Mee Udang Galah Kaw |  Assalamualaikum dan hai. Kali ini saya ingin berkongsi menu resepi mee jenis berkuah. Jadi resepi ini juga sesuai untuk juadah hari raya ini. Resepi yang saya nak share adalah, Mee Udang Galah Kaw. Siapa sahaja yang pernah makan mee udang galah ni akan tahu bagai mana rasanya menyengat selera anda. Jadi anda juga haruslah mencuba resepi mee udang ini. Tambahan udang galah juga menaikkan lagi kesedapan mee udang ini. Kalau tak percaya marilah cuba dan rasa sendiri keenakan mee udang galah ini.

Bahan-Bahan:

  • 1 pack mi kuning
  • 1/2 kilo udang basah | bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering | dikisar
  • 2 biji bawang besar | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 2 sdb udang kering | kisar
  • 3 sdb sos cili
  • 3 sdb sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir
  • 4 batang sawi
  • 1 cawan taugeh (pemilik resipi tak masukkan)
  • Kubis (ikut suka)
  • 5 biji telur
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • 1 biji tauhu | goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
  • 1 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng
  • Bahan perasa (secukup rasa)
  • 1 liter air

 

 

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah, putih dan udang kering. Sehingga naik wanginya.

2. Masukkan air 1 liter, sos cili, tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidih baru masukkan telur dan kacau.

3. Untuk sayuran tadi sawi ,kubis dan taugeh hendaklah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

4. Setelah selesai semuanya, hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

 

(Saiz hidangan : 4-5 pax)

Kredit :

Haa, tengok gambar pun dah kecur air liur apatah lagi mee udang masuk kedalam mulut kita. Fuh, saya boleh kata JOM CUBA je sebab sedapnya sampai menambah-nambah.

Share.

Leave A Reply