Bukan Drama TV3 | Nama manjaku Baby. Aku dilahir dan dibesarkan oleh family yang berada. Sejak kecil aku tak pernah angkat tangan buat kerja rumah sebab semuanya pembantu rumah yang buat.

Pertama kali aku pegang penyapu ialah waktu darjah 3. Tu pun sebab kelas
aku ada jadual kerja harian. Aku sampai ditertawakan oleh kawan-kawan
sebab tak tahu nak guna penyapu.

Masuk darjah 6, kebanyakan kawan perempuan tahu masak nasi, cuma aku
yang masih terbelakang.

Peristiwa pahit bila jadi anak berada ni ialah bila kita buat salah,
satu sekolah akan tahu. Satu hari tu kereta mak rosak dan mak terpaksa
panggil teksi untuk jemput aku di sekolah.

Zaman tu takda lagi grab ke apa. Dan mak aku sangat malu bila terpaksa
naik teksi. Tapi sebab aku lama di tandas, aku pun keluar lambat ke
pagar. Sekali sampai dekat mak, “PANG!!”.

Sebijik penampar padu hinggap kat muka aku. Satu sekolah jadi saksi. Aku
pun tercengang “besar sangat ka salah aku pi tandas sampai kena penampar
macam ni?”.

Tapi lama-lama baru aku terfikir yang mungkin mak marah sebab dia malu
kalau orang nampak dia naik teksi. Tu dia lepas kat aku. In the end,
tersebar la kisah aku kena pelempang ke seluruh sekolah.

Lagi kisah jadi anak berada ni, biar mak ayah buat anak jangan orang
lain buat anak. Aku pernah kena tampar dengan guru disiplin sebab aku
dituduh tinggal air basi dalam kelas.

Aku pun bukan jenis anak yang suka mengadu. Aku diamkan isu ni sebab aku
taknak besarkan masalah dan waktu tu aku masih kecil lagi.

Entah macam mana mak ayah tahu isu aku kena tampar dan diaorang terus
serang pengetua. Lagi sekali aku jadi famous di sekolah. Tersebar cerita
mak bapak kaya pantang anak disentuh.

Yang aku pelik bila aku nakal kat rumah, elok ja mak ayah tibai aku
dengan rotan, tali pinggang bagai. Ni cikgu nak sentuh pun tak bagi.

Semakin aku besar, semakin hidup aku dikawal. Kat mana aku nak sekolah,
kat mana aku nak sambung degree, kat mana aku nak bekerja. Sampai mak
ayah tak bagi aku rentas negeri sebab tak nak berjauhan dari aku.

Sejak aku masuk ipt, baru aku belajar nak urus baju, nak kemas, nak
masak. Ilmu yang susah nak dapat di rumah.

Lepas tamat degree, aku menganggur seminggu sebelum jadi cashier di
sebuah premis sebab transkrip degree tak keluar lagi.

Aku jenis yang menitik beratkan soal kebersihan. Kalau takda pelanggan,
aku suka mengemas, menyapu. Sampai timbul benjol kat tapak tangan sebab
kerap pegang penyapu.

Kebetulan mak ayah aku datang skodeng aku di tempat kerja. Betapa
luluhnya hati mak ayah bila anak yang dibesarkan dalam serba kemewahan
pegang penyapu. Hatta kat rumah sendiri pun tak pernah menyapu, kat
tempat kerja kena buat benda macam ni. Tapi aku okey ja.

Waktu kat u, macam-macam kerja aku buat sebab tak nak bergantung pada
duit mak ayah. Termasuk la jadi cikgu, cashier, waiter, pembantu
pejabat, tutor dan kerani akaun.

Banyak kali dah mak ayah suruh aku berhenti. Satu sebab bagi mereka
kerja ni tak setataf level pendidikan aku. Kedua sebab aku kena kerja
sampai lewat malam. Ketiga sebab mereka nak aku ambil alih perniagaan
mereka.

“Papa/ mama dah tua. Sapa lagi nak jadi pewaris syarikat kalau bukan
Baby? Takkan nak biar syarikat lingkup?” Aku ingatkan kat drama tv3 ja
mak bapak paksa anak ambil alih perniagaan mereka. Rupa-rupanya dalam
dunia sebenar pun ada.

Tapi aku taknak sebab aku nak dapat duit dengan usaha aku sendiri bukan
dengan menumpang harta mak bapak. Kedua sebab impian aku nak jadi ahli
akademik bukan ahli perniagaan. Ketiga sebab aku nak keluar dari comfort
zone.

Kalau aku ambil alih perniagaan mak ayah, autom4tik aku kena tinggal
dekat dengan mereka sampai la aku kahwin dan beranak pinak. Buktinya mak
ayah sendiri suruh aku pilih suami dari daerah yang sama.

Dan perkara yang paling sedih sebab jadi anak berada ni ialah takda
lelaki yang berani nak dekat dengan aku. Setiap kali lelaki nak
berkenalan dengan aku, mereka akan tanya aku tentang latar belakang
keluarga, pendidikan, pekerjaan.

Aku pun jujur yang keluarga aku agak senang dan aku plan nak sambung
belajar sampai PhD sebab aku nak jadi professor.

Dengar benda ni, terus diaorang lari dengan alasan darjat dan level aku
lagi tinggi daripada diaorang. Kebanyakan daripada mereka hanya orang
kampung dan berpendidikan diploma. Aku redha aku ditinggalkan.

Aku tertanya, sejauh mana wanita yang terbiasa hidup mewah mampu hidup
susah dengan lelaki kampung? Aku takut kisah hidup aku jadi macam Lisa
dalam Cari Aku Di Syurga.

Mak ayah selalu pesan biar lelaki lebih dari kita jangan kita lebih dari
lelaki. Sebab lelaki ni ada ego dan maruah yang perlu dijaga. Kalau
perempuan tu lebih daripada diaorang, diaorang akan rasa tercabar.

Sebab tu mak ayah letak syarat mereka nak menantu yang sekufu dari segi
pendapatan dan pendidikan. Aduh.. lagi la susah aku nak cari jodoh.
Kalau tak cari nanti mak ayah bising nak cucu.

Aku pernah dengar lecturer kata perempuan sebelum sambung master kena
ada tunang dan sebelum sambung phd kena ada suami otherwise mereka akan
jadi anak dara tua.

Nampak macam mengarutkan tapi katanya sebab makin tinggi level
pendidikan wanita, makin sedikit lelaki yang boleh dicari sebab
kebanyakkan yang sambung master/ phd dah ada tunang/ istri dan kedua
sebab lelaki takut pada wanita yang lebih berpendidikan.

So apa yang aku nak simpulkan dari confession aku ni,

1) Patutkah aku korbankan impian aku untuk jadi ahli akademik dengan
menjadi mak turut dan ambil alih perniagaan keluarga?

2) Patutkah aku cari lelaki yang selevel dengan aku untuk memuaskan hati
mak ayah? Dan macam mana?

– Baby (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply