Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Kini Anda Dah Boleh Pilih & Beli Kit Ujian Kendiri Covid-19 Terus dari MySejahtera | Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini aplikasi MySejahtera dengan menambah beberapa ciri-ciri baharu yang memudahkan pengguna. Maklumat tentang kemaskini itu telah diumumkan di dalam satu hantaran di Facebook rasmi KKM. Antara ciri baharu yang telah ditambah di dalam aplikasi tersebut adalah Covid-19 Self Test di mana pengguna boleh memilih dan membeli kit ujian kendiri Covid-19 yang telah disahkan oleh pihak KKM secara terus melalui aplikasi ini. Terdapat 4 jenama kit ujian kendiri Covid-19 yang boleh dipilih oleh pengguna iaitu Salixium Covid-19, Gmate Covid-19 dan…

Read More

Operasi Vaksinasi ‘Walk-In’ Akan Dijalankan Bermula 2 Ogos Di Lembah Klang | Operasi vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) akan bermula di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di Lembah Klang, Isnin ini (2 Ogos), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksinasi secara tanpa janji temu itu dimulakan di Lembah Klang, setelah Operasi Lonjakan Kapasiti Vaksinasi di Lembah Klang berakhir esok. “Operasi vaksinasi secara walk-in akan dibuka mengikut kategori pada 2 Ogos, bermula dengan mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbiditi. “Pada 5 Ogos kita…

Read More

Agung Zahir Rasa Dukacita Kerajaan Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Baginda | KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 yang lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda. Menerusi kenyataan media yang ditulis oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsudin, pembatalan semua Ordinan Darurat tersebut sepanjang tempoh darurat belum lagi diperkenankan Baginda. Selain itu, Seri Paduka Baginda menegaskan…

Read More

Ramai Terkejut Bila Vigo Datang Untuk Vaksin | Sebuah pusat PPV vaksin di Kuala Lumpur gempar apabila muncul kelibat biru mengambil vaksin. Baca selanjutnya. #vivoCare Sehingga 23 Julai 2021, Malaysia mecatatkan 15,573 kes baharu Covid-19 hari ini dan menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 980,491 kes. Bagi pecahan kes setiap negeri pula, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 7,672 kes menjadikan kes keseluruhan di negeri itu mencecah 351,61 kes. Diikuti WP Kuala Lumpur dan Kedah. Dalam perkembangan lain, sehingga 22 Julai 2021, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya memberi 16,024,916 vaksin kepada penerima secara keseluruhan. Berita baik bagi golongan…

Read More

Bayaran i-Sinar Ogos Diawalkan Pada 26 & 27 Julai Dan Bayaran i-Citra Akan Dibuat Pada 2 Ogos Secara Berperingkat | Terbaru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos 2021 akan diawalkan pada 26 & 27 Julai ini. KWSP turut memaklumkan pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank. https://twitter.com/KWSPMalaysia/status/1418402461094608900?s=20 Manakala, bagi bayaran i-Citra pula akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini. Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank. Bagi bayaran secara Aarahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan…

Read More

PDRM Akan Buat Pemeriksaan Mengejut Rumah Ke Rumah Esok | Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP dari segi sektor sosial berikutan sambutan Aidiladha pada hari esok. Menerusi siaran media yang telah dikeluarkan, PDRM mengambil langkah dalam meningkatkan jumlah pemeriksaan pada hari esok. Pasukan-pasukan pemantau pematuhan akan digerakkan ke seluruh negara untuk memeriksa kawasan-kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam. Selain itu, PDRM juga tidak akan berkompromi dalam pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh perayaan. Bagi individu yang melanggar arahan seperti menjalankan aktiviti ziarah kunjung-mengunjung, merentas negeri serta daerah akan diambil tindakan. Sumber : PDRM

Read More

Inisiatif ‘Walk-In’ Di Selangor & KL Adalah Untuk Yang Belum Dapat Janji Temu Selepas 1 Ogos | Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini memaklumkan, inisiatif walk-in yang akan dilakukan di Selangor dan Kuala Lumpur adalah bagi mereka yang tercicir atau belum mendapat janji temu vaksin selepas 1 Ogos. Inisiatif ini tidak boleh digunakan bagi golongan yang sudah terima atau diberi janji temu masing-masing. Contoh golongan yang belum mendapat janji temu adalah individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan. Selain itu, dalam kenyataan media tersebut CITF memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi inisiatif walk-in ini akan dikemaskini dan…

Read More

Tular Video Pemuda Jual Durian Sebiji RM 500, Menteri Sumber Manusia Call Cakap Nak Beli | Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter mengenai seorang lelaki yang ingin menjual durian kampung miliknya dengan harga RM 500 sebiji. Apa yang melucukan adalah kerana duriannya tidak jatuh ke tanah, sebaliknya ia jatuh ke atas cermin belakang kereta sehingga berlaku kerosakan terhadap keretanya. Tanpa disangka, video yang berbaur melawak itu mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan. https://twitter.com/fadmnf/status/1416624670414041089?s=20 “Durian Runtuh!…” Pemuda yang dikenali sebagai Wan Mahussin itu amat terkejut kerana mendapat panggilan dari Menteri tersebut yang ingin meminta nombor akaunnya untuk menampung…

Read More

“Sedikit Tatap Untuk Ubat Kerinduan…” Terpilih Untuk Mengerjakan Haji Pada Tahun Ini, Pemuda Kongsi Gambar & Video Di Tanah Suci | Khalifah Media Networks – Kerajaan Arab Saudi telahpun mengumumkan hanya 60,000 jemaah sahaja yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Daripada jumlah itu, kerajaan Arab Saudi juga hanya menetapkan cuma penduduk tempatan dan orang luar yang menetap di negara itu dibenarkan untuk menunaikan haji. Ahmad Najhan merupakan salah seorang jemaah yang terpilih daripada 60,000 tersebut. Beliau yang merupakan seorang jururawat di Hospital Pakar King Faisal, Jeddah berasa terharu dan gembira kerana berpeluang untuk menjadi tetamu Allah pada tahun…

Read More

Nak Masuk Kelantan, Perlu Ada Surat Keputusan Ujian Calitan Yang Dilakukan Dalam Tempoh 72 Jam – Timbalan MB Kelantan | Jangan pulang ke Kelantan, sebaliknya ambil iktibar kejadian berlaku pada Aidilfitri pada Mei lalu apabila negeri itu mencatat lonjakan kes Covid-19 hingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Peringatan oleh kerajaan negeri dan polis Kelantan itu dituju khas kepada rakyatnya yang tinggal merantau di negeri lain dan berhajat untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha, Selasa ini. “Kita minta kerjasama semua perantau supaya tidak pulang ke kampung. Bukan tidak suka mereka pulang, sebaliknya mahu semua pihak mengambil iktibar selepas…

Read More