BUTTERWORTH: Pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) yang tular di media sosial baru-baru ini terharu apabila mendapat sumbangan sebuah kereta daripada penceramah terkenal, Ebit Lew. Pasangan suami isteri ini tular ketika melintas jalan di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Bagan Luar, di sini baru-baru ini dengan menggunakan kerusi roda. Mohd. Sofi Osman, 38, ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, dia dan isteri, Siti Aminah Jamalludin, 30, berterima kasih kepada pihak Ebit Lew yang begitu prihatin dalam membantu meringankan beban mereka sekeluarga. “Memang tak sangka ustaz (Ebit) datang dengan anak buah (pasukan), kira-kira tiga buah kereta datang rumah semata-mata nak bantu…
Author: Admin Hanisah
Nasib malang menimpa seorang bayi lelaki yang ditemui tanpa kepala di Sulawesi Selatan, Indonesia pada Ahad yang lalu selepas dipercayai digigit oleh seekor anjing. Memetik laporan media tempatan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tidak ‘berkepala’ oleh seorang penduduk kampung, Yosafa. Menurut saksi, mayat mangsa telah diheret oleh seekor anjing dan sehingga kini kepalanya masih belum dijumpai. Ketika kejadian berlaku, Yosafa berada di rumah sewanya sebelum melihat seekor anjing datang membawa mayat bayi lelaki. “Awalnya saya sangka anjing itu bawa anak patung. Bila saya tengok lebih dekat rupa-rupanya mayat”, katanya. Susulan itu, pemuda ini tampil membuat laporan kepada pihak polis mengenai…
Dipercayai angkara cemburu, seorang lelaki di Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia bertindak di luar kawalan dengan menikam bekas isterinya sebanyak tujuh kali sehingga maut pada Ahad lalu. Menurut laporan Tribun News, suspek dikenali sebagai Alba, 24, bertindak mencederakan bekas isterinya, Nadia Fitri sehingga meninggal dunia. Suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak mahu lelaki lain memiliki mangsa. Penduduk kampung yang menjumpai wanita berkenaan pada mulanya menyangkakan mangsa hanya pengsan. Setelah itu, pihak polis tiba dan mengesahkan mangsa meninggal dunia dengan kesan tikaman pada badan. Susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek di Kota Banjarmasin sebelum membawanya ke balai polis semalam. Ujar Ketua…
IPOH – Warga emas berusia 65 tahun antara 10 umat Islam yang ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam Operasi Judi. Operasi yang bermula pada jam 2 petang pada Sabtu turut dijalankan serentak di seluruh negeri di sini. Operasi menyasarkan premis-premis perjudian dan nombor ramalan yang dikesan menjadi tumpuan orang ramai. Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun itu ditahan ketika sedang leka membeli nombor ramalan di premis-premis terbabit. “Penahanan dibuat di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah (Syariah) Negeri Perak 1992 atas kesalahan berjudi atau berada di premis perjudian. “Walaupun ada antara…
SHAH ALAM – Bermula 9 April ini, semakan status permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ boleh dilakukan. KWSP dalam satu hantaran berkata, permohonan pengeluaran khas KWSP itu hanya boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ sahaja. Pada masa sama, KWSP turut memaklumkan pemohon tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios dan cawangan KWSP bagi tujuan tersebut. Permohonan pengeluaran khas KWSP mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini. Pada 16 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri…
Tiga individu telah ditahan pihak polis dan akan didakwa berhubung kematian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong yang mati selepas terjatuh dalam sungai, Februari lalu. Bangkok Post melaporkan, pada Ahad, seorang wanita berusia 35 tahun ditahan di Balai Polis Muang di daerah Muang di Nonthaburi, Bangkok. Dia akan didakwa atas tuduhan kecuaian sehingga menyebabkan kematian Tangmo, 37. Wanita itu merupakan salah seorang daripada lima individu yang menaiki bot laju bersama Tangmo, ketika dia terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam 24 Februari. Mayatnya ditemui dua hari kemudian, tidak jauh dari tempat dia terjatuh. Pihak berkuasa berkata, wanita berkenaan menjadi…
PASIR MAS – Aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu telah digagalkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Sabtu. Lembu-lembu tersebut yang dibawa masuk secara haram ke negara ini menggunakan perahu dengan menyelusuri Sungai Golok. Rampasan lembu itu dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA Kuala Terengganu yang melakukan penugasan Op Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini pada jam 11 malam. Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai rampasan keseluruhan lembu-lembu seludup itu dianggarkan berjumlah RM67,200. Serbuan telah dilakukan di kawasan semak berhampiran Sungai Tok Rusa, Meranti di sini. “Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Batalion 9 membuat intipan di kawasan serbuan…
ZURICH: Semalam, kerajaan Switzerland telah mengesahkan akan menarik semula sekatan COVID-19 bermula esok, 1 April. Pemansuhan ini dibuat ketika negara itu berusaha untuk ‘hidup’ dengan virus itu. Susulan itu, kerajaan turut memansuhkan peraturan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di kemudahan kesihatan. Turut dimansuhkan, keperluan untuk mengasingkan diri selama lima hari selepas disahkan positif COVID-19. Tanggungjawab untuk membendung virus itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan dengan fasa kewaspadaan yang lebih tinggi dirancang dalam tempoh 12 bulan akan datang. “Berikutan tahap imunisasi penduduk yang tinggi, tiada peningkatan ketara dalam bilangan pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) dalam…
KUALA LUMPUR – Diikat, dicili dan dijirus air panas, begitulah yang diceritakan oleh seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali Bella, 13, kepada seorang pembantu pengurus kewangan sebuah syarikat swasta. Zurianty Sudin, 39, memberitahu perkara tersebut kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu. Beliau berkata demikian ketika prosiding kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas kesalahan menganiaya, mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. Zurianty yang menggelar dirinya sebagai ‘mommy’ berkata, perkara itu dimaklumkan ketika…
AMPANG – Sekurang-kurangnya 30 buah rumah di Jalan Mulia, Bukit Antarabangsa di sini terjejas akibat banjir kilat pada petang Rabu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian jam 6.35 petang itu, hujan lebat menyebabkan sistem saliran tidak dapat menampung limpahan air dari bukit berhampiran. Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kawasan tersebut ditenggelami banjir separas 0.3 meter dan kembali surut secara berperingkat. “Tiada pusat pemindahan dibuka susulan kejadian tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Pada Rabu, video berdurasi 15 saat yang memaparkan keadaan…