Resepi Brownies Pod

| June 14, 2020 | 0 Comments

Resepi Brownies Pod | Selalu kalau brownies ni ramai yang suka jenis brownies kedut atau fudgy. Kali ni lain sikit. Kita buat brownies pod. Resepinya sangat mudah. Rasanya pun sedap. Jom tengok resepi. Nanti kalau jadi, boleh lah repeat.

 

Bahan-bahan pod:

110 gram unsalted butter

250 gram tepung gandum

1 biji telur

120 gram gula

1/2 tsp soda

1/8 tsp cinnamon

1/8 tsp nutmeg

Sedikit garam

 

Bahan-bahan brownies:

100 gram coklat

35 gram unsalted butter

40 gram gula perang

1 biji telur

25 gram tepung

1/2 tsp baking powder

7 gram koko

Esen vanila

Kepingan badam

 

Cara Membuatnya:

Langkah 1

Untuk membuat cookies pod, pukul butter dan gula hingga sebati, kemudian masukkan telur dan kacau rata.

Langkah 2

Masukkan bahan-bahan lain dan kacau hingga sebati.

Langkah 3

Ambil sedikit adunan dan masukkan kedalam loyang muffin yang kecil.

Langkah 4

Tekan adunan hingga menjadi seperti pod. Rehatkan adunan sebentar.

Langkah 5

Untuk membuat brownies, cairkan coklat dan butter ke dalam microwave selama 50 saat.

Langkah 6

Dalam bekas yang lain, pukul telur dan gula perang hingga sebati.

Langkah 7

Satukan adunan telur dan coklat. Masukkan tepung, koko, esen vanila, nutmeg dan cinnamon. Kacau rata.

Langkah 8

Masukkan adunan brownies kedalam pod yang kita buat tadi.

 Langkah 9

Taburkan kepingan badam sebagai hiasan. Bakar suhu 160 selama 20 minit. Sedia dihidang.

Kredit: Seminit Resepi

Ha, Senang kan langkah-langkah dia? Lepas ni bolehlah cuba buat. Hari Raya Haji kan dah nak dekat. Boleh lah buat menu untuk hidangan tetamu nanti. Sekarang kan dah boleh rentas negeri, mesti meriah punya nanti. Apa-apa pun, Selamat mencuba.

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *