan hospital di bahagian Uttar Pradesh. Saintis di negara terbabit dilaporkan sedang berusaha mencari jawapan mengenai serangan penyakit tersebut kerana tidak ada seorang pun daripada pesakit yang maut akibat penyakit terbabit dikesan positif jangkitan Covid-19. Pakar perubatan di…
(Video) “Bunyi Seakan Bom”. Objek Misteri Berbentuk Obor-obor Kelihatan Di Langit Rusia | Penduduk Rusia telah dikejutkan dengan satu penemuan objek misteri seakan-akan berbentuk obor-obor yang dilaporkan kelihatan di ruang udara Russia, baru-baru ini menurut laporan The Sun UK. Objek tersebut dikatakan berkilauan selepas dilihat ia terbang merentasi ruang udara yang sedang menuju ke bumi menurut portal berita terbabit. Menurut salah seorang penduduk tempatan, objek berkenaan dilihat terbang secara perlahan sehingga membuatkan mereka percaya bahawa ia adalah sebuah roket. Jelasnya, dia dan rakan-rakan terlihat satu pergerakan objek di langit yang dilihat seperti komet namun ia dikatakan bergerak dengan sangat perlahan…
(Video) Kes Buli Siber Yang Menakutkan Di Malaysia. Jom Tengok! | Generasi masa kini menghabiskan masa di atas talian lebih daripada sebelumnya gara-gara kewujudan internet. Setiap hari mereka menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer bukan sahaja untuk hiburan dan pendidikan tetapi juga untuk bersosial. Penggunaan gajet sebagai alat komunikasi bukanlah suatu yang membahayakan namun, seperti mana-mana aktiviti sosial yang lain, risiko untuk kejadian buli boleh berlaku secara atas talian dalam bentuk cyberbully atau buli siber. Apa itu buli siber? ia ditakrifkan sebagai tingkah laku yang dilakukan melalui media elektronik oleh individu atau kumpulan individu secara berulang kali dengan mesej bermusuhan…
Dari Remaja Selalu Doa Nak Suami Baik Macam Malaikat. Doa Makbul Tetapi… | Dalam Islam, doa menjadi salah satu kunci utama bagi setiap muslim, tak terkecuali perihal jodoh. Jika usaha-usaha telah dilakukan, umat Islam dianjurkan untuk senantiasa berdoa kerana Allah SWT sentiasa menyukai hamba-nya yang bersungguh-sungguh dalam berdoa. Jika ditanya mengenai jodoh, sudah pasti semua inginkan jodoh yang baik. Begitu juga dengan satu kisah yang dipetik dari IIUM Confession oleh seorang ‘anonymous’ yang menceritakan tentang sahabat baiknya, Sarah (bukan nama sebenar) telah berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik sejak masih berada di bangku sekolah. Permintaan Sarah bukan sekadar ingin mendapatkan…
Masa Mengandung Mengidam Daging B*b*. Bila Lahir, Ini Terjadi | Mengidam adalah perkara yang sinonim untuk ibu mengandung. Keinginan untuk makan sesuatu makanan tidak boleh disekat-sekat bahkan ada kalanya sesetengah ibu mengandung yang berkeinginan untuk menikmati aiskrim di tengah malam misalnya. Lain kisahnya yang terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Siti melalui perkongsian Abel (bukan nama sebenar) dari IIUM Confession. Siti merupakan seorang ibu mengandung yang juga mempunyai selera mengidam sama seperti ibu mengandung kebiasaanya. Namun, apa yang aneh mengenai Siti adalah dia dikatakan mengalami selera mengidam yang agak pelik kerana sedang mengidam untuk memakan daging b*b* iaitu daging…
Ya Allah Aku Taknak Beranak Dah.. Sakit. Cukuplah Sekali | Kata-kata merupakan satu ‘alat’ yang dasyat dan jika ia diungkapkan berulang kali, kata-kata yang diucapkan itu mampu menjadi kenyataan. Setiap perkataan yang diucapkan secara berulang-ulang kali mampu memberi pengaruh besar untuk masa depan seseorang sama ada yang baik atau sebaliknya. Menurut satu perkongsian kisah dari ‘anonymous’ yang dipetik dari IIUM Confession, kisah yang bakal disampaikan mengenai sebuah ‘kata-kata’ ini diharap dapat menjadi pengajaran buat semua. Kisah ‘kata-kata’ ini bermula selepas seorang wanita yang digelar Leha sedang sarat mengandungkan anak pertamanya dan ketika itu, dia sudah tiba masa untuk melahirkan bayi…