Author: Miss Alin

Pemilik Kilang Dikompaun RM 10,000 Kerana Beroperasi Lebih Masa | Polis mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pemilik sebuah kilang pembuatan plastik di Taman Medan, Petaling Jaya, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan beroperasi melebihi masa ditetapkan, malam tadi. Dalam serbuan pada sekitar jam 10.45 malam itu, polis mendapati terdapat seramai lapan orang pekerja kilang bersama dengan seorang penyelia sedang menjalankan kerja di dalam kilang terbabit melebihi masa yang dibenarkan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kompaun RM10,000 dikenakan kepada penyelia yang juga pemilik kilang iaitu seorang wanita tempatan berusia…

Read More

Gara-gara Kongsi Berita Palsu, Suri Rumah Didenda RM5,000 | Masih ada segelintir rakyat Malaysia sengaja menyebarkan berita palsu mengenai Covid-19 atau berkaitan vaksin untuk mengekang penularan virus itu. Hal ini tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Isu penyebaran berita palsu ibarat barah dalam kalangan rakyat sejak setahun lalu. Kangar: Seorang suri rumah didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan penularan jangkitan Covid-19 menerusi aplikasi media sosial di Arau pada April lalu. Tertuduh, Norjannah Rusli, 28, telah membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Musyiri Peet. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh…

Read More

18 Dikompaun Gagal Patuh SOP Pada Hari Pertama Sekatan Pergerakan Penuh | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak pernah berlaku di negara ini menyaksikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertungkus lumus untuk memastikan semua rakyat negara ini mematuhi arahan yang dikuatkuasakan sejak hampir sebulan lalu. Bentong: Seramai 18 individu telah dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada hari pertama sekatan pergerakan penuh yang bermula semalam, dalam operasi pemantauan dilaksanakan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Pasukan Task Force, di sini, semalam. Pasukan itu di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan penugasan pemantauan SOP di sekitar…

Read More

Misi Kemanusiaan PaIestln Berjalan Dengan Lancar, Ebit Lew Bakal Pulang Ke Malaysia | Seorang pendakwah dan aktivis terkenal tanah air, Ustaz Ebit Lew dilaporkan kini telah berjaya menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin seterusnya bakal pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. Menurut Menteri Luar,  Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan bahawa misi kemanusiaan yang telah dijalankan oleh Ustaz Ebit Lew serta delegasinya telah berjalan dengan lancar malah turut beliau turut memberi perkembangan ketika menjalankan misi tersebut. Jelasnya, ketika Ustaz Ebit Lew menjalankan misi berkenaan, beliau sering berkomunkasi dengannya untuk memantau perkembangan misi berkenaan selain menyifatkan bahawa misi tersebut…

Read More

Anggota Bomba Terbunuh Dalam Tembakan Di Stesen Bomba Los Angeles | Seorang anggota bomba yang tidak bertugas dilaporkan telah menyebabkan tembakan sesama anggota bomba sebelum mencederakan yang lain di balai bomba komuniti kecil mereka di daerah Los Angeles pada hari Selasa sebelum bertindak pergi ke rumahnya sebelum membunuh dirinya, kata pihak berkuasa. Lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan tidak lama sebelum pukul 11 ​​pagi (waktu tempatan), membunuh seorang ahli pakar kebakaran berusia 44 tahun dan mencederakan seorang bomba berusia 54 tahun di sebuah stesen kira-kira 45 batu (72 kilometer) utara Los Angeles. Penembak tersebut merupakan seorang pakar dan jurutera bomba, kata…

Read More

Australia Sambung Tempoh Kawalan Pergerakan Di Wilayah Victoriaa | Wilayah Victoria di Australia pada hari Rabu telah membuat keputusan untuk memperpanjangkan lagi tempoh kawalan pergerakan COVID-19 di ibu negara Melbourne selama seminggu dalam usaha untuk mengekang penularan wabak  tersebut  namun mengurangkan sekatan di wilayah lain. Jalan pusat bandar dilaporkan kini kebanyakannya kosong pada hari pertama sejurus pengumuman penutupan selama tujuh hari ketika wilayah Victoria dilaporkan sudah dapat mengekang penyebaran wabak penyakit koronavirus (COVID-19) dari memasuki komuniti di Melbourne, Australia. Penutupan, yang dikenakan pada 27 Mei setelah wilayah tersebut melaporkan terdapat kes melibatkan Covid-19 pertama yang diperoleh tempatan, dijadualkan berakhir pada…

Read More

Wanita Ludah Penumpang Gara-Gara Diarah Memakai Pelitup Muka | Seorang wanita menimbulkan kekecohan selepas dia dikatakan tidak memakai pelitup muka ketika menaiki penerbangan pesawat Ryanair dari Ibiza, Sepanyol menuju ke Lapangan Terbang Milan Bergamo, Itali sebelum direman pihak polis, baru-baru ini. Wanita berkenaan dilihat menarik rambut seorang penumpang, menendang seorang lagi dan meludah ke arah penumpang lain melalui satu rakaman yang tular di media sosial sebelum dia dilaporkan disingkir daripada pesawat berkenaan. Kekecohan dikatakan tercerus selepas wanita tersebut diminta oleh penumpang lain untuk memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial namun sebaliknya berlaku selepas dia meludah ke arah seorang penumpang…

Read More

Operator Kilang Cedera Akibat Dilibas Rakan Sekerja Guna Parang | Sejak kebelakangan ini, banyak kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga membawa kepada kecederaan mahupun meragut nyawa. Perkara seperti ini amatlah membimbangkan masyarakat yang berada di sekeliling. Klang: Terbaru seorang operator kilang mengalami kecederaan di tangan selepas dilibas dengan parang oleh rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang racun serangga di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata dalam kejadian pada jam 7 petang itu, suspek lelaki tempatan berusia 25 tahun dipercayai berselisih faham dengan mangsa juga lelaki tempatan…

Read More

Hari Pertama ‘Lockdown’ Buatkan Ibu Negara Kelihatan Lengang | Suasana ibu negara yang sering kelihatan sesak dan dipenuhi oleh orang ramai kini bertukar menjadi lengang pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula hari ini sehingga 14 Jun depan. Premis-premis perniagaan bukan keperluan di kawasan tumpuan orang ramai iaitu di Bukit Bintang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) didapati tidak beroperasi kerana m7ematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengawal penularan virus covid-19 yang berjangkit. Pusat membeli-belah yang terkenal yang sentiasa meriah dan dipenuhi orang ramai turut bertukar suram dan sunyi. Ini kerana tiada kehadiran…

Read More

50 Terbunuh Dalam Serangan Di Dua Kampung DR Congo | Berlaku dua serangan menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh  semalam di timur Republik Demokratik Kongo yang bermasalah, kata seorang pegawai tentera dan pengawas kepada media tempatan. Seorang pegawai tempatan menyalahkan Allied Democratic Forces (ADF), yang telah dikaitkan dengan kumpulan ISIL (ISIS). Jurucakap tentera Jules Ngongo memberitahu agensi berita dpa bahawa pejuang ADF menyerang kampung Boga dan Tchabi di wilayah Ituri timur. Kedua-dua kampung terbabit terletak di sempadan antara provinsi Kivu Utara dan Ituri di kawasan di mana ADF dipercayai aktif. Sumber lain turut mengatakan bahawa serangan tersebut mungkin berasal dari etnik selain…

Read More