Bekas ketua hal ehwal pasukan polis Indonesia dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah merancang pembunuhan pengawal peribadinya pada 8 Julai tahun lalu. Tertuduh, 50, juga didapati bersalah kerana menghalang keadilan dengan mengarahkan supaya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipadamkan, kata ketua panel hakim Wahyu Iman Santoso. Beliau berkata bekas jeneral itu didapati bersalah dan mahkamah mendapati tindakannya telah mencemarkan imej pasukan polis. Tindakan tertuduh telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat awam dan sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, kata Wahyu dalam penghakiman yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan hari ini. Mahkamah Daerah Jakarta Selatan juga menolak…
Author: Syifa' Syakinah
Berebut wanita dipercayai motif pembunuhan lelaki yang mayatnya ditemui terapung di tasik belakang Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya semalam. Susulan penemuan itu, polis menahan tiga lelaki warga India berusia 23 hingga 52 tahun secara berasingan, semalam dan awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, suspek yang ditahan bekerja di pusat mencuci kereta di Kampung Sri Aman, Puchong. Katanya, dua daripada mereka diberkas pada 8 malam di hadapan rumah TNB di Kampung Sri Aman, manakala suspek ketiga yang berusia 52 tahun ditahan pada 2.30 pagi tadi di Taman Puchong Prima. Menurutnya, pihaknya turut merampas…
Kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, simpanan KWSP itu adalah perkara yang penting bagi mengelakkan rakyat ditimpa kesusahan apabila tiba masa bersara kelak. “KWSP kita telah jelaskan… dulu kita minta dikeluarkan banyak. Jadi yang tinggal RM10,000 atau RM5,000, yang nak keluarkan itu kena fikir apa pilihan kita. “Kalau nak keluar RM5,000 (contohnya) pencen empat tahun lagi apa nak jadi? Jadi saya ingat liputan itu mesti adil supaya kita tahu bahawa kalau ikut wang dia, biar dia keluarlah. Tapi kalau wang…
Seorang lelaki sanggup menipu penguat kuasa dengan mendakwa dia merupakan pengusaha kebun buah bagi mengelak identitinya sebagai penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) terbongkar selepas dicekup berkhalwat, di sini, malam semalam. Pasangan masing-masing berusia 24 tahun itu dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu serbuan di sebuah hotel di pusat bandar Melaka kira-kira pukul 12 tengah malam semalam. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil maklumat awam, pasangan itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan. “Ketika disoal siasat, lelaki itu cuba berdolak-dalik dengan mendakwa dia bekerja sebagai pengusaha kebun buah…
Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan berbalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg oren ditemui di dalam kotak sampah di hadapan rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, mayat yang berkulit cerah itu ditemui pekerja pengutip sampah, 9.30 pagi tadi. Menurutnya, anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan Mers 999 dimaklumkan berlaku kes pembuangan bayi pada 10.05 pagi. “Mayat bayi akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat. “Siasatan masih diteruskan dan pihak polis mengalu-alukan jika ada sebarang maklumat mengenai…
Polis Bentong tidak pilih kasih serta tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan dalam menguatkuasakan undang-undang. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya akan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira status seseorang. Beliau mengulas gambar sebuah kenderaan yang dipercayai milik Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang yang menyalahi peraturan seperti yang tular dalam Facebook Kami Penduduk Bentong (Official) semalam. Seorang netizen, Iskandar Azeez Muhammad memuat naik gambar kenderaan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenai perkara itu. Zaiham berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Bentong akan mengambil tindakan sewajarnya atas kesalahan itu. “Gambar itu menunjukkan…
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud menggegarkan tenggara Turkiye pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) yang mengorbankan lebih 900 orang di Syria dan Turkiye ketika penduduk sedang lena tidur. Puluhan bangunan dilaporkan runtuh termasuk kompleks-kompleks kerajaan. Gegaran dikatakan turut dirasai sejauh pulau Cyprus, Lubnan, Mesir dan Iraq. Menurut pakar, mereka telah lama memberikan amaran bahawa gempa bumi dahsyat boleh memusnahkan ibu negara itu susulan pelbagai pembangunan tanpa langkah keselamatan. Laman Facebook MatGeo juga turut mengulas isu ini susulan seorang lelaki telah memberi gambaran awal mengenai bencana yang terjadi pada ketika ini. Akan tetapi, lelaki tersebut telah dituduh…
Lelaki yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Batu 7, Jalan Sanglang di sini, semalam, sempat menjerit meminta tolong dalam keadaan terkapai-kapai sebelum tenggelam. Dalam kejadian itu, mangsa, Khairul Azuar Mohd Saud, 41, yang juga seorang guru itu dipercayai pergi ke sungai berkenaan bersama rakannya untuk menjala ikan. Ketika kejadian, rakan cuba membantu mencari mangsa tapi gagal disebabkan air keruh serta kedalaman sungai itu melebihi dua meter. Berikutan itu, rakannya itu meminta bantuan orang awam untuk membantu mencari mangsa sebelum mayatnya ditemukan dengan bantuan bomba. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada MERS…
Lelaki yang tular memukul wanita di hadapan sebuah kedai makan pada Khamis lalu, akhirnya ditangkap di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan jam 2.30 petang semalam. Katanya, suspek yang berkerja sendiri mengaku memukul wanita terbabit yang juga isterinya kerana berlaku perselisihan faham. “Hasil pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah, namun ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine. “Siasatan mendapati wanita berusia 35 tahun itu adalah isteri kepada suspek. “Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak…
Dua kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia setahun lima bulan parah selepas kenderaan dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki mabuk di kilometer 57 Jalan Batu Pahat – Mersing lewat petang semalam. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Md Noh berkata, mangsa dikenali sebagai Nur Hana Humaira, parah di kepala, mengalami pendarahan otak selain cedera di tulang pinggul manakala kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, turut parah di kepala, mengalami pendarahan di otak dan bengkak tulang rahang. Menurutnya, keduanya masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom manakala bapanya yang juga pemandu dan ibu mereka cedera…