Tiga beranak berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba selepas terperangkap di dalam rumah mereka yang runtuh di bahagian pintu hadapan pada awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan segera mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya serta BBP Tabuan Jaya ke lokasi. “Semasa tiba di lokasi, kesemua mangsa masih berada di dalam rumah dalam keadaan selamat. “Mereka tiada akses untuk keluar kerana pintu utama telah runtuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Menjelas lanjut, beliau berkata, kesemua mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba kira-kira…
Author: Anis Fadila
Lima calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lake, Bau, di sini, hampir tidak dapat menduduki peperiksaan apabila mereka terkandas selepas jalan keluar dari kampung dinaiki air, hari ini. Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan situasi dan kesemua pelajar berkenaan dapat menduduki peperiksaan tepat jam 8 pagi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan memohon bantuan khidmat khas bagi menghantar pelajar terbabit ke sekolah, pada 7 pagi. Katanya, tiga anggota bersama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Lingem, bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.…
Pasukan bomba mengambil masa kurang 15 minit untuk memujuk seorang wanita yang nekad terjun di KM 18.1, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau lebih dikenali Jambatan Kedua, menghala ke pulau petang kelmarin. Mangsa yang dipercayai penuntut di sebuah universiti swasta di negeri ini dan berusia 22 tahun sebelum itu dilaporkan bertindak meninggalkan keretanya jenis Perodua Myvi berwarna putih di bahu jalan. Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Azman Mohd. Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.02 petang dan bergegas ke lokasi kejadian. Menurutnya, maklumat awal yang diterima mengatakan wanita itu dilihat sudah…
Polis sedang mengesan seorang penghantar makanan yang bertindak menendang pengawal keselamatan bertugas di pos kawalan Taman Bukit Meringin dekat Sungai Ramal Luar, Kajang, petang kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang, ketika penghantar makanan bermotosikal itu berhenti di pos pengawal untuk meminta kebenaran masuk ke taman perumahan berkenaan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati penghantar makanan terhadap pengawal keselamatan terbabit selepas dia tidak dibenarkan masuk. “Suspek beritahu dia hendak ke rumah ‘nombor 3’ di Taman Bukit Meringin tetapi pengawal keselamatan warga Nepal itu maklumkan rumah berkenaan kosong dan tiada…
Tiga lelaki bergaduh selepas salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati setelah tidak diberi laluan untuk memotong ketika memandu di hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini, hari ini. Rakaman video pergaduhan tersebut berdurasi 1.52 minit yang dirakam pengguna jalan raya tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata, unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat berkenaan kejadian. “Pergaduhan itu berjaya dileraikan anggota polis dengan dibantu orang awam yang berada di lokasi kejadian. “Difahamkan, punca pergaduhan mereka…
Empat mangsa berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang berdekatan kawasan perusahaan Perai di sini awal pagi tadi. Difahamkan, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam kira-kira pukul 1 pagi. Kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan kermasuk yang dinaiki mangsa dan jenis Mercedes Benz. Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.08 pagi. Menurutnya, operasi menyelamat mangsa membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai. “Peratusan kemusnahan…
Petaling Jaya – Seorang lelaki warganegara New Zealand mengalami kecederaan tangan kiri dan pinggul dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 Pusat Dagangan Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I, Mahadir Sakdon dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.13 petang apabila dimaklumkan seorang lelaki terjatuh dari bangunan tersebut. “Sebaik tiba di lokasi kami mendapati lelaki lingkungan 36 tahun itu terjatuh kerana dipercayai cuba melarikan diri selepas premisnya diserbu pihak penguatkuasa tempatan. “Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans untuk rawatan dan tindakan lanjut,”…
Hakim Mahkamah Seksyen di sini hari ini, marah selepas pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dan peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf tidak berada di dalam mahkamah mengikut masa ditetapkan. Hakim Izralizam Sanusi berkata, beliau sudah menetapkan prosiding kes bela diri pada hari ini bermula pada 9.30 pagi. “Peguam bela di mana? Semalam saya sudah tetapkan jam 9.30 pagi, betul? “Awak ingatkan sikit anak guam. Dia orang kena tuduh (OKT), mana ada hakim tunggu tertuduh datang,” katanya. Menjawab pertanyaan Izralizam, pembantu peguam bela, Siti Zulaikha Zulkifli berkata, anak guam mereka sudah tiba, namun keluar sebentar berkemungkinan ke tandas. Izralizam: Semalam lambat, hari…
Kepintaran memujuk dan tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada terjun dari jambatan di Sungai Sitiawan dekat sini, dipercayai mahu membunuh diri petang semalam. Pegawai Bomba Kanan II Johari Tomin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 malam yang memaklumkan ada seorang lelaki duduk di atas jambatan merintangi Sungai Sitiawan di Jalan Seri Manjung-Pantai Remis. “Sebaik tiba, didapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30an dipercayai cuba untuk terjun dari jambatan itu yang dianggarkan mempunyai ketinggian 20 meter,” katanya di sini semalam. Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan kemudian berinteraksi dan memujuk mangsa yang mengambil…
Jasad seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang lemas ketika mandi bersama rakan di Pantai Tanjung Rhu, di sini semalam berjaya ditemukan pada jam 1.24 tengah hari Ahad. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata mayat Muhammad Fahmi Hafizi Zulkiflli, 20, ditemukan terapung 50 meter dari pantai oleh pasukan penyelamat. “Mayat mangsa disahkan ibu saudara dan sepupunya yang berada di pantai itu untuk pengecaman. “Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI. Dalam kejadian jam 7 petang Sabtu mangsa dikatakan sedang mandi bersama rakan…