Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

SHAH ALAM – Dua kuliah ceramah pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar di Selangor pada 10 dan 11 Mac depan telah dibatalkan. Dua lokasi tersebut ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor. Bagaimanapun, Ustaz Wadi dalam siaran di Facebook tidak mendedahkan sebarang alasan berhubung pembatalan ceramah di kawasan berkenaan. Menurut perkongsian tersebut, sesi ceramah beliau bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya pula akan kekal berjalan seperti biasa. “Dimaklumkan bahawa semua ceramah Ustaz Wadi Annuar bertempat di negeri Selangor telah dibatalkan. “Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa. “Segala kesulitan…

Read More

PETALING JAYA – Satu laporan polis serta kertas siasatan dibuka berhubung kejadian sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard menggunakan laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan, menghala Kuala Lumpur, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut dikesan pihaknya pada pukul 10.30 malam menerusi sebuah video tular di aplikasi WhatsApp. Katanya, rakaman video tular berdurasi 25 saat itu memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Alphard dipandu di lorong motosikal. “Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku semalam dan tindakan mengesan pemilik kenderaan masih dijalankan. “Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan…

Read More

Pada hari semalam tular satu rakaman video di mana Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat didakwa mempersenda Menu Rahmah sehingga mengundang kemarahan netizen. Dalam satu laporan Malaysia Gazette, Hanafiah Mat menafikan dakwaan beliau mempersendakan Menu Rahmah. Beliau yang tampil membuat penjelasan berkata, makanan yang dijamahnya dalam video yang tular hari ini bukanlah menu berkenaan sebagaimana yang didakwa. “Itu bukan menu Rahmah, saya tak sebut tu menu Rahmah, tangan-tangan jahat ni, orang politik ni yang iri hati terhadap saya yang sangat berjaya sebagai Exco di Terengganu yang sentiasa beri bantuan dan dekat di hati rakyat. “Pada kejadian itu saya…

Read More

PETALING JAYA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kecewa apabila didakwa dihalang daripada menggunakan kemudahan gimnasium atas alasan menggunakan kerusi roda. Menerusi akaun Twitter Jason King, lelaki OKU itu memuat naik sebuah video berserta luahan rasa kecewa selain memberitahu tidak menghadapi masalah sewaktu menggunakan gimnasium itu sebelum ini. “Dah beberapa bulan aku dok mai gym (gimnasium), tiba-tiba hari ni aku diberitahu lepas ni aku tak boleh masuk gym dengan alasan keadaan aku yang berkerusi roda dan faktor keselamatan. “Bila ditanya tentang peraturan dan polisi, dia dok pusing cakap bahaya la, apa la,” katanya pada hantaran tersebut. https://twitter.com/afqazmann/status/1630936069054300160?s=20 Dalam pada…

Read More

PERLAWANAN bola sepak antara Kuala Lumpur City dan Johor Darul Takzim (JDT) yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan 3-0 dalam aksi Liga Super pada Rabu. Membariskan pasukan terkuat, skuad Harimau Selatan yang dipimpin Estaban Solari tidak berhadapan masalah menguasai perlawanan walaupun beraksi dalam keadaan hujan renyai dan padang basah. Malah, JDT tidak menunjukkan belas ihsan apabila terus melancarkan serangan bertali arus sebaik perlawanan bermula, sekali gus memaksa skuad pimpinan Bojan Hodak berkampung di kawasan sendiri. Tiga gol tersebut dijaringkan oleh jaringan sendiri Romel Morales pada minit ke-41, manakala…

Read More

Petaling Jaya: Padah memikat isteri orang, bekas pegawai tentera didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan itu. Hukuman itu dijatuhi Majistret Zhafran Rahim Hamzah selepas tertuduh Azmi Ali, 48, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. Beliau turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu dan tertuduh membayar denda. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat jenayah memikat wanita berusia 44 tahun yang sudah bersuami dan supaya wanita berkenaan melakukan persetubuhan dengannya di sebuah rumah di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, awal tahun 2016. Kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman…

Read More

RICHMOND: Seekor kucing disatukan semula dengan pemilik asalnya selepas dilaporkan hilang lebih sembilan tahun lalu. Lapor portal UPI.com, pihak berkuasa di Virginia memaklumkan kucing itu ditemukan oleh seorang penduduk tempatan selepas ia muncul di luar beranda rumahnya. Polis Daerah Henrico dalam catatan di Facebook memaklumkan Unit Perlindungan Haiwan dibawah jabatannya sudah menghantar pegawai ke rumah terbabit sebaik sahaja menerima panggilan. “Kami menerima panggilan daripada seorang penduduk mengenai penemuan seekor kucing terbiar di beranda rumahnya yang kelihatan ketakutan dan enggan meninggalkannya,” jelasnya. Menurut polis, pegawai bertugas kemudian membawa kucing itu ke pusat perlindungan untuk memeriksa sekiranya terdapat mikrocip pada badan haiwan peliharaan tersebut. Setelah…

Read More

Negeri Johor kembali dilanda banjir susulan hujan lebat yang turun sejak semalam. Gara-gara banyak lokasi membabitkan kawasan perumahan telah dinaiki air, jumlah penduduk yang terperangkap juga semakin meningkat. Ada yang turut mulai bimbang seandainya peristiwa banjir besar 2006 bakal berulang. Meskipun kerja-kerja penyelamat giat dilakukan, namun ramai kenalan individu yang terjejas banjir terpaksa menggunakan platform media sosial untuk mendapatkan bantuan. Menerusi Facebook, saudara Fahd Rahmat dedahkan anak buahnya yang baru berusia 3 bulan antara yang terperangkap bersama beberapa ahli keluarga lain Kampung Jawa Chaah, Segamat. “Mohon bantuan, kami sekeluarga sudah berada di atas bumbung… bantuan tak dapat sampai ke rumah…

Read More

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen Selayang hari ini memerintahkan seorang lelaki yang menikam seorang pesakit di Hospital Selayang, menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak. Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal supaya Mohd Khairul Kamul, 22, dihantar ke pusat psikiatri kerana dipercayai keadaan mental tertuduh tidak stabil. “Pihak pendakwaan membuat permohonan itu di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Tertuduh juga telah ditahan dan menerima rawatan di Jabatan Psikiatrik Hospital Selayang sejak 15 Feb lepas. Tiada jaminan dicadangkan terhadap tertuduh,” katanya. Tertuduh yang memakai…

Read More

KEMAMAN – Pengorbanan bapa sampai hujung nyawa. Kata-kata itu tepat bagi menggambarkan tindakan seorang buruh yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan anak lelakinya yang hampir lemas di Lubuk Tapeng, Sungai Kemaman berhampiran Kampung Air Putih di sini kelmarin. Mayat Mohd. Mirwan Mohd. Remli, 40, ditemui pada pukul 10.23 pagi semalam kira-kira 16 jam selepas hilang dibawa arus deras sungai berkenaan. Menurut isteri mangsa, Haryati Sulaiman, 36, berkata, luluh hatinya melihat kesungguhan suaminya yang mahu menyelamatkan anak mereka, Muhammad Zafran Aidil, 12, yang hampir lemas di lubuk tersebut pada pukul 1.45 tengah hari kelmarin. “Kami sepatutnya pulang ke rumah di Kampung…

Read More