Coffee Bread Ala-ala Roti Boy| Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga beroleh ketenangan kasih sayang keberkatan dan belas kasihan juga semoga mendapat berkat dari Allah S.W.T. Baiklah entri kali ini kita cuba resepi roti pula yea. Resepi yang saya nak sharekan kepada semua adalah resepi roti kopi macam dekat kedai Roti Boy tu. Sedapkan? Sapa sahaja yang datang membeli mesti akan suka dengan kenikmatan roti boy. Jadi Kali ini kita buat sendiri je tau. Puas hati tau kalau kita buat sendiri. Sebenarnya banyak lagi perisa lain tapi kali ini saya nak share dahulu roti kopi ini kerana ianya cukup mudah. Jadi marilah kita mulakan dengan resepi ini.
== Bahan-bahan ==
Bahan roti
290 gram tepung roti
35 gram butter
1/2 tbsp bread improver
2 tbsp gula kastor
1 biji telur
165 ml susu segar suam
11 gram yis
Salted butter
Bahan topping
1 paket instant coffee
1 tbsp air panas
50 gram unsalted butter
50 gram gula kastor
1 biji telur
50 gram tepung kek
== Cara-cara ==
Campurkan susu segar suam bersama yis. Biarkan 10 minit
Dalam bowl bersih, campurkan kesemua bahan roti kecuali telur, gaul rata.
Apabila yis sudah kembang, satukan dengan bahan kering tadi bersama telur. Uli hingga doh menjadi elastik.
Perapkan doh selama 30 minit. Kemudian uli kembali doh selama 5 minit. Perapkan doh lagi 30 minit.
Apabila doh sudah kembang, ulikan doh seketika. Kemudian bulat-bulat kan doh mengikut saiz yang anda suka
Isikan butter di tengah doh yang sudah dibulatkan tadi. Biar hingga kembang.
Sementara itu, siapkan bahan untuk topping.
Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan bahan lain. Pukul lagi hingga rata.
Dalam bekas bersih, satukan instant coffee bersama air. Kemudian satukan dengan adunan topping tadi. Kacau rata.
Paipkan topping di atas roti yg sudah kembang. Bakar suhu 160 selama 20 minit. Sedia dihidang.
Kredit : Seminit Resepi
Haa, macam mana? Roti yang crispy di luar namun lembut didalam ini pastinya membuatkan kira terasa nak makan lagi roti tu kan. Jadi apa tunggu lagi marilah kita buat. Selamat mencuba ya.