Resepi Telur Dadar Orang Kaya| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat yea. Sama-sama kita jaga kesihatan tau. Jangan lupa #KitaJagakita #SataySafe #StayHealty. okay baiklah entri kali ini saya nak kongsikan kepada anda semua satu resepi. Ini resepi cukup mudah je iaitu resepi telur dadar je. Tapi telur dadar yang saya nak kongsikan kepada anda semua bukan telur dadar biasa je tau. Ni telur dadar versi orang kaya tau. Haa, bosan la asyik telur dadar kosong je kan. Jadi kita tambah bahan-bahan terbaik yang membuatkan ia unik dan sedap. Resepi ini cukup lah senang budak-budak pun boleh buat skali. Ha tanpa membuang masa, jom kita mulakan resepi ini.
Bahan-bahan A:
10 biji Telur
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
6 sudu besar Keju parmesan
Bahan-bahan B:
200 g Isi ayam, dipotong dadu
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
20 g Mentega
200 g Kentang, dipotong memanjang
50 g Bawang kuning, dihiris
3 biji Cendawan butang, dihiris
50 g Bayam muda
15 biji Tomato ceri, dibelah dua
Cara menyediakan:
1. Campurgaulkan bahan-bahan (A) sehingga sebati.
2. Perapkan isi ayam bersama 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
3. Cairkan mentega, kacau goreng ayam sehingga separuh masak.
4. Masukkan kentang, kacau goreng sehingga sedikit keperangan.
5. Masukkan bawang kuning, cendawan butang, bayam dan tomato ceri. Kacau sekata.
6. Perasakan dengan 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
7. Tuangkan bancuhan (A) dan ratakan.
8. Dengan api perlahan, biarkan sehingga telur ¾ masak.
9. Telangkupkan pinggan di atas telur dan terbalikkan.
10. Alihkan telur semula di dalam kuali dan biarkan ia masak sepenuhnya.
11. Sedia untuk dihidang.
Tips: AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa boleh dijadikan sebagai toping.
Kredit: Resepi iCookAsia
Haa, macam mana? Rasa lagi berselerakan nak makan telur? Resepi telur ini anda juga boleh makan bersama seisi keluarga kerana portion telur ini boleh makan sehingga 6 orang. Jadi marilah kita mulakan resepi ini.