Seorang Pendawai Elektrik Maut Kemalangan Dgn Kereta Semasa Pergi Kerja | Seorang pendawai elektrik maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kuala Berang-Tanggol-Wakaf Tapai dekat Kampung Butut, pukul 8.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, mangsa Daniel Azim Abu Bakar, 21, disahkan maut pada pukul 9.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu. Katanya, hasil siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki dalam perjalanan dari Kampung Padang Setengga ke tempat kerja di Binjai Rendah, Marang. Langgar Kereta Yang Keluar Simpang “Apabila tiba di tempat kejadian mangsa melangggar sebuah Perodua Axia…
Author: Anis Fadila
Seorang Bapa Maut Rentung Dlm Nahas Dua Kereta Bertembung | Seorang lelaki ditemukan rentung dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Kulim-Baling, di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, Balai Polis Trafik Kulim menerima maklumat berkaitan kemalangan itu pada jam 2.20 petang. Beliau berkata, mangsa berusia 27 tahun yang memandu kereta Proton Iswara terbakar dan rentung. Kereta Terbabas Di Laluan Bertentangan “Isteri mangsa berusia 28 tahun dan dua anak berusia tiga dan empat tahun parah dan sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Kulim (HK). “Siasatan awal oleh pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila kereta…
Tubuh Berkecai, Seorang Lelaki Maut Dirempuh Tren Ekspres| Tubuh lelaki berkecai selepas dirempuh tren ekspres di Kampung Palekbang di sini, tengah hari tadi. Mangsa dikatakan tidur di atas landasan kereta api sebelum dirempuh tren ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi. Menurut saksi, Osman Mohd Yusof, 57, berkata, dia yang sedang minum di kedai kopi berhampiran terdengar bunyi hon kereta api yang sangat kuat dan terkejut apabila tren itu berhenti secara mengejut. “Saya terus menunggang motosikal menuju ke lokasi kereta api itu berhenti dan ternampak pemandunya turun dari gerabak dan saya bertanyakan apa yang…
Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Semasa Dalam Perjalanan ke Sekolah | Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dipercayai dalam perjalanan ke sekolah maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Lintas di sini awal pagi Isnin. Identiti Kanak-Kanak Belum Diketahui Dalam kejadian kira-kira jam 5.48 pagi itu, kanak-kanak perempuan yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di lokasi manakala dua lagi mangsa iaitu remaja perempuan berusia 15 tahun dan pemandu perempuan berusia 59 tahun cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI). Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga…
Tular Video Lagi Satu ‘Inspektor Garang’ Gaduh Di Parking Lot | Pegawai polis wanita yang dirakam menghina anggota bawahan sebelum klip video insiden itu tular sejak Khamis lalu, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya. Hina Polis Bawahan Wanita berpangkat inspektor itu ditahan ketika hadir di IPD berkenaan untuk dirakam percakapan berkait siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pegawai itu dipanggil kali pertama semalam ke IPD berkenaan berhubung insiden pertengkaran dengan dua anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Khamis…
Pasangan Suami Isteri Warga Emas M4ut Rempuh Belakang Lori | Sepasang suami isteri warga emas maut manakala anak lelaki mereka cedera parah setelah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 392.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini malam tadi. Mangsa Cedera Parah Di Bahagian Kepala Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Mohd. Ghani Ismail, 68, yang merupakan pesara kerajaan dan isterinya, Minah Abdullah,69, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan. Anak lelaki mereka, Mohd. Hafizie, 32, yang memandu Toyota Hilux itu pula patah…
ALOR SETAR: Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, di sini hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Abdul Rahim Che Omar, berkata mangsa berusia di antara lima hingga 54 tahun. Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira di lokasi kejadian pada jam 12.31 tengah hari. “Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi kejadian sambil dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya. “Setibanya di lokasi,…
Lagi kes pemandu kereta bawah umur selepas kejadian di Langkawi bulan lalu dan kali ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dikesan memandu kereta dalam keadaan berbahaya di Kampung Pendamar, Klang, Selangor pada Sabtu. Menerusi video yang dimuat naik dalam aplikasi Telegram Update Info pada Sabtu, tindakan kanak-kanak itu memandu di sebuah jalan raya turut dirakam oleh orang awam yang dipercayai rakan kepada budak lelaki tersebut. “Sentiasa awasi anak-anak kita. Budak sekolah bawah umur, lingkungan 11 tahun memandu kereta. Tengok pada video, budak ini sesuka hati memandu dan bergelak ketawa bawa kereta. Kejadian berlaku di Kampung Pendamar, Klang,” tulis info tersebut. Dalam video berdurasi…
KOTA KINABALU: Mayat bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemui terapung di laut di perkampungan atas air, Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, petang kelmarin. Bayi malang itu ditemukan jam 6.30 petang oleh penduduk kampung yang melalui jambatan kayu di kampung berkenaan sebelum bertindak menghubungi polis. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, berkata sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi terbabit, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk siasatan. Katanya, bayi itu ditemui terapung tanpa pakaian di laut dekat jambatan di perkampungan atas air berkenaan. “Siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan namun setakat ini belum…
Pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kerambit. Kejadian 5 petang kelmarin apabila mangsa yang berusia 47 tahun sedang berada di pos pengawal dan didatangi tiga lelaki yang menunggang dua motosikal. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa. “Mangsa cedera di bahagian rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil “Usaha mengesan dan menangkap suspek terbabit giat dijalankan. Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengenal pasti motif serangan,” katanya dalam…