Perlawanan Futsal Bertukar Tragedi. Puluhan Pemain & Penyokong Bergaduh. | Kecoh perlawanan akhir perlawanan futsal bertukar ganas apabila puluhan pemain dan penyokong saling bertumbuk dan bergaduh di Arena Sukan (GOR) sekitar Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, Indonesia pada Ahad. Kejadian itu difahamkan berlaku dalam perlawanan akhir kejohanan futsal antara pelajar yang melihatkan pemain saling menjerit dan bertumbuk selepas perlawanan tamat. Beberapa anggota polis bertindak meleraikan pergaduhan tersebut namun situasi kian meruncing apabila situasi terlampau riuh sehingga gagal dikawal oleh pengawal. Rakaman tular itu dikongsikan di laman Instagram dan menerima lebih 5,000 jumlah tontonan setakat ini. Menurut Unit Siasatan Jenayah Polis Bekasi…
Author: Imannina
KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki mendalangi kegiatan pecah kedai di sekitar Ampang Jaya, dalam tangkapan berasingan pada Jumaat lalu dan semalam. Mereka ditahan selepas sebuah kedai pakaian di Jalan 6/5 Taman Komersial Pandan Indah, dipecah masuk pada pagi Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian disedari pada jam 9 pagi oleh seorang pekerja selepas mendapati pintu masuk di tingkat satu dalam keadaan terbuka. “Kunci mangga pintu depan didapati dipotong dan pemeriksaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu menunjukkan dua lelaki asing memecah masuk kedai dan melarikan pelbagai…
Johor Bahru: Seorang penjaga rumah penjagaan orang kurang upaya (OKU) melecur 30 peratus selepas Rumah Persatuan Orang Cacat Johor Bahru, di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin di sini, terbakar hari ini. Dalam kejadian 7.50 pagi itu, lelaki berusia 64 tahun itu cedera, manakala empat penghuni yang juga OKU penglihatan dilaporkan selamat. Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Faiz Suleiman berkata, seramai 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikejarkan ke lokasi berserta enam anggota BBP Tebrau. “Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar 65 peratus. “Seorang mangsa yang…
Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang lelaki mengamuk di hadapan kaunter penerbangan kerana menunggu terlalu lama pesawat yang sepatutnya dinaiki olehnya serta penumpang yang lain. Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @opmchimmy, dia mengatakan sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman. Dalam video itu, jelas terdengar seorang lelaki di kaunter menggesa agar pihak pengurusan bertangugnjawab kepada para penumpang yang keletihan lebih-lebih lagi ada warga emas yang tidak berapa sihat. https://www.tiktok.com/@opmchimmy/video/7180489427649596698 Selepas didesak, pihak pengurusan memberi…
TARAZ, KAZAKHSTAN – Seorang lelaki ‘dimasak’ hidup-hidup selepas terjatuh ke dalam bekas mengandungi keluli cair yang mendidih dalam satu kemalangan mengerikan di sebuah kilang keluli di Kazakhstan, lapor akhbar Daily Star semalam. G K Yeskaliev, 50, merupakan seorang pekerja yang menjaga relau panas mendidih di kilang Zapchast di bandar Taraz. Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia terjatuh ke dalam bekas besar yang mengandungi keluli cair di dalam relau panas. Yeskaliev dilihat tersandung kaki ketika mencampurkan bahan itu menggunakan batang besi besar. Takat lebur keluli karbon adalah sekitar 1,540 darjah Celsius manakala badan manusia hanya boleh menahan suhu panas kira-kira…
Kejadian mengugut warga asing meminta wang bukan sahaja berlaku dalam filem namun realitinya berlaku dalam kehidupan kita. Ini dibuktikan apabila tular sebuah video seorang lelaki dipercayai bertindak mengugut warga asing dihadapan anaknya pada Selasa di Kedah. Insiden tersebut berjaya dirakam menerusi telefon pintar seorang peniaga yang sedang menjalankan perniagaan di kawasan kejadian. Lelaki yang memakai topi itu dilihat mengambil barangan di dalam raga motosikal mangsa sebelum tangan suspek mengambil barang peribadi warga asing terbabit. Ketika kejadian, lelaki warga asing itu dilihat bergelut dengan suspek sehingga menyebabkan anaknya ketakutan dan menangis. Namun secara tiba-tiba seorang individu yang berada di lokasi menghalang…
YAN – Sepasang suami isteri di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan di sini, terpaksa mencatu makanan dan adakalanya hanya makan sekali sehari bagi mengelakkan bekalan makanan hasil sumbangan jiran-jiran habis dengan cepat. Lebih memilukan pasangan itu ada kalanya hanya menjadikan ikan belukang yang dipancing di anak sungai di hadapan rumah sebagai sumber protein kerana tidak mempunyai wang untuk membeli ikan di pasar. Situasi itu dihadapi Ibrahim Ashari, 63, dan isterinya Ropishah Abdullah, 58, sejak beberapa bulan lalu bagi meneruskan kehidupan kerana tidak lagi dapat bekerja. “Saya mempunyai dua anak lelaki dan tiga perempuan melalui perkahwinan pertama dan tidak mempunyai zuriat…
ALOR SETAR – Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun pada 10 Disember lalu. Tertuduh yang berusia 56 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Bahagia, Mukim Guar Kepayang di Pendang, dekat sini, kira-kira pukul 8.40 malam, 10 Disember lalu. Dalam pertuduhan dihadapinya, dia didakwa dengan maksud seksual memegang dada mangsa yang difahamkan memiliki hubungan persaudaraan dengannya. Pendakwaan dilakukan mengikut…
RANTAU PANJANG – Penduduk di Kampung Tasek Bakong di sini, terpaksa menggunakan air bah untuk membancuh susu anak mereka selepas terputus bekalan air bersih apabila kawasan rumah terjejas banjir sejak Ahad lalu. Penduduk di kampung itu terpaksa berbuat demikian selepas pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibina secara bergotong-royong sebelum ini di sebuah kawasan kebun kelapa sawit ditenggelami banjir setinggi dua meter. Wakil mangsa banjir, Che Haron Zakaria, 57, berkata, sumber air yang terputus menyebabkan mereka menggunakan air banjir untuk memasak dan minum sepanjang tempoh berkenaan. Katanya, mereka tiada pilihan lain dan tidak boleh memilih apabila berada dalam keadaan darurat. “Air…
Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita di sebuah masjid Seksyen 18, Shah Alam mengundang perhatian ramai apabila tertuduh didakwa mencuri telefon bimbit ketika jemaah sedang menunaikan solat subuh pada Rabu. Ketika kejadian, suspek terlebih dahulu mengambil pakaian telekung di rak almari sebelum memeriksa kawasan sekeliling bagi memastikan tindakannya tidak disedari mana-mana pihak. Selesai memeriksa kawasan sekeliling, suspek kemudiannya menceroboh masuk ke kawasan solat wanita dan memulakan kegiatan mencuri. Pun begitu, perbuatannya berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan video tersebut hangat diperkatakan di laman Twitter. Salah seorang jemaah telah kehilangan sebuah telefon bimbit jenama iPhone dan…