Isteri Yang Tersakiti | Hai semua. Aku gelarkan myself sebagai Hana (bukan nama sebenar). I don’t know how and where to start the story tapi takpe aku akan cuba ceritakan confession ini dengan sebaiknya dan aku berharap confession ini disiarkan untuk pengajaran semua termasuk aku.
Aku merupakan seorang isteri bekerjaya (senior exec di sebuah syarikat
oil & gas) berusia 34 tahun dan mempunyai seorang anak.
Suamiku merupakan seorang manager di sebuah syarikat oil & gas kepunyaan
negara (rasanya semua tahu kot). Usia perkawinan kami menjangkau 9 tahun
pada tahun ni.
Pada mata kasar dan pada pandangan keluarga aku termasuk keluarganya dan
jugak kawan-kawan kami, kami berdua adalah pasangan bahagia dan kerap
menunjukkan kebahagiaan itu di laman sosial seperti Instagram / Facebook.
Tapi betul lah orang kata, disebalik bahagia pasti ada terselit duka dan
duka itu aku alaminya sejak awal tahun lepas (2019).
Oh ya sebelum terlupa, I came from a good family background tapi dugaan
berlaku di hujung-hujung ketika aku melahirkan anak tunggal ku, ayahku memilih
untuk menduakan mak dan berkahwin secara senyap.
Hingga ke hari ini hanya aku dan adik mengetahui mengenai perkahwinan
kedua ini tapi merahsiakan daripada mak demi menjaga hatinya.
Dari saat itu hati aku remuk memandangkan aku memandang tinggi ayah
sebagai ketua keluarga yang dihormati dan sehinggakan aku set suami
pilihan aku harus seperti ayah.
Bila terjadi seperti itu, aku hanya tinggal suami ku untuk menjadi
satu-satunya lelaki yang dipercayai dan diharapkan untuk kekal setia dan
menjadi suami mithali untuk keluarga kecil kami.
Malangnya semua tanggapan itu meleset. Semuanya bermula pada awal tahun
lepas apabila secara tiba-tiba aku mengalami gangguan period dan upon
checking with specialist.
Aku disahkan mempunyai cyst yang kecil di ovari dan memerlukan minor
laparoscopy to remove. I was admitted to the hospital dan sepanjang
berada di hospital, suami menjaga dengan baik dan tiada apa-apa yang
ganjil padanya.
Sepulangnya aku dari hospital pada hari keesokannya, kami keluar makan
malam bersama seperti biasa dan apabila pulang, while waiting for the lift.
Tanpa disengajakan, anak ku yang selalu bermain games di handphone suami
telah memberikan phone itu kepada aku untuk dipegang sementara suami
sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta.
From that moment, berbagai notifications telah appear di phone suami
especially dari laman social seperti Wechat, Tinder and etc.
Berderau darah aku apabila aku click di bahagian chat ada berbagai-bagai
chat di dalam, mostly flirting chat, Aku bingung dan terus menangis
semahu mahunya di dalam toilet rumah selepas confront dengan suami untuk
jelaskan apa yang aku lihat tadi.
He explains that all these cuma suka-suka sahaja since aku kurang
melayani kehendak batinnya dan semua ini dilakukannya pada lewat malam
sambil menyiapkan kerja / research paper ketika aku sudah tidur bersama
anak.
Aku jadi confuse and bertambah bingung since apa maksud nya sebagai
kurang sedangkan sebagai isteri berkerjaya, aku masih melayani
kehendaknya almost every day walaupun ada sehari dua aku knock down
early sebab letih dengan kerja ofis.
Masihkah aku dianggap kurang melayani sehingga memilih untuk flirting chat?
Selain dari flirting chat, aku mula menjadi penyiasat tegar di mana
sebelum ni aku begitu jujur dan setia tidak spot check langsung
handphone suami demi 100% percaya.
Aku mula menceroboh email nya, WhatsApp web demi mencari bukti walaupun
in the end, bukti itu hanya meremukkan lagi hati aku.
Ada setengah chat yang aku jumpa untuk request girl for massage in which
bila aku confront again, he told me “oh pergi massage saja-saja sebab dia
urut best.. takda request lebih pun. Lagipun kawan yang recommend”.
Apakah perasaan isteri yang lain sekiranya ini jawapan suami anda? Aku
sukar mempercayai untuk sekadar massage tanpa lebih -lebih knowing the
nature of the business.
