Seorang lelaki Arab Saudi menawarkan diri untuk berkahwin dengan pelakon Amber Heard selepas dia kalah dalam kes terhadap bekas suaminya, Johnny Depp. Menurut The Peninsula, satu nota suara telah disiarkan ke akaun Instagram rasmi Heard. Menerusi nota suara tersebut, lelaki itu berjanji akan mengisi kehidupan aktres itu dengan kegembiraan dan kebahagiaan. “Amber… memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak. “Saya perasan ada orang benci dan buli awak, justeru saya menawarkan diri untuk berkahwin dengan awak. “Semoga Allah merahmati kita berdua. Anda adalah rahmat tetapi orang tidak menghargainya. “Saya lebih baik daripada lelaki…
Author: Admin Hanisah
United Kingdom (UK) telah memulakan percubaan bekerja hanya empat hari dalam seminggu dengan penyertaan lebih daripada 70 syarikat dan 3,300 pekerja. Bermula Isnin lalu, ribuan pekerja merentasi pelbagai sektor ekonomi UK dilaporkan telah mengambil bahagian untuk kajian global ini. Menurut Economic Times, pekerja yang mengambil bahagian masih lagi akan menerima gaji penuh. Program Perintis 4 Hari Seminggu UK itu dilakukan bagi mengkaji produktiviti serta kesejahteraan kakitangan dalam menyampaikan hasil kerja yang serupa untuk tempoh enam bulan. Kira-kira 70 syarikat antaranya syarikat perbankan, hospitaliti, penjagaan dan studio animasi telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam program ini. Ia turut melibatkan ahli akademik…
Wanita ‘Misteri’ Terjah Rumah Penduduk Kampung. | Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai utusan malaikat telah menerjah ke dalam beberapa buah rumah penduduk kampung. Kejadian menggemparkan itu berlaku di Jalan Sukarma, Rangapan Jaya Baru, Pancoran Mas, Depok City. Seorang penduduk yang rumahnya dimasukiĀ itu, Rosani, 67, berkata, semasa kejadian itu berlaku dia sedang tidur. Lalu, dia dikejutkan dengan kehadiran wanita itu yang tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya. Katanya, dia sedang baring di kerusi, kemudian, baruĀ itu masuk. Dia sempat menyapa terlebih dahulu namun, wanita itu sudah ada di depan muka pintu rumahnya. Rosani telah memberi kenyataan pada Selasa di kediamannya.…
Seorang wanita menarik perhatian di laman sosial selepas merakamkan detiknya melahirkan anak di pantai Playa Majagual, Nicaragua. Menurut New York Post, Josy Peukert, 27, memuat naik video berkenaan di Instagram (IG) pada Februari lalu. Namun, video tersebut baru sahaja meraih lebih 200,000 lebih tontonan selepas tular. “Oleh kerana keadaannya tepat pada hari itu, maka itu yang saya lakukan,” kata Peukert kepada Jam Press mengenai perkongsiannya. Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk melahirkan bayi tanpa bantuan di laut. Ini kerana, dia mahu menunjukkan keupayaan badan wanita boleh melakukan sendiri tanpa campur tangan perubatan tradisional. Katanya yang berasal dari Jerman itu, dia memantau…
Tindakan memarkir kenderaan sesuka hati di laluan yang tidak sepatutnya pasti membuatkan ramai pemandu geram. Bukan hanya menyusahkan orang lain, malah turut boleh menyebabkan lalu lintas tergendala. Sama seperti perkongsian video yang diperoleh daripada akaun Twitter Isu Semasa Viral apabila memuat naik kembali rakaman TikTok milik @ayin8686. Video itu memperlihatkan sebuah bas melanggar kenderaan mewah model Toyota Vellfire yang diparkir di tempat yang tidak sepatutnya. Kejadian itu dikatakan berlaku di pintu masuk pusat beli-belah Mid Valley di mana kawasan itu bukanlah kawasan meletakkan kenderaan. Disebabkan itu, kereta Vellfire tersebut mengalami kerosakan dan bahagian tepinya remuk dilanggar bas yang melalui kawasan…
