Author: Miss Alin

(Video) Laut Bertukar Menjadi Lautan Api Apabila Saluran Paip Bawah Laut Pecah Dan Terbakar |Sebahagian perairan di Teluk Mexico bertukar menjadi ‘lautan api’ apabila saluran paip minyak bawah laut terbakar dan meletup dalam satu kejadian semalam. Menurut kenyataan syarikat pengeluar minyak Petroleus Mexicanos (Pemex), ia berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku pada saluran paip bawah laut tersebut. Kebakaran berskala besar itu berlaku kira-kira 150 meter dari pelantar minyak Ku Maloob Zaap di Semenanjung Yucatan sebelum dikesan melalui satelit. Pasukan keselamatan Mexico bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan tiga buah bot pemadam api bagi mengelakkannya merebak lebih jauh. Mereka menggunakan bahan…

Read More

Pekerja Myanmar Ditemui Maut, Gantung Diri Depan Pintu Kilang | Seorang pekerja kilang warganegara Myanmar ditemui maut akibat menggantung diri di hadapan pintu masuk sebuah kilang memproses barangan terpakai di Jalan Desa Idaman 1/7, Taman Desa Idaman, malam semalam. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Abd. Malik Abd. Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung perkara itu pada pukul 9.57 malam. Jelas beliau, sehubungan itu seramai sembilan anggota beserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, didapati mangsa dipercayai seorang lelaki warganegara Myanmar dan berusia 25 tahun telah bertindak menggantung dirinya…

Read More

Tujuh Individu Dalam Salon Dikompaun Kerana Langgar SOP | Prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 menular dengan cepat. Namun, terdapat segelintir dari masyarakat yang masih memandang remeh mengenai kepentingan penjagaan SOP. Sitiawan: Tujuh individu dikompaun termasuk tiga penagih dadah ditahan kerana ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah salon di sini, semalam. Kesemua mereka didapati melakukan kesalahan itu selepas dikesan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dan Team Task  Force Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mahjung yang menjalankan pemeriksaan terhadap premis berkenaan pada 1 tengah hari. Ketua…

Read More

Disahkan Hidap Kanser, Gadis Cuba Cederakan Diri Akibat Tertekan| Jika ditanya kepada pesakit kanser apakah yang bermain di minda mereka sebaik doktor mengesahkan bahawa mereka menghidap kanser, pastinya hampir semua daripadanya akan memberikan jawapan yang sama iaitu mati. Hal ini kerana mereka berasa amat sedih dan tertekan seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan yang diberikan. Seorang gadis berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas cuba mencederakan dirinya menggunakan senjata tajam dipercayai kerana tertekan sebaik diberitahu menghidap kanser payu dara di Kampung Jelatok, Bukit Merah, tengah malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Mohd Rafain Mat…

Read More

Sebanyak 1 Juta Dos Vaksin Sumbangan Amerika Syarikat Selamat Tiba Di Malaysia | Sebanyak satu juta dos vaksin jenis Pfizer telah selamat tiba di Malaysia iaitu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 8.12 pagi tadi. Vaksin yang diterima oleh Malaysia itu merupakan vaksin hasil daripada sumbangan Amerika Syarikat. Vaksin tersebut dibawa kesini dengan menaiki pesawat Raya Airways TH 384. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 (PICK), Khairy Jamaluddin; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters telah turut sama menyambut ketibaan vaksin itu di negara ini. Terdahulu Hishammudin pernah berkata bahawa…

Read More

Hospital Swasta Bekerjasama Dengan Hospital Kerajaan Bantu Urus Pesakit Covid-19 | Telah banyak hospital swasta yang bersetuju untuk menyediakan kakitangan jururawat yang terlatih secara berperingkat bagi membantu kerajaan menguruskan pesakit Covid-19 di hospital terpilih di Lembah Klang. Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Datuk Dr Kuljt Singh, berkata bantuan ini berdasarkan kepada keadaan semasa COVID-19 di hospital awam, terutamanya di Lembah Klang yang kini berhadapan kadar kemasukan ke wad yang tinggi dan kekurangan kakitangan. Kementerian Kesihatan telah memohon kepada Persatuan Hospital Swasta Malaysia bagi medapatkan bantuan daripada ahlinya, untuk jururawat, pegawai perubatan dan pakar, untuk bertugas di hospital kerajaan. Mereka juga…

Read More

Ibu Tunggal Terpaksa Pinjam Wang Untuk Bayar Sewa Rumah | Dalam keadaan negara yang masih lagi berperang dengan wabak Covid-19 pastinya amat sukar untuk seseorang yang tidak mempunyai pekerjaan untuk meneruskan kehidupan lagi-lagi kepada mereka yang bergelar ibu tunggal. Desakan hidup yang dihimpit beban kewangan ekoran tiada pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu, menyebabkan seorang ibu tunggal terpaksa mengambil jalan pintas dengan meminjam dari premis pinjaman wang berlesen. Hamidah Nagor Gany, 37, berkata, dalam keadaan terdesak, dia mengakui buntu dan tidak mempunyai pilihan lain sedangkan bayaran sewa rumah perlu dilunaskan segera selain membayar bil utiliti dan membeli…

Read More

Ahli Parlimen Kedah Langgar SOP Kini Dalam Siasatan | Pihak polis negeri Kedah telah membuka kertas siasatan susulan tularnya gambar seorang ahli parlimen di negeri ini. Ahli Parlimen itu dikatakan telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ahli Parlimen itu juga merupakan seorang yang bergelar Datuk di negeri ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya membuka siasatan berhubung kes itu mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020. Kertas siasatan berkenaan kejadian itu telah dibuka, beberapa orang saksi juga akan turut dipanggil untuk membantu siasatan. Dalam gambar yang…

Read More

Perdana Menteri Stabil Dan Masih Jalani Rawatan Di Hospital Akibat Jangkitan Sistem Penghadaman | Negara baru-baru ini telah digemparkan dengan berita berkenaan perdana menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengalami diarea dan dikejarkan ke hospital. Kini laporan terkini berkenaan beliau telah dilaporkan stabil. Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan yang stabil dan bertambah baik selepas dimasukkan ke hospital pada rabu lalu. Dia telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami masalah iaitu jangkitan di sistem penghadaman. Pejabat Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa perdana menteri telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi. Berdasarkan pemeriksaan itu, tiada sebarang…

Read More

Dua Lelaki Dikompaun RM5,000 ‘Upah’ Bosan Duduk Rumah | Alasan bosan duduk rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa padah kepada dua lelaki apabila masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM5,000. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 32 tahun dari Kampung Chendor Sempadan dan Sungai Karang Darat, Kuantan, Pahang dikenakan kompaun kerana cuba masuk ke negeri ini tanpa surat kebenaran, 2 petang semalam. Menurut beliau, kedua lelaki terbabit dikesan cuba merentas negeri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Kemaman/Kuantan di Kampung Mak Lagam, Chukai. Oleh itu, pihak polis telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM5,000…

Read More