Korea Selatan Rekod Kes Pertama ‘Amoeba Pemakan Otak’ | Korea Selatan melaporkan kes pertama jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak’, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Isnin.

Korea Selatan rekod kes pertama 'amoeba pemakan otak'

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) telah mengesahkan kematian warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 50-an selepas mangsa kembali dari Thailand pada 10 Disember lalu setelah menetap selama empat bulan di sana.

KDCA menyatakan bahawa mangsa dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya dan meninggal dunia pada Rabu lalu. Mereka telah melakukan ujian genetik ke atas tiga jenis patogen yang menyebabkan Naegleria fowleri untuk mengesahkan punca kematiannya.

KDCA menjelaskan bahawa keputusan ujian itu menunjukkan gen dalam tubuh lelaki itu adalah 99.6 peratus sama dengan yang ditemui pada pesakit meningitis di luar negara.

Difahamkan, ia adalah kes pertama jangkitan itu yang dilaporkan di Seoul selepas Naegleria fowleri muncul di Virginia pada 1937.

Naegleria fowleri ialah amoeba atau organisma sel tunggal yang hidup di dalam tanah dan air tawar hangat seperti mata air panas, tasik dan sungai di seluruh dunia.

Ia memasuki tubuh manusia melalui hidung dan menuju ke otak.

Antara simptom awal termasuk sakit kepala yang teruk, demam, loya atau muntah dan tempoh inkubasi Naegleria fowleri biasanya dua hingga tiga hari atau boleh mencecah sehingga 15 hari.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KDCA telah menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti berenang di kawasan di mana penyakit itu dikesan walaupun penyebaran antara manusia adalah mustahil.

Sehingga 2018, sebanyak 381 kes Naegleria fowleri telah dilaporkan di seluruh dunai termasuk India, Thailand, Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di AS, sebanyak 154 kes jangkitan ‘amoeba pemakan otak’ dilaporkan dari 1962 hingga 2021 dan hanya empat pesakit terselamat dengan kadar kematian lebih 97 peratus.

Sumber: Astro Awani

 

Artikel Lain

Bayi [email protected] Dlm Bas Akibat Jangkitan Selaput Otak

Bayi  yang meninggal dunia dalam perjalanan bas selama enam jam bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei, Sarawak awal bulan ini dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi sepsis dan meningitis (jangkitan selaput otak).

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata, ia berdasarkan laporan yang diperoleh daripada temu bual dengan ibu bapa bayi, rekod perubatan dan pemeriksaan fizikal mayat.

“Sehubungan itu, kami menasihatkan orang ramai supaya segera membawa bayi atau anak mereka ke klinik atau hospital berhampiran jika mereka tidak sihat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Ooi, laporan akhir penyiasatan berhubung kejadian itu menunjukkan bayi tersebut meninggal dunia di dalam bas ketika dalam perjalanan ke Sarikei untuk mendapatkan rawatan tradisional.

Kematian bayi berusia tiga bulan di perhentian bas Jelukong di Sri Aman, kira-kira 208 kilometer dari Kuching, pada 4 Disember lalu, tular di media sosial.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu pada 9 Disember lepas, ibunya menyedari bayi itu tidak bernafas ketika bas berhenti di Jelukong.

Bayi itu dibawa ke Hospital Betong, kira-kira 28 kilometer dan disahkan meninggal dunia.

Bedah siasat tidak dilakukan selepas perbincangan antara pihak pengurusan hospital, polis dan ahli keluarga.

Mayat bayi itu dibawa pulang oleh ahli keluarga dan dikebumikan di tanah perkuburan Ulu Pakan di Sarikei.

Sumber: Majoriti

 

Tak Sempat Bawa Ke Hosptal, Bayi Meningg4l Dalam Bas Ekspress

Berbanding  Semenanjung Malaysia, jarak antara setiap pekan atau bandar di Sarawak amat besar. Bagi merekaa yang tidak mempunyai lesen apalagi kenderaan persendirian, menaiki bas ekspres atau ‘henti-henti’ jadi pilihan utama kerana lebih selesa dan murah untuk menempuh perjalanan jauh.

Bagaimanapun, netizen dikejutkan dengan insiden pemergian seorang bayi dalam bas ekspres pada Isnin lalu. Seorang ibu dari Pekan Ulu dikatakan mahu menghantar anaknya pergi berubat di Kuching.

Namun, ketika bas tersebut berhenti rehat di Jelukong Rest Stop, ibu kepada bayi tersebut tidak menyangka yang anaknya sudah tidak bernafas lagi.

Oleh kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku, ibu tersebut bahkan dilihat memberi pandangan kosong sambil mendakap erat dan mengusap kepala anaknya berdasarkan rakaman yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Jessa Bandang.

Susulan kejadian itu, kebetulan seorang ketua rumah panjang (tuai rumah) menawarkan bantuan untuk membawa bayi tersebut ke pusat perubatan Betong dengan harapan boleh menyelamatkan bayi tersebut.

Dia turut menawarkan wang tunai berjumlah RM300 kepada ibu tersebut sebagai belanja untuk menempuhi perjalanan balik semula ke rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui tidak boleh bayangkan betapa pilunya perasaan sekiranya berada dalam posisi ibu tersebut.

Sambil mengucapkan ucapan takziah, mereka akui pemergian bayi tersebut sangat tenang seolah-olah sedang tidur.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply