Oden Ala-ala Family Mart Viral

| June 14, 2020 | 0 Comments

Oden Ala-ala Family Mart Viral| Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Sihat tak semua? Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat dan banyakkan minum air putih yea. Anak-anak bila dengar ke oden mesti melonjak dah nak makan kan. Bagi ibu-ibu yang tidak tahu apa itu oden? Haa, baiklah oden ini adalah steamboat dari Korea. Kuah macam tomyam tapi lain sikit. Ha, nak cuba tak? Kalau nak cuba resepi ini jumkita mulakan. Mesti sedap punyalah. Satu family mesti nak tambah-menambah punyalah.

Bahan-bahan:
1.5 liter Air
2 Sudu Besar Pes Asam Pedas
1 Sudu Besar Pes Tomyam
1 Kiub Pati Ayam

Bahan-bahan Oden:
– Scallop Seafood Tofu
– Lobster Ball
– Cheese Fish Ball
– King Crab Chunk

Cara membuat:
1. Didihkan Air
2. Masukkan pes asam pedas, pes tomyam & kiub pati ayam
3. Kacau rata & perasakan ikut citarasa anda
4. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk.
5. Masak sehingga mendidih.
6. Sedia untuk dinikmati

Kredit: Resepi iCookAsia

Haa, macam mana best tak?? Mesti sedap punyalah. Jom kita mulakan resepi ini.

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *