Walaupun diri sendiri kurang sihat, bukan halangan pasangan warga emas menjaga anaknya yang kini menghabiskan masa terlantar di katil apabila lumpuh seluruh badan sejak 15 tahun lalu. Mustafa Abdullah, 68, dan Romlah Salleh, 63, tertumpu sepenuhnya kepada anaknya, Ramilawati, 43, yang tidak lagi mampu bergerak. Anak sulung daripada empat beradik itu mempunyai penyakit saraf otak. Romlah berkata, dia pada mulanya mengadu sakit kaki ketika berada di tahun akhir di UiTM Shah Alam, pada 2001. Katanya, pada mulanya dia menyangka sakit kaki yang dialami Ramilawati hanya biasa saja, namun ia bertambah teruk apabila kedua-dua kaki mula kebas dan mengadu sakit seluruh…
Author: Imannina
“Saya terkejut dan takut ketika terdengar bunyi kuat dari atas (bumbung) sebelum berlari bersembunyi di bawah katil. “Ketika di bawah katil, saya menggigil dan keluar semula (dari bawah katil) namun sebatang besi (serpihan bumbung) terkena pada dahi kiri,” kata Nur Jannah Motaleb, 8. Nur Jannah berkongsi detik cemas yang dialaminya dalam kejadian bumbung runtuh di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang malam tadi. Waktu itu, Nur Jannah berkata, dia baru sahaja makan malam dan duduk di katil asrama tidak jauh daripada beberapa rakannya. “Bunyi itu kuat dan saya sangat takut sebelum bersembunyi di bawah katil. Tetapi saya risau kalau bumbung…
Sejak kebelakangan ini, nama Ustazah Siti Afifah menjadi bualan hangat netizen berikut dia berani tampil menyelar tindakan seorang suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki sehingga digelar dayus. Selepas itu, dia kembali kecoh di media sosial apabila memberi kenyataan bahawa bersalaman dengan golongan artis akan merosakkan roh dan jiwa seseorang. Katanya, masyarakat zaman sekarang berlumba-lumva untuk berjumpa dan bersalaman dengan artis. Sebaliknya mereka harus teruja berjumpa dan bersalaman dengan alim ulama. Ini kerana bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa dalaman seseorang jika dibandingkan dengan mereka yang rajin beribadah. “Salam artis itu ia rosak roh kita, jiwa kita…
Seorang doktor gigi wanita dan tiga pembantunya melalui detik lima minit paling mencemaskan dalam hidup mereka apabila disamun dua lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah klinik di Bandar Seri Putra, Bangi di sini kelmarin. Kejadian pada pukul 12.48 tengah hari itu berlaku apabila pekerja klinik tersebut membenarkan penyamun berkenaan masuk selepas suspek menyamar sebagai penghantar barang. Lebih mencemaskan, ketika rompakan berlaku, tiga pesakit dan dua kanak-kanak yang berada di ruang menunggu turut trauma dengan kejadian tersebut. Doktor yang hanya dikenali sebagai Kim Atikah berkongsi pengalaman menakutkan itu melalui akaun TikToknya yang tular sejak Selasa. “Kes rompak di tempat kerja…
Penduduk Pangsapuri Seri Cempaka di pinggiran Tasik Kiambang, Serendah, dekat sini hidup dalam ketakutan selepas struktur bangunan berkenaan retak dan mendap. Penduduk mendakwa telah membuat aduan tahun lalu, namun masalah itu berlarutan hingga mereka bimbang bangunan kediaman itu mengalami lebih banyak keretakan, sekali gus berisiko runtuh. Bekas EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Talha yang mendapat aduan mengenai isu terbabit, berjanji akan membantu mencari penyelesaian segera dalam menangani masalah keselamatan itu. “Memandangkan saya pernah menjadi EXCO Selangor yang bertanggungjawab dalam aspek perumahan antara 2018 dan 2020. Jadi, saya agak arif dengan isu perumahan. Saya berjanji akan memberi keutamaan dalam…
Seorang lelaki disyaki mabuk ditahan kerana mematahkan bendera kempen Barisan Nasional (BN) dalam satu kejadian di Taman Senai Utama, Senai di sini lewat tengah malam, semalam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek ditahan pada pukul 12.15 tengah malam berusia 58 tahun. Menurut beliau, lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. “Malam tadi, anggota polis menerima makluman terdapat seorang lelaki mabuk membuat provokasi tidak aman. Dia bertindak mematahkan bendera yang dipasang jentera kempen BN. “Polis kemudiannya telah menahan suspek yang berusia 58 tahun tersebut. Dia…
Kebiasaannya, kucing merupakan haiwan yang sering menjadi peliharaan dan kegemaran ramai disebabkan oleh kecomelan yang dimiliki. Namun begitu, berbeza pula kali ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @atikahmal di laman TikToknya, dia memperkenalkan dua ekor kambingnya yang bernama Aidil dan Fitri telah berjaya meraih perhatian netizen. Dalam video itu, kelihatan wanita terbabit yang dikenali sebagai Atikah sedang menyikat bulu seekor kambing yang dijaganya bernama Aidil. Bagaimanapun, apa yang menghiburkan hati netizen, kambing tersebut begitu teliti melihat kamera telah membuatkan ramai tertarik melihat ‘kehenseman’ yang dimilikinya. Difahamkan juga, menurut Atikah, kambing yang bernama Aidil itu memang gemar melihat…
“Nenek sayu orang buatkan nenek rumah, nenek tak mampu nak buat. Nenek rasa macam hidup atas ihsan orang,” luah mangsa banjir, Rohana Mahfodz. Rohana, 76, meluahkan perasaannya itu ketika diminta berkongsi mengenai perkembangan rumah baharunya di Batu 18, Kampung Jawa di sini, yang dalam pembinaan dan bakal didiaminya tidak lama lagi. Dia mengakui amat terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia terhadapnya selepas rumah pusaka itu dihanyutkan banjir dalam kejadian pada awal pagi 19 Disember tahun lalu. Menurutnya, memang banyak sumbangan diterimanya, malah ada individu menyumbang lebih daripada sekali kerana simpati dengan nasibnya yang kini menetap di rumah sementara bersebelahan tapak rumah…
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai seorang ustazah mengatakan seorang suami itu ‘dayus’ apabila membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi. Kenyataan itu mencetuskan perdebatan ramai kerana masing-masing tidak bersetuju dengan ustazah berkenaan termasuklah suaminya yang berkata perkara yang sama. Mana tidaknya tidak semua ibu bersalin bernasib baik disambut oleh doktor perempuan terutama di hospital kerajaan. Susulan daripada itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus sekali lagi tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut ketika hadir memberi ceramah di sebuah masjid. Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, beliau mengatakan pada asalnya para wanita perlulah berubat dengan golongan sejantina sahaja.…
Youtuber, Ammar Nazhan memohon maaf atas keterlanjurannya kerana menerbit dan memuat naik video membabitkan sekumpulan gadis memperagakan pakaian muslimah dengan berniqab di hadapan beberapa lelaki. Ammar Nazhan atau mesra disapa Am membuat permohonan maaf itu menerusi perkongsian video di Youtube semalam. Dia mengakui kesilapan dilakukan dan berlapang dada untuk menerima teguran daripada semua pihak. “Terima kasih kepada semua termasuk netizen, ustaz dan ustazah yang sudah tegur secara peribadi. “Teguran itu betul. Apabila seseorang berilmu tegur maksudnya Allah masih sayang. Dia (Allah) nak tegur Am dan ‘team’ (pasukan) ke arah lebih baik,” katanya. Ammar mengatakan tujuan video itu adalah niatnya untuk…