Sehinggakan aku pernah pergi sendiri ke tempat massage yang dikantoikan
dan request sendiri girl yang suami pernah request untuk massage, tahu
apa jawapan owner tempat massage tersebut?
“Sorry.. sorry.. sini takde massage untuk perempuan!” and terus menutup
pintu. Aku sempat menjeling ke dalam dan memang suasana sangat gloomy
and dark and semua pelanggannya memang lelaki.
Air mata aku berjurai dengan lajunya sambil menuruni tangga, sambil
merasa kejamnya Tuhan pada aku menurunkan ujian sebegini di saat aku
memilih untuk setia tanpa curang kepada suami dari hari pertama
perkahwinan kami sehingga ke saat itu.
Hari hari yang berlalu sememangnya memberi tamparan hebat kepada aku dan
aku menjadi paranoid.
Setiap tingkah laku suami mula menjadi perhatian aku sehinggakan jika
suami stay up lewat malam menyiapkan kerja / research paper (suami ku
juga masih belajar untuk phD).
Aku akan jadi cuak dan berdebar-debar mengenangkan adakah suami akan
flirting chat seperti dulu. Sungguh trauma tu membuatkan aku tak
nyenyak tidur dan ini berlarutan untuk beberapa bulan.
Aku umpama penyiasat persendirian yang akan check aktiviti suami setiap
hari dan sesungguhnya semua tindakan aku ini akhirnya memakan diri sendiri.
Aku disahkan mengalami anxiety disorder dan memerlukan khidmat
kaunseling psikiatri (tanpa mengambil ubat) untuk menenangkan diri.
Di hadapan Dr Psikiatri aku menangis semahu mahunya tanpa dia
bertanyakan apa-apa soalan. It was such a relief walaupun in the end
nasihat Dr itu lebih kepada supaya aku mendekatkan diri kepada Tuhan dan
jangan menyalahkan diri sendiri.
Kesan dari anxiety disorder, aku mula mengalami gejala physical antaranya :
- Rasa kebas di seluruh badan – sehingga pernah admit di wad untuk
berjumpa pakar saraf dan menjalani ujian saraf untuk mengesan sebarang
abnormal. In the end result nya, aku sihat dan normal dan ianya cuma
perasaan aku.
- Rasa kering tekak dan mulut – aku ingatkan aku menghidapi penyakit
serius kerana ia berlarutan for almost 3 months ++. In the end,
resultnya tetap sama, aku sihat dan normal.
Sesungguhnya semua ini sangat menyeksakan jiwa dan aku sangat bersimpati
dengan anak tunggal aku yang terpaksa menghadapi semua ini di mana mood
swings aku yang boleh hadir secara tiba tiba.
Dan aku pernah rasa nak throw him from level 8 of our house bila dia
cuma bertanyakan soalan yang simple sahaja.
Begitu besar impaknya kepada aku untuk melalui dugaan Tuhan ini dan
mujurlah lama kelamaan aku belajar untuk memujuk hati dan akhirnya pulih
dari anxiety disorder pada hujung tahun lepas.
Aku memilih untuk tidak lagi mengambil tahu aktiviti handphone suami
setelah dia bersungguh-sungguh meminta maaf dan berjanji untuk tidak
mengulanginya kembali.
Walaupun kepercayaan itu tak mampu aku kembalikan 100% seperti dulu,
tapi aku biarkan kepercayaan itu ada demi anak aku dan perkahwinan ini.
Semoga Tuhan merahmati perkahwinan ini dan semoga aku terhindar dari
perasaan untuk membalas dendam atas semua yang telah suami lakukan
kepada aku.
Setiap hari suara-suara dari dalam asyik mempengaruhi aku untuk membalas
dendam, namun cepat-cepat aku ingatkan kembali status aku sebagai isteri dan
ibu kepada anak lelaki di mana perlakuan itu sangat la against the norm.
Kepada suami, I’ve suffered this a lot inside alone and I healed myself
because of I choose to heal it demi sayangnya saya pada awak dan anak.
Semoga peluang kedua ini tak disiakan kerana saya takut sekiranya suatu
hari nanti saya tak mampu nak pandang awak dengan rasa cinta sebagaiman
saya selalu pandang awak dulu dengan penuh rasa sayang dan cinta yang
mendalam sebagai ketua keluarga dan pelindung saya dan anak.
Sekian…
– Hana (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions