Pada masa hari ini kebanyakkan pengguna jalan raya yang bergerak ke sesuatu lokasi berpandukan bantuan aplikasi Waze untuk mengelakkan kesesakan dan sampai pada masa lebih singkat. Bagaimanapun adakalanya sistem teknologi itu tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga boleh menyebabkan kesukaran kepada pengguna. Baru-baru ini seorang penunggang motosikal diselamatkan oleh pihak berkuasa selepas 11 jam tersesat mengikut laluan yang diarahkan oleh Waze. Menurut Tiktok @markpik86 penunggang motosikal yang dikenali sebagai ‘Wan’ mahu pulang ke Sepang dari Bukit Bunga, Kelantan. Bagaimanapun Waze telah membawanya ke beberapa laluan yang tidak pernah dilaluinya. Antara laluan yang dilalui Wan, dari Raub ke Bukit Fraser, kemudian…
Author: Imannina
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dua pelajar perempuan yang terjatuh ke dalam sungai ketika menaiki rakit, namun mengutamakan keselamatan telefon bimbit mereka, lapor program berita Liputan6. Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @ndagels. Seorang lelaki kelihatan mengemudi sebuah rakit untuk membawa dua pelajar perempuan menyeberangi sungai. https://twitter.com/ndagels/status/1613778825246289921?s=20&t=5eAbIFIrjkVUZ31BWtJb5g Ketika dua pelajar itu menaiki rakit tersebut, salah seorang daripadanya hilang keseimbangan lalu mereka terjatuh ke dalam sungai. Ketika terjatuh, seorang pelajar dilihat mengangkat telefon bimbitnya tinggi ke udara walaupun tubuhnya sudah berada dalam air. Pengemudi rakit yang melihat kejadian tersebut bergegas membantu dua pelajar…
PETALING JAYA – Wanita meminta bantuan orang awam yang memiliki maklumat berkenaan kes langgar lari di Lebuh Raya Persekutuan untuk tampil membantu mengesan pemandu Perodua Axia yang merempuhnya. Menurut perkongsian dimuat naik oleh Shannon Lee di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran laluan keluar kawasan bebas di lebuh raya berkenaan. “Insiden langgar lari yang berlaku pada jam 1:33 pagi tadi melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dipercayai akibat pemandu berlumba dan menukar lorong sekali gus menyebabkan cermin sisi kereta mengalami kerosakan teruk. “Malangnya, saya tidak sempat melihat nombor plat kenderaan tersebut. Jika ada sesiapa berada di lokasi kejadian ketika itu…
PADA minggu lalu, sebuah restoran mamak di Klang, Selangor didakwa gagal mengekalkan tahap kebersihan makanan apabila dilihat menyediakan bahan masakan di atas jalan tar di belakang kedai. Tindakan pekerja dipercayai tukang masak yang menggaul adunan ayam di situ mengundang rasa jijik warganet apabila menggunakan bekas masakan kotor selain menyediakan makanan di kawasan yang tidak sesuai. Terbaharu, kedai mamak sekali lagi menjadi bualan masyarakat selepas satu video tular memaparkan seorang lelaki sedang menikmati makanan terkejut terjumpa ulat dalam juadahnya. Insiden menggelikan itu dimuat naik oleh Aqil1 melalui akaun Tiktoknya. “Mamak lagi. Sapa yang tahu, tahu la kedai ini. Nak termuntah,” tulisnya. Dalam video…
Isu cop parkir bukanlah satu perkara asing di negara ini. Ramai penduduk kediaman jenis bertingkat sering menghadapi masalah ini, lebih-lebih apabila berhadapan dengan segelintir jiran yang mementingkan diri sendiri. Dalam satu hantaran Facebook Penang Press, seorang penduduk flat menerima satu nota yang ditinggal pada cermin kereta yang mengarahkannya untuk mengalih kereta sebab penulis nota itu mendakwa dia meletakkan motosikal di situ kerana itu parkir miliknya. Manakala dalam satu hantaran lain pula, kelihatan beberapa kotak parkir kosong telah diletakkan bekas isi air, tong baldi cat, dan kotak sebagai tanda parkir-parkir itu ‘bertuan’. “Duduk flat saja tapi sikap dan perangai selera condo pulak…