Sebuah jenama pengeluar produk kesihatan haid di Sweden, Intimina telah mengeluarkan bijirin sarapan pagi yang berbentuk seperti rahim wanita berwarna merah susu, lapor laman Oddity Central kelmarin. Syarikat itu telah memperkenalkan produk terbaharu, Period Crunch sebagai bijirin sarapan pagi. Produk ini bertujuan bertindak sebagai pemula perbualan tentang haid di rumah. Malah, setiap keping bijirin berperisa raspberi di dalam kotak berbentuk seperti rahim wanita itu mengandungi perasa makanan yang akan mewarnakan susu dengan warna merah yang berbeza. Bijirin unik itu diilhamkan daripada satu tinjauan dalaman terhadap 2,000 orang dewasa. Tinjauan itu mendedahkan bahawa kira-kira 48 peratus wanita terlalu malu untuk bercakap…
Melancong sememangnya dapat memberi peluang untuk mengembara ke tempat-tempat menarik, bahkan dapat juga memberikan pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan. Lumrah kehidupan, bukan semua kenangan yang tercipta itu manis setiap masa. Sebagai orang luar, pasti ada waktu tertentu apabila berdepan cabaran yang tidak diduga. Itulah yang terpaksa diharungi oleh seorang pengembara dari Hong Kong ketika berada di Malaysia baru-baru ini. Semasa menginap di sebuah hotel, bilik Elliott Yip ‘diserbu’ pekerja hotel apabila najisnya yang terlalu besar dan tidak dapat disingkirkan melalui lubang tandas. Disebabkan insiden itu, teman wanitanya turut menanggung malu sambil menutup hidungnya ketika aktiviti penyelenggaraan berjalan. Bahkan, petugas…
Baru-baru ini, isu penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias, dipercayai telah disihir mendapat perhatian ramai pihak. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh beliau tempoh hari. Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa enam individu tampil bersemuka memohon maaf kepadanya. Mereka dipercayai memohon maaf kerana telah melakukan perbuatan sihir tersebut ke atasnya. Terkini, menerusi laman Facebooknya miliknya, beliau meluahkan rasa kesal terhadap beberapa individu yang dipercayai dari kalangan VIP. Individu tersebut didapati cuba mengambil kesempatan terhadap mereka yang sedang ditimpa musibah sepertinya. Difahamkan, terdapat seorang individu yang bergelar VIP telah memberikan sumbangan kepadanya. Sumbangan itu berupa satu bon bernilai 1 juta Euro…
Baru-baru ini, tular isu rambut panjang di mana ibu bapa meminta pihak sekolah untuk menyediakan tukang gunting rambut. Hal ini kerana, mereka tidak mahu rambut anak mereka menjadi ‘robek’ angkara ulah guru. Lalu, seorang lelaki yang juga seorang guru tampil memberi komen mengenai isu ini. Katanya, isu rambut panjang memang sudah termaktub dalam buku undang-undang sekolah. Tambah-tambah apabila masuk ke sekolah kerajaan, serba serbi percuma seperti bil api air tidak perlu bayar, tiada yuran bulanan, sumbangan PIBG tidak wajib. Sepatutnya, pelajar hanya perlu mengikut peraturan sekolah sahaja. “Apa benda anak kau rambut panjang, cikgu yang kena panggil tukang gunting ke…
Lamaran seorang lelaki dari Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia menjadi tular selepas gadis bertuah itu dihadiahkan dengan hantaran mewah. Hantaran berupa wang tunai berjumlah 300 juta rupiah (RM90,564), satu set barang kemas, sebidang tanah sawah, pembiayaan pengajian serta sebuah bilik pameran kereta beserta kenderaan di dalamnya. Walhal, lelaki itu hanya baru dua kali berjumpa dengan calon isterinya itu. Memetik laporan Detik.com, lelaki bernama Dical Arfandi itu hanya menyerahkan wang tunai dan set barang kemas kepada Andi Besse Qurrata Ayyun dalam acara peminangan yang berlangsung pada Khamis lalu. Hantaran lain seperti bilik pameran kereta, kenderaan, pakaian pengantin dan wang pembiayaan pengajian akan…