Mengacukan pistol ke arah mangsa setiap kali melakukan jenayah samun menjadi taktik yang digunakan seorang lelaki dalam kegiatan itu di tiga buah premis kedai serbaneka, sebelum ini. Bagaimanapun, kegiatan jahat lelaki berumur 26 tahun itu tidak kekal lama apabila dia berjaya dikesan dan diberkas polis. Ini susulan wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika melakukan samun di sebuah kedai di Tikam Batu, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memberi kenyataan dalam sidang akhbar hari ini. Katanya, lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Pinang Tunggal, di sini selepas polis meneliti rakaman terbabit. Pihak polis berjaya…
Author: Admin Hanisah
Polis sedang memburu lelaki yang tular dipercayai khayal menghidu gam ketika menunggang motosikal dalam sebuah video yang tersebar di Facebook. Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, ACO Nanda Maarof memberi kenyataan berhubung kejadian itu. Katanya, rakaman video yang berdurasi 40 saat itu telah tular di Facebook lebih kurang jam 6.30 petang Jumaat. Dalam rakaman tersebut, jelas terpapar sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki disyaki sedang berada dalam keadaan separa sedar atau khayal. Menerusi rakaman tersebut, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan menuju arah selatan di sini. Kejadian itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150…
Presiden sebuah parti politik dikesan menjadi dalang sindiket penipuan ‘kad kebal’ kepada warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen. Penggunaan kad kebal itu dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor menahan dua suspek di Subang Jaya, 22 Jun lalu. Kad perlindungan itu dijual dengan harga RM400 sehingga RM1,000 kepada mana-mana warga asing. Sindiket yang beroperasi sejak awal tahun itu akan mengeluarkan kad yang mempunyai kod QR, maklumat dan data serta borang permohonan kewarganegaraan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, individu yang ditahan ialah Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Mohd…
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terjatuh dari balkoni sebuah bangunan di Turki sebelum sempat diselamatkan oleh orang awam. Kanak-kanak itu terjatuh dengan keadaan jatuh kepala dahulu sebelum diselamatkan seorang lelaki yang berada di situ, lapor Kosmo Online semalam. Video kejadian kanak-kanak jatuh itu dirakam di bandar Amasya, utara Turki. Difahamkan, mangsa dilihat melantun di atas bahagian belakang seorang pembeli yang berada di hadapan sebuah kedai sebelum jatuh ke atas lantai. Ketika kejadian, pembeli itu, Ruhi Asci sedang meninjau dari luar tingkap sebuah kedai. Tiba-tiba, mangsa, Khatira Amiri tergelincir melalui pagar balkoni dan terkena bahunya. Menurut laporan The Sun, Ruhi yang…
Lelaki BUNUH Saudara Albino Untuk Tujuan ‘Sihir’. |Seorang lelaki di Malawi didapati bersalah kerana membunuh saudaranya yang menghidap albino untuk menjual bahagian tubuh mangsa sebagai ‘tangkal’, lapor akhbar Daily Star semalam. Macdonald Masumbuka, 22, dibunuh oleh saudara lelakinya dan empat lelaki lain di Malawi pada 2018. Kesemua suspek dijatuhi hukuman melakukan kerja berat seumur hidup ketika perbicaraan berlangsung di mahkamah tinggi Malawi, semalam.Sihir Dalam pada itu, seorang paderi, seorang pakar herba, seorang pegawai polis dan dua lelaki lain dijatuhi hukuman penjara 30 tahun kerana turut terlibat dalam penjualan bahagian tubuh Masumbuka. Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di daerah Machinga pada…
Isnin lalu, seorang wanita di Singapura dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga bulan selepas didapati bersalah memberikan dadah kepada anaknya. Wanita itu memberikan dadah jenis ‘ais’ (methamphetamine) kepada anak perempuannya yang berusia 17 tahun. Wanita berkenaan dikatakan mengajak anaknya mengambil dadah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mereka berdua. Menurut Mothership.sg, mahkamah mendapati wanita tersebut telah memberikan anaknya dadah itu sebagai satu aktiviti ‘bonding’ keluarga. Aktiviti ‘bonding’ itu berlaku sejak dari November 2020 sehinggalah mereka ditangkap pada Mac 2021. Menurut Straits Times, aktiviti jenayah berkenaan dilaporkan berlaku di rumah yang didiami mereka berdua. Selain itu, wanita berkenaan juga didakwa membantu…
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan bapa kepada ‘Baby Syifaa’, Yuseri Yusoff, 39, supaya tidak berkongsi sebarang maklumat di media sosial. Yuseri tidak dibenarkan memuat naik sebarang kenyataan atau dokumen berkaitan kes kematian kanak-kanak itu dan inkuesnya di media sosial sehingga prosiding selesai. Perintah interim itu dikeluarkan Hakim Rushan Lutfi Mohamed selepas mendapat permohonan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Badius Zaman Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly. Prosiding yang ditetapkan hari ini sepatutnya didengar di Mahkamah Koroner namun hakimnya sedang mengikuti kursus. Pada prosiding berkenaan Husni berkata, permohonan itu secara dasarnya bagi menghalang Yuseri untuk membuat apa-apa…
Pihak polis masih menunggu laporan lengkap jabatan kimia berhubung kematian seorang pelajar di dalam bilik berkunci di sebuah universiti sekitar daerah ini semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, proses bedah siasat sedang dijalankan. Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemui dan punca kematian masih lagi dalam siasatan. Beliau yang dihubungi Kosmo! hari ini berkata, mereka sedang menunggu laporan kimia dari Hospital Serdang Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, mayat pelajar lelaki tahun akhir berusia 29 tahun jurusan Sarjana Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi itu ditemui dalam keadaan terlentang di sebelah katil. Kehilangan mangsa disedari seorang rakan…
Seorang peniaga telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Tertuduh dijatuhi hukuman selepas didapati bersalah memijak kepala seorang pemuda tidak dikenali sehingga maut, enam tahun lalu. Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, S. Pandiaraj, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan ‘prima facie’ di akhir kes pembelaan. Tertuduh kelihatan tenang sambil menoleh ke belakang memandang wajah ahli keluarganya semasa hukuman itu ditetapkan. Ahmad Nafsy telah berkata dalam penghakimannya setelah meneliti keterangan fakta forensik dan laporan bedah siasat. Mahkamah mendapati mangsa, S. Ammos Devaprraven, 27, meninggal dunia bukan disebabkan kemalangan jalan raya. Katanya, mahkamah mendapati…
Spekulasi yang mendakwa Ye Jin hamil pada bulan lalu akhirnya terjawab apabila pasangan selebriti Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin mengumumkan berita gembira. Mereka akhirnya bakal bergelar ibu dan bapa apabila pelakon wanita tersebut mengumumkan berita gembira di laman Instagramnya. Menerusi hantaran yang dibuat oleh aktres tersebut, berita gembira yang diumumkan Ye Jin pasti menambah keterujaan buat peminatnya. Sebelum ini, peminatnya mendakwa Ye Jin telah berbadan dua namun pihak agensi aktres itu menyangkal dakwaan tersebut. Kini, segalanya sudah terjawab apabila Ye Jin mengumumkan dirinya sudah hamil anak pertama. Di ruangan kapsyen pada hantaran tersebut, Ye Jin meluahkan rasa…