Imam Masjid ‘Dipukau’ Bakal Menantu, Rugi Lebih RM 50,000 | Khalifah Media Network – Imam masjid rugi lebih RM50,000 selepas ditipu seorang lelaki yang juga bakal menantunya sejak Jun hingga pertengahan September lalu. Berikutan itu, imam berusia 65 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok pada 14 September lalu untuk tindakan lanjut. Imam berkenaan dikatakan mengenali lelaki berusia 36 tahun itu pada Jun lalu menerusi anak perempuannya yang berusia 28 tahun. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, bakal menantunya mendakwa mempunyai perniagaan emas dan kambing perap. Serta beberapa kali meminta wang untuk dijadikan modal daripada…
Author: Syifa' Syakinah
Dituduh Jadi Pengasas & Pemilik Telegram Channel Dalam Penyebaran Video Lucah, Firdaus Wong Buat Laporan Polis | Khalifah Media Network – Menerusi satu hantaran di laman Facebook, pendakwah bebas iaitu Ustaz Firdaus Wong Wai Hung tampil memberitahu bahawa beliau sudah membuat laporan polis berikutan dia didakwa dalam memiliki satu Telegram channel dan menyebarkan video serta gambar lucah. “Saya dituduh dan menafikan fitnah tersebut…” Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas & pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya MENAFIKAN FITNAH TERSEBUT! Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong. Malah…
Seolah-olah Ada Akal, Apa Yang Anjing Ni Buat Untuk Tuannya Buat Ramai Kagum. Ada VIDEO | Anjing adalah sejenis haiwan peliharaan yang sangat terkenal dengan sifat kesetiaan serta keterujaannya. Tak hanya itu, anjing juga dikatakan antara haiwan yang pintar dan patuh kepada arahan sekiranya dilatih. Seperti yang ditunjukkan dalam satu video tular di Twitter ini. Video tersebut dikongsikan menerusi akaun Twitter bernama @se_lancelot. Dalam video itu tampak bahawa seorang lelaki sedang menolak kereta sorong sambil ditemani anjingnya yang sedang bersantai di sebelahnya. Pada satu ketika, kereta sorong yang ditolak lelaki tersebut tidak dapat bergerak mungkin kerana muatannya terlalu berat atau…
Hanya Kurang Empat Peratus Sahaja Lagi Yang Diperlukan Untuk Benarkan Rentas Negeri – KJ | Kadar vaksinasi negara terus mencatatkan peningkatan dengan 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka. Dengan perkembangan memberangsangkan itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus bertanggungjawab terhadap kawalan kendiri. Menerusi perkongsian di Twitternya, Khairy menjelaskan, hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri. https://twitter.com/Khairykj/status/1444117541060636681?s=20 “Dengan lebih banyak kelonggaran yang diberikan, pastinya aktiviti berkumpulan akan dilakukan. Sehubungan itu, setiap rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing. “Mereka yang mengalami simptom perlu segera mendapat dan melakukan ujian saringan melalui kit kendiri.…
(Video) Kebakaran Di Bentong, Hampir 30 Rumah Dan Kedai Musnah |Kira-kira 20 buah rumah dan 10 kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Baru Karak di sini semalam. Bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi sama ada terdapat mangsa yang cedera atau terkorban dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 9.30 malam itu. Difahamkan deretan rumah di lorong satu, dua dan tiga di penempatan kampung baru Cina berkenaan musnah akibat api yang marak begitu cepat. Sehingga pukul 12 tengah malam semalam pasukan bomba masih berusaha memadamkkan kebakaran dengan melakukan tumpuan di lorong empat dan bahagian premis kedai di hadapan jalan besar bagi mengelakkan…
Mayat Lelaki Rentung Dijumpai Dalam Kereta Yang Terbakar | Satu mayat rentung ditemui dalam sebuah kereta yang terbakar di ladang kelapa sawit Kampung Perepat dekat sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan satu mayat dalam keadaan rentung sekitar jam 10 pagi. Katanya, pasukan kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapat bantuan Unit Forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) polis serta Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor. “Siasatan awal mendapati kereta yang hangus itu jenis Perodua Kancil dan terdapat satu mayat di tempat duduk…
Polis Temui Mayat Wanita Meninggal Lebih 5 Hari, Anak OKU Sebelah Jasad Ibu | Misteri bau busuk di sebuah rumah yang dihuni dua beranak di Kampung Berjaya, Kuala Pegang di sini, semalam terjawab apabila polis menemui mayat seorang wanita. Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, wanita itu dikenali sebagai Rusnah Abu Hadan, 61, dan dipercayai meninggal dunia lebih lima hari lalu. “Kami turut menemui anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU), Tengku Rose Mawar Tengku Saiful Munir yang berusia 21 tahun dalam keadaan lemah di sebelah jasadnya. “Punca kematian belum dapat dipastikan dan Tengku Rose Mawar sudah dibawa…
Tular Remaja Pengsan Lepas Dapat Vaksin. Ini Respon Ibu Remaja Tersebut | “Banyak cerita bukan-bukan yang muncul mengenai anak saya. Saya minta tolong hentikanlah sebar berita tidak benar itu kerana anak saya sihat, tiada apa-apa pun,” kata Ulfah Amat Idris, ibu kepada pelajar yang pengsan selepas menerima vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang, di sini, semalam. Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan ada reka cerita anaknya, Muhammad Azim Hassan, 13, sudah meninggal dunia. “Saya kecewa dengan penyebaran video berkenaan, ditambah pula membuat cerita yang salah serta bercanggah dengan apa yang berlaku. “Ada yang mendakwa anak bongsu…
“Allah Lebih Menyayanginya…” Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia | Isnin lalu, penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad merai penuh kesyukuran kehadiran cahaya mata lelaki Khairul Afnan. Kegembiraan tidak mampu dibendung mereka kerana pasangan itu menunggu selama sedekad untuk menimang cahaya mata sulung. View this post on Instagram A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat) Namun, sejam lalu, Azmi mengumumkan, bayi yang lahir dengan berat 3.3 kilogram itu sudah dijemput oleh Yang Maha Esa. “Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya…” itu nota pengumuman yang ditulis di akaun Instagramnya. Berita duka yang…
Menantu Tetak Kepala Bapa Mertua Dengan Parang, Bergaduh Sebab Tebang Pokok Pinang | Kerana pokok pinang, seorang lelaki bertindak menyerang dan melukai bapa mertuanya sendiri. Kejadian dilaporkan berlaku di wilayah Tambang, Indonesia 26 September lalu. Menurut laporan Tribunnews, mangsa yang berusia 72 tahun awalnya datang ke rumah menantunya (pelaku) sekitar jam 7.50 malam waktu tempatan, sekadar ingin bertanya perihal pokok pinangnya yang ditebang pelaku. Tersinggung dengan pertanyaan tersebut, pelaku mula beradu mulut dengan mertuanya sehingga gagal mengendalikan emosi. Pelaku kemudian mengamuk dan bertindak mengambil sebilah parang di biliknya untuk menyerang bapa mertuanya. Menurut ketua polis daerah Tambang, Inspektor Mardani Tohenes,…