Uncle Kentang Wakil Malaysia Terima Anugerah Ratu Elizabeth II| Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ telah banyak menabur jasa dan budi terhadap rakyat Malaysia selepas beliau sepenuh upaya berkhidmat untuk tujuan kebaikan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia yang khususnya golongan yang tidak berkemampuan. Aktivis masyarakat yang sangat disenangi seluruh rakyat Malaysia bakal menerima anugerah ‘Points of Light’ oleh Ratu Elizabeth II di atas usahanya membantu golongan yang kurang berkemampuan. Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh Chee Heng menerusi kemas kini di laman Facebooknya baru-baru ini setelah beliau menerima makluman berhubung anugerah tersebut menerusi e-mel dan…
Author: Miss Alin
Varian Afrika Selatan Mula Dikesan Di Thailand, Sempadan Negara Mula Diperketatkan | Thailand kini telah berjaya mengesan varian Covid-19 Afrika Selatan yang sudah memasuki negara tersebut selepas ia dikatakan berpunca daripada rentas sempadan secara haram. Kes pertama melibatkan varian jenis B.1.351 telah dikesan pada seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang dikhabarkan menerima kunjungan keluarga dari Malaysia menggunakan ‘lorong tikus.” Menurut Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Opas Karnkawinpong dalam satu kenyataan, pergerakan orang ramai kini telah dihadkan kepada daerah-daerah yang terjejas akibat varian tersebut. Sehingga kini, Thailand dilaporkan menerima 2 kes daripada 81 kes keseluruhan melibatkan varian Afrika Selatan yang telah…
Hungary Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Pelitup Muka, Angka Vaksinasi Telah Mencapai 5 Juta | Penduduk di Hungary kini boleh menarik nafas lega susulan mereka kini sedang mempersiapkan untuk mengurangkan sebahagian besar sekatan bagi mengurangkan penularan COVID-19 sejurus selepas angka vaksinasi di negara tersebut dikatakan telah mencapai 5 juta hujung minggu ini. Menurut Perdana Menteri Viktor Orban, pengurangan sekatan akan dimulakan dengan orang ramai di negara tersebut tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam dan perintah berkurung waktu malam juga telah dibatalkan. Tambahnya lagi, aktiviti perhimpunan juga akan dibenarkan sehingga 500 orang di kawasan terbuka, sementara acara di kawasan…
Lelaki Dikompaun RM1,500 Cuba Provokasi Polis Dengan Tidak Memakai Pelitup Muka | Peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada kelalaian masyarakat yang tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sungai Siput: Tindakan seorang pegawai polis tidak melayan provokasi dibuat seorang lelaki ketika pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di hadapan sebuah pasar mini di Kampung Muhibbah di sini, petang kelmarin telah mendapat pujian warganet. Sikap tenang Ketua Polis Balai Sungai Siput Utara, Inspektor Abdul Wahed Hamid itu terpapar menerusi dua video yang dirakam sendiri oleh lelaki yang…
Bangkai Tikus Dijadikan Pengganti Mayat Bayi | Sepasang suami isteri di Colombia diselubungi rasa kecewa dengan kematian anak mereka di dalam kandungan ditambah pula mayat bayi kecil itu telah digantikan dengan bangkai seekor tikus yang bersaiz besar. Menurut Daniel Alejandro Jaramillo, kejadian itu telah berlaku apabila anak mereka yang berusia 28 minggu di dalam kandungan pasangannnya, Jari Daniela Velez telah meninggal dunia disebabkan oleh masalah jantung yang dihadapi. Disebabkan kejadian itu, wanita itu telah diberikan rawatan di Hospital Tomas Uribe pada 13 Mei lalu. Namun ketika mereka berdua mengunjungi bilik mayat untuk menguruskan jenazah dan dokumen kematian anak mereka, mereka…
Gunakan Anjing Untuk Mengesan Individu Dijangkiti Covid-19 | Satu penyelidikan telah dilaksanakan dan dibentangkan bahawa anjing boleh dilatih untuk mengesan lebih daripada 90% jangkitan dan juga pesakit yang tidak bergejala. Paris: Daripada penyelidikan itu, mereka berharap agar kaedah itu dapat membantu menggantikan keperluan untuk mengkuarantin pelancong yang baru sahaja tiba ke negara itu. Menggunakan deria bau luar biasa, anjing sebelum ini sudah membuktikan bahawa mereka boleh menghidu penyakit seperti barah, malaria dan epilepsi. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan sebelum ini, terbukti bahawa anjing turut mampu untuk boleh mengesan SARS-CoV-2. Penyelidik dari London School of Tropical Medicine mengkaji sama ada anjing boleh…
Warga Asing Ditemui Mati Tergantung Dalam Bilik Air Hotel | Apabila seseorang berada dalam keadaan tertekan pelbagai perkara sanggup mereka lakukan termasuklah mengakhiri hidup mereka sendiri untuk mengakhiri masalah dan mengatasi rasa sakit yang mereka hadapi. Bentong: Seorang wanita warga asing berusia 32 tahun ditemui mati tergantung di dalam bilik air sebuah bilik hotel di Genting Hinglands, awal pagi Sabtu lalu. Mangsa telah menginap di hotel berkenaan sejak dari pertama kali datang ke negara ini pada awal tahun ini. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata mangsa dipercayai dalam keadaan tertekan akibat masalah peribadi. Balai Polis Genting Highland…
‘Kematian Akibat Covid-19 Sangat Menyayat Hati, Mereka Keseorang Dalam Wad’ | Terdapat segelintir masyarakat yang memandang ringan terhadap prosedur operasi standard (SOP) serta bersikap seolah-olah wabak Covid-19 sudah berakhir. Kehilangan ahli keluarga akibat wabak Covid-19 merupakan detik yang paling sedih dan amat memilukan kerana tidak dapat menatap wajah dan memeluk mereka buat kali terakhir. Kuala Terengganu: Terbaru, terdapat dua lagi kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan membabitkan dua lelaki dari Besut semalam. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, ia membabitkan mangsa yang berusia 73 tahun dari Kampung Gong Macang, Beting Lintang dan seorang lelaki berusia 52 tahun dari…
Bayi Lelaki Usia 14 Bulan Jatuh Katil Meninggal Dunia | Kes bayi meninggal dunia di rumah pengasuh antara isu yang seringkali menjadi kebimbangan buat ibu-ibu yang bekerja. Benarlah bahawa ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi jika berpunca daripada kecuaian, pasti akan terbit rasa kekesalan di hati. Dungun: Terbaru bayi lelaki berusia 14 bulan yang mengalami pendarahan dan retak kepala dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Paka, di sini, meninggal dunia malam tadi. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata mangsa menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala…
Lelaki Pencari Ketam Hilang, Tidak Pulang Sejak Jumaat Lalu | Kes orang sesat di hutan dan hilang ini bukanlah yang pertama terjadi di Malaysia. Beberapa kejadian mangsa yang hilang ketika mendaki bukit mahupun gunung pernah ‘menghantui’ negara kita. Bahkan, mungkin ada kes kehilangan yang masih segar dalam ingatan walaupun ianya sudah lama berlaku. Iskandar Puteri: Seorang lelaki dilaporkan telah hilang ketika mencari ketam di kawasan paya bakau di Kampung Melayu Dapur Arang di sini, sejak 21 Mei lalu. Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri menerima laporan mengenai kehilangan lelaki…