Kereta Terjunam Dalam Lubang Sedalam 4 Meter | Dua mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bomba apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka dilapor terjunam ke dalam lubang benam di Chatsworth, England pada malam Isnin. Memetik laporan CBS News, lubang tersebut ditemui di Jalan Iverson di selatan Jalan Zaltana kira-kira jam 7.20 malam. Difahamkan, selain sebuah kereta, terdapat satu lagi kenderaan jenis trak pikap yang turut sama terlibat dalam kejadian tersebut. Dua mangsa yang berada di dalam kereta tersebut dilapor terperangkap apabila trak tersebut mendarat di atas kenderaan mereka manakala dua lagi mangsa yang terlibat sempat keluar daripada trak berkenaan tanpa sebarang…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Termometer Tersekat Di Dalam Alat Sulit | Gara-gara tindakan sendiri, kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Chengdu di tengah China, menerima padahnya apabila dimasukkan ke bilik kecemasan selepas termometer tersekat di dalam alat sulitnya. Ia menurut satu laporan diterbitkan dalam jurnal perubatan, Asian Journal of Surgery, baru-baru ini. Kanak-kanak lelaki yang tidak dinamakan itu memasukkan alat berkenaan ke dalam alat sulitnya dan mengalami kesakitan yang amat sangat selama sembilan jam, selepas ia tersekat. X-Ray menunjukkan termometer itu berada jauh di dalam saluran kencing sehingga memasuki pundi kencing budak itu. Doktor memutuskan mereka perlu melakukan laparoskopi kerana khuatir sebarang prosedur akan…
Isteri Minta Suami Kahwin Rakan Baik | Seorang lelaki di Singapura meluahkan rasa buntu apabila si isteri meminta dirinya untuk berkahwin dengan rakan baik wanita terbabit. Ini lain daripada yang lain! Menerusi hantaran si suami yang tular di SGWhispers, lelaki berkenaan meminta nasihat daripada orang ramai mengenai situasi yang dialami olehnya itu. Sekadar meminta pendapat dan nasihat disini mengenai keadaan saya. Difahamkan, hasil perkahwinan pasangan terbabit, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, namun isterinya tetap meminta untuk berkahwin dengan rakan baiknya yang sudah bercerai serta mempunyai dua orang anak. Ujar isterinya lagi, jika suaminya bersetuju untuk berkahwin, dia akan mempunyai…
Diusung Guna Kain Sejauh 7KM, Wanita & Bayi M@ut | Seorang wanita hamil dari Pinrang di Sulawesi Selatan dilaporkan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungannya, ketika diusung menggunakan kain sarung sejauh 7 kilometer menuju ke hospital, lapor Detik. Dr Moh Inwan Ahsan, Ketua Pengarah Hospital Lasinrang Pinrang, mendedahkan bayi tersebut meninggal dunia sejak dalam kandungan lagi. Dr Inwan berkata, kemungkinan mati dalam kandungan, jadi apabila dia dilahirkan dia kelihatan tidak bermaya. Jelasnya, setelah tiba di hospital, dia berada dalam keadaan yang tidak sihat dan kondisinya agak lemah serta mukanya yang pucat. Oleh itu, pihak hospital mengarahkan kakitangan untuk membawa wanita itu…
‘Power Bank’ Terbakar Dalam Pesawat, Dua Penumpang Cedera | Dua penumpang cedera akibat pengecas mudah alih terbakar dalam pesawat Scoot ketika ia mahu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di Taiwan menuju Singapura pada Selasa. Kedua-dua mangsa menaiki pesawat TR993, yang sepatutnya berlepas pada 7.35 malam, Selasa dan dijadual tiba di Singapura 12.20 tengah malam keesokannya, lapor penerbitan berbahasa Cina, Lianhe Zaobao yang memetik laporan media tempatan. Anggota bomba segera dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihak berkuasa lapangan terbang menerima maklumat kes, jam 7.40 malam, dan pesawat itu kembali ke landasan selepas api dipadamkan. Gambar yang tular di media sosial…
17 M@ut Penunjuk Perasaan Bertempur Dengan Polis Di Peru | Sekurang-kurangnya 17 orang maut di Peru kelmarin, ketika penunjuk perasaan yang menyerbu sebuah lapangan terbang bertempur dengan pasukan keselamatan dalam siri keganasan terbaharu yang dicetuskan oleh krisis politik berbulan-bulan negara itu. Babak terbaharu pertumpahan darah itu berlaku di bandar tenggara, Juliaca, dalam wilayah Puno. Angka kematian sebelum ini iaitu 12 orang, kini meningkat ketika lima lagi daripada 40 yang cedera meninggal dunia akibat kecederaan dialami. Seperti yang berlaku bulan lepas, penunjuk perasaan mendesak peletakan jawatan Presiden Dina Boluarte, yang berkuasa selepas penyingkiran dan penahanan bekas presiden, Pedro Castillo pada 7…
Askar Tembak M@ti Penyeludup Dadah | Askar Thailand menembak mati enam suspek penyeludup dadah dalam satu insiden tembak-menembak di dalam hutan di utara Thailand, kata pegawai pada Selasa. Insiden itu berlaku berhampiran “Golden Triangle” — titik pertemuan Thailand, Myanmar dan Laos yang merupakan hab penyeludupan. Pegawai tentera berkata renjer menemui sekumpulan 15 hingga 20 lelaki di daerah Fang sebelum subuh pada Isnin ketika mereka menyeberangi sempadan dari Myanmar. Pasukan Petugas Pha Muang, yang memantau enam wilayah sempadan berkata, enam penyeludup yang didakwa terbunuh selepas berbalas tembakan. Tentera berkata, askar menggeledah 19 beg galas milik lelaki itu dan menemui 300 kilogram…
Kemalangan 200 Kenderaan: Berkumpul Tepi Jalan Untuk Ritual Pengebumian | Sekurang-kurangnya 19 maut dan 20 lagi cedera dalam kemalangan maut di Jiangxi, China, yang berlaku Ahad lepas, lapor Saudi Gazette. Menurt akhbar tempatan Jimu, kemalangan maut itu dipercayai berlaku apabila sebuah trak melanggar perarakan pengebumian yang melalui lokasi tersebut. Ketika kejadian, orang ramai dikatakan berada di tepi jalan tersebut untuk melakukan ritual khas kepada si mati sebelum bergerak ke tapak pembakaran mayat. Mangsa yang meninggal dunia majoritinya adalah mereka yang terlibat dengan ritual tersebut. Seorang saksi lelaki memberitahu media yang isterinya turut terkorban dalam kemalangan tersebut. Katanya, dia melihat sebuah…
Lelaki Tinggal Di Atas Pokok Akibat Kesempitan Wang | Seorang lelaki dari wilayah Isaan, Udon Thani, Thailand , mengambil keputusan untuk ‘mengasingkan diri’ dengan tinggal di atas pokok, akibat kesempitan wang. Portal The Thaiger melaporkan, Charlie yang berusia 38 tahun membina rumah di atas pokok itu, sejak tiga tahun lalu. Charlie mengikat kepingan kayu bersama tali untuk dijadikan lantai dan menggunakan kepingan plastik sebagai bumbung. Kisah Charlie tular selepas seorang netizen berkongsi gambar rumahnya di Facebook (FB). Media Thailand melawatnya di daerah Nampong Khon Kaen untuk mengetahui kisah lelaki itu dan Charlie memberitahu dia pernah bekerja di Bangkok serta mampu menyara…
Gempa Bumi Kuat Di Indonesia | Gempa bumi kuat bermagnitud 7.6 melanda luar pantai Indonesia dan Timor-Leste, awal Selasa, lapor Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Pusat gempa itu terletak kira-kira 427 kilometer (km) di selatan pulau Ambon di Indonesia, pada kedalaman 95 km, kata USGS. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia melaporkan beberapa gegaran susulan, direkodkan pada magnitud 5.5. Agensi itu berkata, gegaran turut dirasai di pulau Timor, kepulauan Maluku, dan Papua. Bagaimanapun, tiada laporan diterima mengenai kerosakan atau mangsa. Hamdi, salah seorang penduduk Indonesia di Ambon, berkata kepada AFP bahawa dia berada di atas katil, kemudian berasa sedikit…