Ayam goreng KFC merupakan salah satu makanan segera yang menjadi pilihan orang ramai tidak kira golongan umur. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini saiz ayam yang kecil telah mendatangkan kegusaran orang ramai. Terbaharu, YB Lim Lip Eng terkejut apabila mendapati saiz ayam goreng yang dibeli di KFC cumalah sebesar peket sos cili sahaja. “Saya ada terlepas apa-apa ke?” ujar beliau yang sudah lama tidak makan KFC dan tertanya-tanya sama ada saiz ayam goreng itu merupakan saiz standard pada masa sekarang. https://twitter.com/limlipeng/status/1614504317607907330?s=20&t=OurDGrjIAVx7rIo1q15ZPg Ciapan beliau menerima maklum balas daripada netizen yang sudah cukup kecewa dan ‘patah hati’ untuk membeli ayam goreng dari restoran makanan…
Ipoh: Perak melaporkan empat kes penyakit demam babi Afrika (ASF) melibatkan dua daerah dari Disember hingga awal tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan. Beliau berkata, tiga kes positif ASF dikesan pada ternakan babi komersial iaitu satu di ladang di Bidor (daerah Batang Padang) dan dua lagi di Sungai Siput (daerah Kuala Kangsar) antara Disember dan 3 Januari lalu. “Pada 13 Januari, satu lagi kes positif ASF dikesan di daerah Kuala Kangsar. Kes dikesan hasil survelan dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak dalam radius 10 kilometer (km) dari ladang yang…
JOHOR BAHRU, 14 Jan (Bernama) — Polis menahan dua lelaki dipercayai mengganggu dua wanita sedang menaiki motosikal di Jalan Skudai, Pantai Lido di sini seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata berdasarkan siasatan, video kejadian itu dirakam pada 9.42 malam, Rabu lepas. Beliau berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y16Z dari arah Skudai menghala ke Johor Bahru itu telah mengganggu kedua-dua mangsa sehingga menimbulkan perasaan takut dan trauma. “Bagaimanapun, dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan dialami mangsa. Kedua-dua lelaki berkenaan berjaya dikesan dengan seorang…
SEORANG lelaki menerima kecaman orang ramai di media sosial apabila tular sebuah video tindakannya menendang seekor anjing yang berada di kawasan kejadian baru-baru ini. Tindakan lelaki itu sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dipasang di premis berdekatan kawasan kejadian. Terdapat dua video tular di media sosial menunjukkan tindakan lelaki terbabit yang mana pada mulanya dia dipercayai mengacah-acah haiwan tersebut yang secara kebetulan berada di sebelah keretanya. Namun video lain pula menunjukkan lelaki sama bertindak menendang anjing tersebut yang berada di tengah lintasan pejalan kaki. Tendangan kuat lelaki terbabit menyebabkan haiwan tersebut jatuh tergolek manakala individu itu berlalu pergi…
Pengarah sensasi Syamsul Yusof tetap akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM10 juta seperti dimaklumkan sebelum ini. Menurut laporan Harian Metro, pengarah berusia 38 tahun itu berkata, peguamnya telah menghantar surat saman kepada JAWI dan perkara tersebut sedang dalam proses. Syamsul berkata, tindakan undang-undang itu adalah serius memandangkan dia mendakwa pihak JAWI tidak menjalankan tugas secara profesional. “Mereka melakukan soal siasat terhadap Ira kira-kira dua bulan lalu iaitu ketika kami belum bernikah. Saya tidak akan dedahkan apa yang ada dalam kertas siasatan itu kerana ia menyalahi undang-undang. “Namun, JAWI sendiri mendedahkan kertas siasatan itu sehingga dibaca oleh ibu saya. JAWI…