Dituduh Jadi Pengasas & Pemilik Telegram Channel Dalam Penyebaran Video Lucah, Firdaus Wong Buat Laporan Polis | Khalifah Media Network – Menerusi satu hantaran di laman Facebook, pendakwah bebas iaitu Ustaz Firdaus Wong Wai Hung tampil memberitahu bahawa beliau sudah membuat laporan polis berikutan dia didakwa dalam memiliki satu Telegram channel dan menyebarkan video serta gambar lucah.
“Saya dituduh dan menafikan fitnah tersebut…“
Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas & pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya MENAFIKAN FITNAH TERSEBUT!
Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong. Malah menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video & gambar lucah.
Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.
Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari. Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.
Terdahulu, Firdaus bersumpah atas nama Allah yang beliau tidak mempunyai masalah peribadi atau menyimpan hasad dengki dengan pendakwah ini. Pendakwah ini sedang disiasat berhubung kes video dan mesej lucah.
Sumber : Firdaus Wong Wai Hung
Tanda Besar Hari Kiamat . Bencana Asap Ad Dukhan | Khalifah Media Network – Umat Islam harus mengetahui tanda-tanda kiamat akhir zaman kerana ia merupakan suatu peristiwa paling menakutkan bagi seluruh makhluk hidup di alam semesta. Hal ini demikian kerana, seluruh alam semesta beserta isinya akan hancur lebur. Bahkan tanpa sisa ketika kiamat tiba sehinggakan tiada lagi kehidupan di alam semesta.
Kiamat merupakan hari akhir yang dipercaya oleh umat islam. Hari kiamat atau hari penghakiman adalah ketika di mana semua orang akan berkumpul dan orang-orang mati dibangkitkan yang mana akan dipisahkan pelaku baik dan jahat serta akan mendapatkan penebusan perbuatannya masing-masing.
Baca selanjutnya Di Sini…