Author: Miss Alin

Kanak-Kanak 12 Tahun Antara 3 Mangsa Serangan Di New Orleans | Berlaku satu serangan sehingga menyebabkan tiga orang terbunuh dan 13 cedera selepas dilaporkan terdapat tembakan pada hujung minggu cuti di New Orleans, kata jabatan polis pada hari Isnin, baru-baru ini. Mangsa yang maut adalah termasuk seorang gadis berusia 12 tahun yang dibunuh pada lewat malam Ahad di majlis graduasi, kata Ketua Polis Shaun Ferguson. Dua remaja di pesta terbabit dilaporkan cedera, katanya dalam satu kenyataan. Jelas Ferguson, ia sangat menyedihkan, sangat tragis kerana ketika itu orang awam sedang meraikan kejayaan, pencapaian yang signifikan. Mangsa yang meninggal dunia berusia 12…

Read More

Kes Meningkat Di Kelantan Kerana Ziarah Raya Dan Solat Jemaah | Kes jangkitan Covid-19 di Kelantan meningkat secara mendadak sehingga 900 kes sehari. Peningkatan jumlah kes itu didapati berpunca daripada kegiatan aktiviti ziarah raya dan juga solat secara berjemaah di Surau. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, pada masa sama, berlaku rentas negeri yang turut menyumbang kepada peningkatan kes. Kenaikan kes di Kelantan adalah di luar jangkaan kerana terlalu tinggi selain kewujudan kluster yang banyak. Selain daripada peningkatan jumlah kes berjangkit itu, jumlah kematian disebabkan oleh Covid-19 di Kelantan turut meningkat secara mendadak. Berlaku…

Read More

Malaysia Dipilih Mewakili Pasifik Barat Sebagai Ahli Lembaga Eksekutif WHO | Malaysia sekali lagi dipilih menjadi Lembaga Eksekutif (EB)  bagi mewakili Negara Anggota Rantau Pasifik Barat bagi tempoh 2021-2024 setelah diumumkan WHO, baru-baru ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa ia sudah 3 kali Malaysia menjadi Anggota Lembaga Eksekutif WHO memandangkan ia dapat membantu untuk menyokong pelan kesihatan di peringkat global. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau, peluang yang diberikan justeru akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mempromosikan pembedahan yang selamat dan berpatutan di rantau ini sekaligus menyokong sama pelan yang dirangka Pengarah Pasifik Barat, Dr…

Read More

Suami Isteri Ditahan Kerana Lakukan Eksploitasi Terhadap Anak Yatim | Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah segala harapan dan cita-cita negara disandarkan selaku pemimpin di masa hadapan. Kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada mereka menjadi mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Kuala Lumpur: Polis telah menahan pasangan suami isteri dan menyelamatkan lima kanak-kanak serta remaja yang juga merupakan anak yatim yang menjadi mangsa eksploitasi tenaga buruh dalam serbuan di Taman Bukit Seputeh, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar…

Read More

5 Individu Dikompaun Kerana Majlis Kenduri Sambut Kelahiran Cucu | Lima individu dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang selepas didapati berkumpul di satu majlis kenduri menyambut kelahiran cucu di sebuah rumah di Kampung Sungai Lalang, Sungai Petani, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lima individu yang dikompaun itu terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 61 tahun. Menurutnya, pasukan pemantau Covid-19 dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Muda menerima maklumat awam berhubung majlis kenduri yang diadakan rumah berkenaan pada jam 9 malam. Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati lima individu…

Read More

Penjaga Reban Ayam Didakwa Kerana Membunuh Seorang Lelaki | Kejadian bunuh seringkali berlaku di negara ini lebih-lebih lagi semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sering kita lihat dan dengar jumlah peningkatan kes bunuh ini menjadi isu di semua platform media sosial sama ada online mahupun di dada akhbar. Kota Bharu: Terbaru, penjaga reban ayam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada bulan lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sulaiman Yaacob, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli. Sementara itu, mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga warga Thailand itu didakwa membunuh…

Read More

Ngeri, Gunting Pembedahan Tertinggal Di Dalam Perut Seorang Wanita | Seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri kepada seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada tujuh orang cahaya mata apabila kesakitan yang dialami selama ini terjawab sebaik mengetahui terdapat gunting pembedahan tertinggal di dalam perutnya. Nurcihan Ogmen, 61, dari wilayah Aydin di barat daya Turki memaklumkan bahawa dia mengalami kesakitan di bahagian perutnya selepas menjalani pembedahan. Namun dia dimaklumkan bahawa kesakitan yang dialami itu merupakan sesuatu yang biasa terjadi. Dia telah dimaklumkan berkenaan perkara itu Perkara itu di doktor yang membedahnya di sebuah hospital swasta di Kusadasi pada 5 Mac lalu. Dikatakan…

Read More

Gara-gara Solat Berjemaah Di Surau, 37 Jemaah Dikompaun Ingkar SOP | Khalifah Media Networks – Seperti yang kita tahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kali ini diperketatkan akibat jumlah peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari. Ekoran daripada itu, seluruh masjid dan surau di negara ini telah dihadkan mengikut kapasiti yang telah ditetapkan. Pasir Mas: Seramai 37 jemaah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas dipercayai menunaikan solat berjemaah di dua surau di Mukim Chetok, Tok Uban di sini, kelmarin. Kenyataan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Ketua Polis Daerah Pasir Mas Mohd Nasaruddin M…

Read More

Lelaki Lemas Jatuh Sungai Ketika Melakukan Aktiviti Berkayak | Seringkali kita lihat kejadian lemas berlaku terhadap seseorang dan kejadian mengejut seperti ini sering kita lihat tular di media sosial dan menjadi topik utama di dada akhbar. Kampar: Seorang lelaki lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti berkayak di Sungai Ulu Geruntum, Gopeng di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, berkata mayat mangsa berusia 20 tahun ditemui berhampiran Resort River Bug oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi pencarian pada kira-kira jam 5.40 petang. Beliau berkata, polis telah menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki…

Read More

Kanak-Kanak 12 Tahun Ketagihan Rokok | Perokok dalam kalangan bawah usia merupakan antara perokok yang dapat dikesan di negeri Pulau Pinang. Mereka ini berusia seawal 12 tahun dan juga merupakan golongan perokok tegar di negeri itu. Gejala aktiviti yang tidak sihat ini telah dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Ini juga berikutan kebimbangan ibu bapa terhafap anak-anak mereka yang merokok dan kini sudah ketagih terhadap bahan terlarang itu dan sukar untuk dibendung. Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata ibu bapa mendedahkan mereka akan dimarahi jika anak-anak diberitahu mengenai bahaya rokok dan rokok elektronik (vape). Berdasarkan aduan itu, ramai ibu…

Read More