Author: Miss Alin

Ibu Dipujuk 5 Beradik Untuk Terima Vaksin | Seorang warga emas yang juga merupakan ibu kepada lima orang anak telah bersetuju untuk menerima suntikan vaksin setelah berjaya dipujuk oleh kelima-lima orang anaknya. Beliau bersetuju setelah berkali-kali dipujuk oleh anak-anaknya. Menurut Mohd Yusof Nordin, 50, selain daripada perlu memujuk ibunya  Pisah Busu, 84. Mereka turut menunjukkan bukti laporan media kepada ibu mereka mengenai warga emas yang tidak memiliki sebarang masalah kesiahatan telah menerima suntikan vaksin. Menurutnya, ibunya agak keberatan untuk menerima suntikan vaksin pada awalnya namun setelah dia dan empat lagi adik beradik beterusan memujuk, akhirnya dia akur untuk menerima suntikan…

Read More

Perancis Dibuka Mulai Rabu Depan Kepada Pelancong Asing Yang Sudah Divaksin |  Pelancong yang tinggal di Eropah boleh menarik nafas lega selepas  Perancis mengumumkan bakal membuka sempadan negara terbabit kepada pelancong Eropah namun hanya kepada yang telah mendapatkan vaksin Covid-19 bermula 9 Jun. Kerajaan Perancis dilaporkan telah membuka sempadannya kepada pelacong yang divaksin tanpa perlu menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR), bermula 9 Jun selepas mereka dikatakan sedang bersiap sedia  serta sedia untuk menyambut kedatangan pelancong asing sambil mematuhi langkah pencegahan kesihatan. Beberapa negara yang sudah berada dalam zon hijau selain negara Eropah seperti Australia, Korea Selatan, Israel, Jepun, Lubnan,…

Read More

Padah Lakukan Aksi Berbahaya, Mat Rempit Ditahan Dan Dikenakan Kompaun  RM5,000 | Seperti yang kita tahu, negara pada ketika ini sedang bertarung dengan wabak penularan Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari. Ekoran itu, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung sekaligus melindungi rakyat daripada penularan penyakit berkenaan. Namun, masih ada lagi segelintir rakyat yang masih berdegil dan tetap ingin keluar rumah dengan menggunakan alasan yang tidak masuk akal. Kajang: Sepuluh mat rempit ditahan dan dikenakan kompaun dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Grand Saga, dekat sini, awal pagi tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)…

Read More

Dua Kilang Dikompaun RM 10,000 Tipu Surat Kebenaran Operasi | Sanggup menipu dengan menunjukkan surat lama dan surat mengisytiharkan kilang sebagai memproses barangan perlu, namun sebaliknya menjalankan operasi pengeluaran barangan bukan keperluan. Taktik tersebut walaubagaimanapun berjaya dikesan pihak polis ketika  melakukan pemeriksaan di dua kilang iaitu kitar semula logam dan kayu arang yang dikesan beroperasi dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh, malam tadi. Dalam operasi mengejut yang bermula pada jam 10 hingga 12 tengah malam, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda turut disertai pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Jabatan Tenaga…

Read More

PdPR Akan Lanjut Selama 25 Hari Selepas Cuti Penggal 13 Jun Ini | Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal penularan wabak virus Covid-19. Ini adalah bagi mengelakkan tersebarnya virus itu dalam kalangan pelajar dan pendidik di negara ini. Pada sidang media khas di Putrajaya yang dilaksanakan pada hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa PdPR akan dilaksanakan selama 25 hari. Kaedah pembelajaran secara maya itu akan bermula pada 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan masing-masing. Para pelajar akan belajar di rumah dalam tempoh itu sehingga Kementerian…

Read More

Padah Ingkar PKP, 21 Ditahan Adakan Pesta Hari Jadi Di Pusat Hiburan | Seperti yang kita sedia maklum, negara pada ketika ini sedang dilanda wabak Covid-19. Penyakit seperti ini amatlh berbahaya kerana boleh membawa kepada kematian. Ekoran iti, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari. Kota Kinabalu: Seramai 21 individu termasuk tujuh wanita yang sedang leka berpesta menyambut hari jadi di sebuah pusat hiburan di tingkat empat Kompleks Asia City, di sini, ditahan dalam Operasi Khas Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, malam tadi. Operasi yang dilakukan kira-kira pada…

Read More

Penduduk Leka Beriadah Lari Keluar Bila Nampak Polis Pantau Taman Awam | Terkejut melihat sekumpulan polis dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), penduduk yang sedang berjoging dan bersenam di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam, segera berlari keluar dari lokasi berkenaan. Tinjauan dilakukan oleh pihak berkuasa bermula pada jam 7 pagi tadi mendapati masih terdapat segelintir penduduk yang degil dan meneruskan aktiviti beriadah di taman itu seperti biasa meskipun sekatan pengerakan penuh (SPP) fasa pertama sudah masuk hari keenam. Terdapat kain rentang yang dibentang oleh pihak MBSA berwarna jingga tertulis ‘Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Semua Taman-Taman Awam…

Read More

Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia | Kabinet negara telah bersepakat dengan menyerahkan kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbincang bersama rakan sejawatnya di China berkenaan isu 16 pesawat negara China yang menceroboh ruang udara negara ini. Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada awalnya, isu itu telah ditangani Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan perinciannya telah diumumkan Panglimanya, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad. Namun, kabinet telah sebulat suara bersetuju agar dilaksanakan perbincangan di anta menteri luar masing-masing. Hishammuddin akan…

Read More

RM 210,500 Kompaun Dikeluarkan Sepanjang Dua Hari Pelaksanaan PKP 3.0 | Selama tempoh dua hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jun lalu polis Johor telah mengeluarkan sebanyak 82 kompaun  membabitkan kompaun keseluruhan bernilai RM210,500. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah kompaun dikeluarkan pihaknya sejak 1 Januari hingga semalam pula adalah sebanyak 4,423. Menurutnya, kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri dan Segamat mencatatkan pengeluaran kompaun terkumpul tertinggi. Selama tempoh dua hari itu juga, pihak polis telah memeriksa sebanyak 17,512 premis bagi memastikan tahap pematuhan kepada…

Read More

Pemberian Vaksin Secara Bergerak Ke Kawasan Pedalaman | Bagi memastikan setiap rakyat di negara ini menerima suntikan vaksin, pakar kesihatan telah mencadangkan dua kaedah yang boleh digunakan bagi mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin covid-19 terutamanya ketika negara perlu menjalani Sekatan Pergerakan Penuh. Dua cadangan yang diketengahkan itu antaranya adalah kaedah pemberian vaksin secara bergerak. Kaedah ini boleh diguna pakai untuk memberikan suntikan vaksin kepada rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman. Manakala cadangan yang kedua adalah melibatkan industri sektor kesihatan swasta dalam aktiviti pemberian vaksin. Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, kaedah pemberian vaksin secara bergerak membolehkan…

Read More