Kota Kinabalu: Anggota polis putus kaki kanan apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah jip di Jalan Lintas, berhadapan sebuah pasar raya, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa berpangkat koperal berusia 35 tahun yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, dalam perjalanan ke tempat kerja. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, menurut saksi kejadian, pemandu jip dikatakan membuat pusingan U di tempat yang salah. Katanya, terdapat pemandu lain yang membunyikan hon untuk memberi amaran kepada pemandu berkenaan, namun kenderaan itu sudah masuk ke laluan…
Author: Imannina
Pengawal Keselamatan Ditetak Penceroboh Pejabat Imigresen Tenom | Tenom: Pengawal keselamatan cedera di tangan kiri selepas ditetak dengan senjata tajam oleh dua individu yang memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom di sini, semalam. Dalam kejadian antara 1 hingga 2 pagi itu, pengawal itu yang berusia 30 tahun turut diikat suspek yang dipercayai memecah masuk menerusi pintu belakang pejabat dengan memotong gril. Suspek kemudian beredar dengan memanjat pagar belakang dan menaiki kereta jenis sedan warna merah yang sudah menunggu di halaman belakang pejabat. Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pengawal keselamatan itu sudah membuat laporan pada 12.41…
M4yat Budak Autisme 7 Tahun Ditemukan Lemas | Kuching: Kanak-kanak autisme berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang di sini, semalam, ditemukan lemas, hari ini. Mayat Andrine Johnnes ak Anne ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di dalam sungai kampung terbabit pada 12.15 tengah hari. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pada mulanya, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba melihat satu objek tenggelam timbul di sungai terbabit. “Apabila dihampiri objek terbabit disahkan mayat kanak-kanak berkenaan yang masih berpakaian. “Keluarga mangsa dipanggil bagi membuat pengecaman mayat di…
Kota Bharu: Tindakan ibu dan anak menjual nasi bungkus kepada individu tidak berpuasa membawa padah apabila mereka ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dalam operasi di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, semalam. Ibu berusia 50-an dan anak lelakinya berumur 20-an ditahan pada 9 pagi ketika mereka sedang melakukan urus niaga dengan dua pelanggan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, dua beranak itu menjual nasi bungkus secara bergerak dengan menggunakan Perodua Myvi yang dipandu oleh anaknya. Katanya, operasi JAHEAIK bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) hasil maklumat orang…
KULAI – Polis memburu dua tahanan warga Indonesia yang melarikan diri ketika dalam perjalanan dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang, pada pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, tahanan tersebut dikenali sebagai Riki Rinaldi, 40 dan Samirudin, 36. Beliau berkata, kedua-dua tahanan telah membuka gari berantai dan pintu belakang van sebelum lari ke dalam kebun kelapa sawit terbiar Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang berhampiran jambatan kereta api. “Suspek bersama dua lagi tahanan warga Indonesia sebelum itu, dibawa ke Mahkamah Kota Tinggi pada jam 8 pagi, bagi pertuduhan tidak mempunyai pas dan dokumen yang sah…
KOTA BHARU – Seorang mudir di sebuah pusat tahfiz khas untuk etnik Rohingya didakwa atas pertuduhan mencabul seorang pelajar pada awal bulan ini di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin. Kanak-kanak lelaki daripada etnik tersebut berusia 11 tahun tiga bulan. Tertuduh, Abu Toyub Umor Abbas, 58, yang dalam keadaan menangis teresak-esak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga merupakan etnik Rohingya didakwa dengan maksud seksual telah mencabul kanak-kanak terbabit. Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di dalam bilik di sebuah pusat tahfiz khas di Kampung Patek…
Pencuri Ditangkap Polis Ketika Tonton Wayang Dengan Kekasih | JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pencuri motosikal diberkas polis ketika sedang menonton wayang bersama teman wanitanya, lapor laman berita Suara.com hari ini. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Kejadian itu dikatakan berlaku di wilayah Lampung. Dalam klip video tersebut, beberapa polis berpakaian seperti orang awam memasuki sebuah pawagam dan menahan seorang lelaki yang duduk di kerusi penonton. Pemuda itu kelihatan pasrah ketika ditahan. Polis kemudian memeriksa badannya sebelum dibawa keluar dari lokasi kejadian. Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.…
Bapa Keluar Penjara Selepas 13 Tahun Disambut Anak Cucu Buat Ramai Sebak. | PETALING JAYA – Suasana sebak bercampur gembira dapat digambarkan tatkala seorang lelaki yang dibenarkan keluar dari penjara serta disambut oleh anak, cucu serta menantu yang sedia menunggu kepulangannya di luar. Video tersebut dikongsikan seorang wanita menerusi TikTok yang juga anak lelaki tersebut sekali gus menerima maklum balas positif daripada pengguna yang tersentuh melihat suasana tersebut. Berdasarkan keterangan video, pengguna TikTok itu memberitahu selama 13 tahun mereka menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran bapa selepas lelaki tersebut dimasukkan ke penjara, manakala lima tahun berhari raya tanpa ibu disebabkan wanita itu…
PUCHONG – Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta milik jirannya di kawasan perumahan Taman Puchong Perdana, di sini, petang Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian daripada seorang wanita tempatan yang berusia 24 tahun. Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, pengadu yang berada di dalam rumahnya mendapati jirannya (suspek) telah melakukan khianat sehingga memecahkan cermin kereta jenis Perodua Axia miliknya. “Suspek berusia 36 tahun terbabit ditahan pihak polis berserta sebatang kayu yang digunakan sewaktu kejadian turut dirampas. “Hasil siasatan mendapati punca…
4 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang, 2 Rumah Terbakar | PENAMPANG – Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas dua rumah didiami musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Baru, Jalan Bundusan, 9 malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.33 malam dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Lintas serta Kota Kinabalu bersama enam jentera digerakkan ke tempat kejadian. “Kebakaran membabitkan dua rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya dan didapati seorang mangsa wanita cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurutnya, operasi dilaporkan terkawal pada pukul…