Polis menahan lelaki warga emas kerana melepaskan tembakan yang mencederakan seorang wanita di Serian, kelmarin. Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu di Batu 37, Jalan Kuching-Serian itu pada jam 8.10 pagi. Beliau berkata, dalam kejadian itu, wanita berusia 39 tahun yang bekerja di sebuah syarikat konkrit mengalami kecederaan di tangan dan bahu kanan. “Suspek ditahan orang awam sejurus kejadian itu dan kemudian diserahkan kepada polis dan kini masih ditahan di lokap Balai Polis Serian sementara mendapatkan perintah tahanan reman. “Mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut,” katanya…
Author: Anis Fadila
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat merakam adegan amang seksual fizikal membabitkan ibu dan anak lelakinya berusia 14 tahun di Selangor. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek yang bekerja sendiri itu ditahan Jumaat lepas di sekitar Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki berumur 25 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pemerasan dan rogol. “Kita turut merampas telefon bimbit suspek yang disyaki digunakan untuk merakam hubungan dua beranak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama TV pada Rabu.…
Seorang lelaki kurang siuman ditahan kerana melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, berkata, penahanan ke atas suspek berusia 21 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa, 26, semalam. Selain itu, beliau berkata pihaknya turut mengesan satu video berdurasi 21 saat yang tular di laman Twitter yang menunjukkan perlakuan suspek itu. Dalam video berkenaan, suspek yang menunggang motosikal bertindak menghentikan kereta mangsa, lalu mencium cermin hadapan kereta mangsa. “Kira-kira pukul 7 malam di Jalan Kampung Rampangi, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah membuat tangkapan ke atas suspek. “Turut…
Semporna: Pembantu jurulatih selam skuba ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang pelancong wanita warga China, di sini, Jumaat lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna Asisten Superintendan Arif Abdul Razak berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah penginapan atas air, dekat sini, selepas mangsa membuat laporan jam 10.03 pagi, Sabtu lalu. Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa yang berumur 25 tahun itu, kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari Jumaat lalu. “Mangsa mendakwa dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam skuba (Divemaster) ketika melakukan aktiviti selam skuba di kawasan perairan sebuah pulau peranginan di sini,” katanya menerusi kenyataan media di…
Polis menahan seorang lelaki mabuk yang memukul isteri dan anak kurang upaya (OKU) lembam di Kampung Tasik Permai, Ampang Jaya, Khamis lalu. Wanita berusia 51 tahun itu dikatakan dipukul ketika tidur, manakala anak perempuannya ditendang selepas suspek pulang dalam keadaan mabuk kira-kira 11.15 malam Rabu lalu. Suspek juga dipercayai mengugut akan membunuh mangsa dengan pisau, sebelum dia meminta bantuan anak sulungnya dan membuat laporan polis. Ketua Polis Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek ditahan anggota kereta peronda IPD Ampang Jaya susulan laporan itu. Katanya, hasil semakan mendapati suspek memiliki 13 rekod jenayah lampau. “Ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas…
“Saya tidak mampu lagi menangis ketika itu, hanya menahan kesakitan,” kata Siti Zainab Bachok, 49, apabila empat jari kanan hancur selepas tersangkut pada mesin pemerah tebu di rumahnya di Kampung Bagan Laut, Rengit, dekat sini. Selain kehilangan empat jari, wanita kepada lima anak itu juga terpaksa menerima kenyataan apabila kudung ibu jari dalam kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi. Menceritakan kejadian itu, katanya, dia berseorangan sedang menyiapkan tempahan air tebu pelanggan. “Pada hari itu, saya memulakan tugas lebih awal kerana ada pelanggan mahukan air tebu beku. Baru beberapa minit proses perahan bermula, saya terasa jari tersangkut. “Tidak rasa sakit ketika…
Tujuh kilogram emas bernilai kira-kira RM1.8 juta dipercayai dilarikan dua lelaki bertopeng dalam kejadian samun di lorong belakang Kedai Emas Nur Jannah di sini pada Rabu. Rakaman video kejadian yang berdurasi 33 saat itu dipercayai berlaku pada jam 11.37 pagi tular di media sosial sejak jam 1 petang. Dalam rakaman tersebut, dua individu bertopeng dan bersenjatakan parang melarikan emas daripada dua lelaki yang merupakan dua pekerja pembekal emas. Suspek kemudiannya menaiki dua kereta jenis kereta Toyota Altis dan Toyota Camry. Dalam pada itu, Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd Rahman berkata, kejadian itu membabitkan pembekal emas mereka…
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhi hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali Bella. Hukuman itu dijatuhi Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya. “Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman pemenjaraan 10 tahun dari tarikh sabitan dan bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman pemenjaraan 12 tahun dari tarikh sabitan. “Kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan secara serentak,” katanya. Selain itu, beliau turut memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan cagaran RM5,000 sebagai tambahan hukuman. Hakim turut memerintahkan…
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali Bella. Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes. Pada 9 Mac lalu, kes pembelaan Siti Bainun ditutup apabila peguamnya Mohammad Farhan Maaruf memaklumkan kepada mahkamah kesemua lapan saksi selesai memberi keterangan. Mahkamah kemudian memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis pada 7 April lalu manakala 14 April bagi hujahan balas sebelum memutuskan tarikh keputusan hari ini. Sepanjang perbicaraan itu, pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya…
Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan, ditemui ditinggalkan di tempat pembuangan sampah tepi Jalan Masjid berhadapan Bella Damansara, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya, pagi semalam. Bayi berkenaan ditemui oleh seorang wanita bersama anak lelakinya, ketika melalui kawasan itu kira-kira jam 7.15 pagi sebelum bertindak membawa bayi berkenaan ke Balai Polis Damansara. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata bayi perempuan itu dijumpai dalam keadaan berbalut kain kuning, masih bertali pusat dan uri bersamanya. “Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan doktor, bayi dalam keadaan stabil dan mempunyai…