Ayam Goreng Kunyit Crispy| Assalammualaikum. Siapa yang suka makan ayam goreng kunyit boleh cuba ikut resepi ni. Tapinya ayam goreng kali ini kita buat kelainan sikit, kita buat ayam rasa sedikit pedas dan crispy. Resepi Ayam Goreng Kunyit Crispy ni kalau anda buat hidang untuk anak-anak mesti dorang suka. Sesuai makan waktu bila-bila sahaja. Jom kita tengok resepi masakan daripada khairulaming.
Bahan-bahan Buat Ayam Goreng Kunyit Crispy:
- ½ ekor ayam
- Garam
- ¾ sudu serbuk kunyit
- ½ sudu serbuk cili
- 1 sudu tepung beras
Cara-cara Masak Ayam Goreng Kunyit Crispy:
- Basuh bersih-bersih ayam.
- Masukkan ayam dalam bekas
- Kemudian, tambahkan sedikit garam
- Masukkan ¾ sudu serbuk kunyit dan ½ sudu serbuk cili
- Tambahkan 1 sudu tepung beras.
- Gaulkan semua bahan-bahan tadi sehingga rata
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng ayam sehingga teksturnya menjadi garing
- Daaa siap, angkat… hidangkan panas-panas. Sedapnya ratah macam tu jer ayam.
Terliurnya tengok resepi Ayam Goreng Kunyit Cripsy ni kan. Anda yang nak cuba buat resepi ni, bolehlah tengok video masakan daripada khairulaming dibawah ni .. selamat mencuba!
Video Masakan:
Kredit : Instagram khairulaming